nuff

Wednesday, June 27, 2012

Lirik Ku Mohon - Shiela Majid



Ku Mohon 


Setiap hari kumohon
Agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuh segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang

Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu

( korus )
Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

( ulang korus )

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku

Friday, June 15, 2012

Langkah-langkah menjaga kesihatan dan pemanduan semasa jerebu


Berikut adalah langkah-langkah menjaga kesihatan dan pemanduan semasa jerebu sebagai panduan:





Langkah-langkah menjaga kesihatan


· Gunakan penutup hidung dan mulut sekiranya terpaksa melakukan aktiviti di luar rumah.
· Banyakan minum air kosong, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
· Cuci tangan dan muka selepas melakukan aktiviti di luar rumah.
· Digalakan untuk mandi dengan kerap.
· Tinggal di dalam rumah dan kurangkan aktiiviti di luar rumah.
· Jika memandu, gunakan pendingin hawa didalam kenderaan
· Tutup pintu dan tingkap rumah.

Langkah-langkah semasa Pemanduan


Pasangkan lampu
Pasangkan lampu kecil apabila jarak penglihatan turun daripada paras biasa. Pasangkan lampu utama apabila jarak penglihatan turun secara mendadak. Jangan gunakan lampu tinggi kerana jerebu membalikkan cahaya dan akan memburukkan keadaan.


Kurangkan kelajuan
Perlahankan kenderaan supaya sempat berhenti apabila berlaku kecemasan.


Jaga jarak antara kenderaan
Pemandu harus mengekalkan jarak yang selamat antara kenderaan di hadapan supaya mempunyai ruang yang mencukupi untuk berhenti sekiranya ada situasi merbahaya di hadapan.


Jangan berhenti di tepi jalan
Berhenti di tempat yang disediakan seperti di perhentian atau kawasan rehat dan rawat. Pasangkan lampu kecil untuk keselamatan.


Berhati-hati apabila mengambil simpang atau memotong kenderaan
Pasang lampu isyarat dan pastikan ianya selamat sebelum masuk ke simpang atau memotong kenderaan.


Kenderaan rosak
Berhenti di tempat yang tidak menghalang lalulintas. Hubungi pihak lebuh raya atau polis supaya ianya dapat ditarik ke kawasan yang selamat dengan segera.


Warga emas
Warga emas dinasihatkan tidak memandu dalam keadaan jerebu.


Pengumuman trafik di radio dan paparan iklan elektronik
Pemandu dinasihatkan agar mendengar pengumuman trafik di radio dan juga mesej di paparan iklan elektronik untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung keadaan trafik di kawasan yang dilalui. 


Peringatan khas untuk pengguna motosikal
Selain daripada panduan di atas, pengguna motosikal dinasihatkan supaya memakai pakaian yang bewarna cerah dan topi keledar yang mempunyai pelekat bersinar bagi meningkatkan kebolehlihatan serta memakai penutup muka.


 Peringatan kepada pengguna motokar
Jangan pasang lampu kecemasan (hazard light) semasa memandu kerana ianya mengelirukan pemandu lain. Lampu kecemasan hanya digunakan apabila kenderaan BERHENTI di tepi jalan semasa berlaku kecemasan.




Jaga Diri dan selamat berhujung minggu.. :)

Wednesday, June 13, 2012

Janganlah hanya mengejar kepentingan diri


Assalamualaikum

Dalam kesibukan bekerja mencari rezeki serta berurusan dengan masyarakat, kadangkala kita menjadi terlalu individualistik. Yang dikejar hanyalah kepentingan diri. Justeru, tanpa disedari, kita menjadi pekerja ibarat tanpa jiwa. Apabila memberikan layanan perkhidmatan seperti robot yang diatur butir bicara dan skripnya, apabila melemparkan senyuman hambar seperti terpaksa, apabila berhadapan masalah mudah lepas tangan dan menyalahkan orang, apabila sesuatu masalah bukan dalam bidang dan skop kerja, tidak langsung menunjukkan minat membantu. Pelbagai sikap, membentuk suasana persekitaran kerja yang boleh menjejaskan komunikasi kita.

Namun, ada banyak contoh yang perlu diteladani supaya kehidupan kita dirahmati. Ada yang bekerja serta melayan pelanggan dengan sepenuh hati, berhemah, bersungguh-sungguh, sabar dengan kerenah dan kehendak mereka. Berusaha menyegera dan memudahkan urusan perkhidmatan, mendidik pelajar dengan dedikasi, mengubati pesakit, meringankan beban mereka yang dalam kesempitan, mengawasi keselamatan, kesesakan lalu-lintas dan kemalangan, melindungi anak yatim, HIV Aids, menyediakan rumah perlindungan dan pendidikan kepada mereka, mencari penawar ketagihan dadah dan pelbagai usaha lain yang menunjukkan keprihatinan dan kepekaan sosial terhadap masyarakat di mana saja kita bertugas sama ada di hospital, pejabat, sekolah, masjid dan lain-lain. Ia adalah petunjuk sifat empati yang ada dalam diri.

Jika simpati bermaksud rasa kasihan terhadap masalah dan kesusahan orang lain, empati pula istilah yang menggambarkan perasaan melebihi simpati iaitu tidak sekadar dengan mendengar apa juga yang dikongsikan tetapi cuba memahami dan menyelaminya disertakan dengan bantuan. Sama ada nasihat, bimbingan, kaunseling mahupun tenaga dan wang ringgit. Sifat empati membuka jalan kepada yang bermasalah untuk tidak berada pada jalan buntu, sebaliknya menemui nafas baru menjalani kehidupan dengan lebih berjaya. Justeru, jika simpati bermaksud rasa kasihan terhadap masalah dan kesusahan orang lain, empati pula istilah yang menggambarkan perasaan melebihi simpati iaitu tidak sekadar dengan mendengar apa juga yang dikongsikan tetapi cuba memahami dan menyelaminya disertakan dengan bantuan. Sama ada nasihat, bimbingan, kaunseling mahupun tenaga dan wang ringgit. Sifat empati membuka jalan kepada yang bermasalah untuk tidak berada pada jalan buntu, sebaliknya menemui nafas baru menjalani kehidupan dengan lebih berjaya. 

Empati boleh dipupuk bukan semata-mata dengan pendidikan, tetapi perlu dirasai sendiri. Semakin luas pengalaman melalui pahit maung kehidupan, semakin mudah kita memahami dan merasai penderitaan orang lain. Tetapi semua memerlukan kesedaran minda mengenai kelebihan mereka yang memiliki sifat empati, selain perlu sentiasa nasihat menasihati terutama apabila mengecapi kesenangan. Ia juga perlu dilakukan bersama-sama. Jika hanya sebelah pihak memiliki sifat ini sedangkan yang menerima tidak menghargai, malah mengambil kesempatan serta tidak mencontohinya, maka dikhuatiri berlaku ‘jurang nilai’ yang lama-kelamaan menghakis sifat manusiawi yang mulia. 

Islam amat menekankan umatnya memiliki sifat empati melalui pelbagai panduan dan galakan. Malah lebih tinggi nilai dirinya kerana berkait rapat dengan keimanan seperti sifat ithar. Antaranya Allah menyebut dalam Surah al-Dahr mengenai golongan Abrar (yang berbuat kebaikan) dan kenikmatan kekal disediakan baginya. Antara sifat mereka ialah memberi makan kepada orang miskin, anak yatim dan yang dalam tahanan walaupun mereka memerlukannya.

Perkataan ‘ala hubbihi’ bermaksud walaupun mereka sayang berbuat begitu menunjukkan yang menghulur itu juga memerlukan makanan itu tetapi mereka mendahulukan golongan lebih memerlukan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Perbandingan orang Mukmin dalam soal kasih sayang, belas ihsan dan keprihatinan sesama mereka adalah seperti satu jasad. Apabila ada anggotanya sakit, maka seluruh badan sakit, tidak dapat tidur dan demam.” (Hadis Muttafaq alaih) 

Justeru, tidak hairanlah sahabat Nabi sanggup mengorbankan harta, nyawa dan berhijrah. Jiwa empati mereka memikirkan orang lain serta meyakini bahawa apa yang dilakukan tanda kasih kepada Allah akan mendapat balasan. Dalam Mukhtasar Tafsir Ibn Kathir mengisahkan pemuda bernama Huzaifah al-Adawi yang mencari sepupu Ikrimah yang parah dalam peperangan di Yarmuk untuk diberikan minuman. Tetapi apabila dibawa air kepadanya, ia mendengar suara sahabatnya yang lain mengaduh kesakitan akibat cedera juga. Lalu diminta kepada sepupunya untuk memberi air itu kepada sahabat berkenaan, tetapi seperti juga dia, sahabat itu tidak terus minum kerana mendengar suara kesakitan yang lain lalu meminta agar air itu diberikan terlebih dulu kepadanya. Tetapi belum sempat air diberi, sahabat itu meninggal dunia dan apabila Huzaifah kembali kepada yang kedua, dia juga meninggal dan begitu juga sepupunya. Semua mereka tidak sempat minum air itu semata-mata mendahulukan orang lain yang dirasakan lebih memerlukan daripadanya. Semoga Allah merahmati mereka kerana jiwa kasih sayang yang tinggi melahirkan pengorbanan iaitu empati. Barangkali jika ditanya pada diri, mampukah kita melakukan sedemikian? Atau paling tidak, tidak membiarkan begitu saja? Marilah kita renungkan sejenak sejauh mana sifat ini menjalar dalam diri kita. Sejauh mana kita berusaha membudayakannya dalam persekitaran kita? Kerana menilainya juga bererti kita menilai tahap keimanan sendiri.

Justeru apabila menilainya dalam organisasi, maka kita sedar bukan nyawa dan harta yang perlu dikorbankan. Yang perlu ialah sifat empati dengan berusaha mengubah sedikit cara bekerja yang individualistik, egoistik, sombong, berat tulang dan lidah kepada saling membantu, saling mengambil tahu, saling prihatin, saling menyelesaikan masalah dan mengambil tindakan dengan penuh bertanggungjawab. Sifat ini meringankan yang berat dan memudahkan yang sukar dalam bekerja dan Insya-Allah setiap niat, hasrat dan komitmen kita diberkati.

Wassalam

Euro 2012 Match as at 13 June 2012



Tuesday, June 12, 2012

Caroline Juara Mentor 6:


Tahniah buat Caroline Juara Mentor 6, yang telah berlangsung malam tadi di Stadium Malawati.


Caroline atau nama sebenarnya Puteri Caroline Mohd Kamel, 20, berjaya mencuri tumpuan juri dengan 71 markah dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 serta trofi. Satu persembahan yang mantap ditunjukkan Caroline.


DENGAN mendapat markah keseluruhan sebanyak 71 markah , protege Ella, Caroline berjaya meraih gelaran juara Mentor musim keenam Mentor 6 yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini, malam Ahad.


Caroline atau nama sebenarnya Puteri Caroline Mohd Kamel, 20, berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 serta trofi.


Protege Ogy Ahmad Daud, Zatul atau Noor Nazatul Farahin, 23, mendapat tempat kedua dengan mendapat 60 markah , sekaligus meraih wang tunai berjumlah RM30,000 serta trofi.


Manakala protege Faizal Tahir, Anas atau Anas Ridzuan (50 markah) yang mendapat tempat ketiga menerima wang tunai sebanyak RM10,000.


Pada segmen pertama, Anas membawakan lagu Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latiff, Zatul (Pawana dan Pelesit Kota – Search) dan Caroline membawakan lagu My Love (Justin Timberlake) danI Don’t Wanna Miss A Thing (Aerosmith).


Kemudian ketiga-tiga protege ditugaskan untuk berduet dengan penyanyi profesional dimana Anas membawakan lagu Selamat Malam (nyanyian Faizal Tahir) dengan Hazama, Zatul dan Ziana Zain (Nakal-Gigi dan Sedang Ingin Bercinta-Dewa 19) manakala Caroline membawakan lagu Kau Kekasihku (Siti Nurhaliza) dengan Azlan The Typewriter.


Tugasan terakhir, Anas menyampaikan lagu barunya iaitu Hanya Dirimu, Zatul (Tinggalkan Yang Lalu) dan Caroline membawakan lagu Harus Cintamu.


Format pemarkahan merangkumi 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus melalui juri awam.


Juri profesional merupakan pemuzik Datuk Ramli MS dan Datuk Sharifah Aini.


Turut diumumkan adalah pemenang peserta ujibakat iaitu Najua P.Ramlee yang menyanyikan laguKisah Hati menerima hadiah wang tunai RM1,000.


- mStar Online

Monday, June 11, 2012

Talian Kecemasan untuk Kawasan Lembah Klang


Saja nak sharing dengan kengkorang semua, malang tak berbau kan? tak terjadi kat kita, mungkin terjadi pada jiran2, sedara mara kan? mana kita tau... Bumi nih berputar kan? so, kat sini marie ade ah info nombor2 yang boleh korang hubungi.. tapi specific untuk kawasan Lembah Klang je ahh.. sebab marie dok area situ.. haahahha.. untuk kawasan2 yang luar dari Klang Valey tu... errrr.. pepandai koranglah ye cari sendiri... ampunkan kami penunggu gua.... hohohoho.. ;p




Talian Kecemasan untuk Kawasan Lembah Klang sebagai panduan kengkorang semua:


Rakan COP : 03-2115 999 / SMS POLISKL 32728


Polis DiRaja Malaysia (Jalan Bandar - KL) - Hotline : 03-2071 9999
Polis DiRaja Malaysia (Petaling Jaya) - Hotline : 03-7966 2222


Bomba (Old Klang Road) : Hotline : 03-7984 8753
Bomba (Petaling Jaya) : Hotline : 03-7958 4444
Bomba (Jalan Hang Tuah) : Hotline : 03-9221 7222



Persediaan amatlah perlu jika berlaku sebarang kecemasan, ini bermakna kita telah bersedia fizikal dan mental untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Thursday, June 7, 2012

Sepi ku Penuh Makna...

$epi aku dari dunia blog nih bukan kerana aku kebuntuan idea.. tapi ke bz an yg teramat sgt dengan kesihatan yg memang totally 2minggu buat aku rebah dan lemah [part tu nanti aku update kat citer yg lain].. 

Episode renovation office pecah kepada 2 bahagian.. 1 JPPA and 1 lagi MSB.. Keadaan memanglah sgt huru hara tambahan dgn aku yg mmg tak sihat... pelik tetibe je tak sihat.. 2 minggu tu... ni pun berat bdn dah bebetul turun.. sambung citer renovation, dengan admin yg dah agak kritikal tak cukup org, masing2 sgtlah sibuk, tambahan ada auditor lg.. mana nak layan, dgn boss yg agak huru hara.. semua nak buat sekali... adoiii.. jem otak!!! at the end.. dia pelupa apa kerja kita.... siot je....!!!! 

MEJA AKU!!

 ni ha dia gambaran meja aku yg tak berapa nak rupa meja aaa... sakit hati... meja i semak dgn kertas2... eeeiii... tak cost concious langsung!!! 




HASIL KERJA MEM'PACKING'!
nampak tak kotak2 tu?? haaa.. tu hasil dari zaman tok kadok yg aku lom masuk pun dept ni lagi.... siot je harta sendiri tak amek.. last2 yg kene ngemasnyer aku??!!! eeeeii... badan aku sesakit.. demam.. dengan leher aku sakit sebab salah tido... nih keje yg aku kene settle within 2days...

so, nilah dia punca aku menyepikan diri dari dunia blog nih..... lalalalalala.... 
There was an error in this gadget

nuffers

Digital clock