nuff

Tuesday, October 30, 2012

Jangan buruk sangka

Assalamualaikum

Fenomena fitnah dan khabar angin sering digunakan dalam menyebarkan maklumat yang tidak benar. Mereka menggunakan kemudahan canggih ini untuk melaga-lagakan sesama manusia sehingga yang bersahabat menjadi musuh, suami isteri bercerai gara-gara e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS), surat layang, internet dan seumpamanya.

Islam melarang keras perbuatan fitnah dan menyebar khabar angin dan golongan penyebar maklumat palsu itu dijanjikan Allah dengan balasan azab yang amat pedih.

Firman Allah SWT dalam Surah an-Nur, ayat 19, bermaksud: “Sesungguhnya orang yang suka menghebahkan tuduhan buruk dalam kalangan orang beriman, mereka akan beroleh azab seksa tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat. Ingatlah Allah lebih mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahuinya.”

Rasulullah SAW pula telah bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Awasilah diri kamu daripada berburuk sangka kerana perbuatan itu adalah satu pembohongan besar. Janganlah mencari berita buruk, berhasad dengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamu semua bersaudara-mara. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah telah mengingatkan kita agar sentiasa menjauhi diri daripada terjerumus ke dalam perbuatan keji yang dinyatakan dalam hadis itu. Sesungguhnya impak daripada perbuatan keji itulah yang membawa kepada berlakunya budaya penyebaran surat layang dan fitnah memfitnah dalam masyarakat.

Perbuatan bersangka buruk terhadap orang lain sebenarnya timbul daripada perasaan tidak berpuas hati dan dengki khianat atas sebab tertentu. Perbuatan sebegini melambangkan betapa rendahnya moral si pelaku yang sanggup menghancurkan maruah orang lain dengan menolak segala pertimbangan dan rasional akal yang dianugerahkan Allah kerana diri telah dikuasai nafsu marah dan dengki khianat yang berpanjangan.

Kalau pun sesuatu tuduhan itu ada kebenarannya, orang yang telah mengambil kesempatan untuk berbuat demikian perlulah mengadakan bukti yang kukuh dan munasabah bagi membuktikan kebenarannya, bukannya dengan mencantumkan cerita yang dibawa dari mulut ke mulut untuk dan dijadikan modal untuk menyebarkan wasangka buruk dan tuduhan palsu dan negatif kepada seseorang individu.

Akibat daripada perbuatan sebegitu, sudah pasti perasaan dendam akan terus berpanjangan di antara yang menuduh dan yang kena tuduh, masing-masing ingin membuktikan tuduhan yang dibuat adalah benar dan menghijab diri dengan penafian bagi menolak segala tuduhan yang dilemparkan.

Allah Taala telah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik yang membawa berita maka periksalah dengan teliti kebenarannya agar kamu tidak menimpakan musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesali perbuatan kamu itu.”(surah al-Hujurat, ayat 6)

Islam juga amat melarang umatnya daripada perasaan suka mengorek rahsia orang lain. Peribahasa Melayu ada menyebut, ‘jangan jaga tepi kain orang’. Tetapi dalam beberapa hal yang membabitkan berlakunya kebatilan dan perkara sumbang dalam masyarakat yang mengundang kemudaratan kepada ajaran agama, maka dibolehkan untuk berbuat demikian dengan tujuan untuk menegahnya agar tidak terus menular dalam hidup bermasyarakat.

Tetapi apa yang berlaku dalam masyarakat hari, perbuatan mencari rahsia orang lain bukan bertujuan untuk menegahnya daripada berlaku perkara sumbang, tetapi bertujuan untuk mendapatkan mesej tertentu mengenai peribadi seseorang dan kemudian dijadikan umpan sebagai alat untuk membalas dendam kepada orang berkenaan.

Islam sendiri menuntut umatnya agar menyembunyikan keaiban orang lain walaupun kita mengetahuinya kerana Allah akan menyembunyikan keaiban kita daripada terhebah kepada orang lain.

Telinga adalah salah satu pancaindera anugerah Allah yang tiada bandingannya.

Justeru, muslimin hendaklah menjaga telinga mereka daripada mendengar khabar angin yang masih belum tentu kebenarannya, tetapi jika terpaksa mendengarnya atas faktor keadaan, maka dituntut agar tidak pula menjadi penyebar kepada apa yang didengar kepada orang lain.

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah lagi hadis Baginda yang bermaksud: “Beruntunglah orang yang sentiasa menyelidiki dan melihat keaiban sendiri.” (Riwayat Muslim)

Hasad dengki dalam definisi yang lengkap membawa maksud mencari jalan atau ikhtiar untuk menghilangkan nikmat yang ada pada orang lain. Impaknya amat besar, bukan saja kepada orang yang didengki tetapi juga akan terpalit kepada seluruh masyarakat.

Wassalam

Monday, October 8, 2012

Sekali hapdet!

waaaaaaaaaaaaaa... Assalamu'alaikum semua... pe khabar? saje je nak tanyer khabar.. lama tak jengah blog sendiri dan membuat sebarang penulisan mahupun uploading gambar.. hehe.. bukan pe, semenjak dua tiga kucing berlari menjak nih, sibuk sgt dgn event, dgn kerja dgn line tak clear (maklumlah internet ade kat opis je...) hehe.. pendek citer meh la cik marie nak share some sort of event yang cik marie terlibat :D

haaa.. yg purple2 nih pada yg dah sedia maklum tu... ni kat PICC sempena majlis perpisahan mantan presiden puspanita kewangan.. puan sri hayati :D huhuhu.... wakil2 dari setiap agensi tak ramai.. yg terlibat dgn persembahan n ajk je... bleh? duit banyak hemputlah ramai2 kan? hahahahaha.. lg nak komplen... ;p hah, layan jelah pic2 purple tu... ;p

 cik marie, janet, sury and hanita :)

 tu hah, puan sri hayati.. huhuh

 post titanic kot dr courtyard luat kat PICC tu.. lawa beb!

 post kami bertiga mane leh missed! hehe

 taknak kalah kan??? :P

 nampak mcm gemuks daaaaaaaa


ok, now event lain.. hari sabtu lepas kot? takde keje kat umah.. kononnyer nak wat pom pom.. baru wat 1 je dah separuh nyawa hokkaayyy.. ahahahah.. last2 zzzzzzzzzzzzzzzzzzzZZZzzzz... ahahahaha...

Bawah nih plak event bowling bank.. aku?? Reserve je ok… oklaaaaa… hahahaha…. Tapi tak dapat baju pun??? Sedih kot…. Penat je tunggu lelama…. Jerit bagai nak gler… hmmmmm…

p/s: mcmnilah sekali harung hapdet blog.. hahaha...
There was an error in this gadget

nuffers

Digital clock