nuff

Friday, August 30, 2013

UEFA Champions League 2013/14

UEFA Champions League 2013/14


Grouping Stage (Sept 17 - Dec 11, 2013)

Group A - Man U / Shaktar / Leverkusen / Sociedad

Group B - Real Madrid / Juventus / Galatasaray / Copenhagen (owh my real madrid n juve!!! y meet in grouping stage??? ) :'(

Group C - Benfica / PSG / Olympiakos / Anderlecht

Group D - Bayern Munchen / CSKA / Man City/ Viktoria Plzen

Group E - Chelsea / Schalke / FC Basel / Steaua Bucharest

Group F - Arsenal / Marseille / Borussia Dortmund / Napoli

Group G - FC Porto / Atletico Madrid / Zenit / Austria Vienna

Group H - Barcelona / AC Milan / Ajax / Celtic

First Round : Feb 18 - 26; Mar 11 - 19, 2014
Quater-Finals : Apr 1 - 2; Apr 8 - 9, 2014
Semi-Finals : Apr 22 - 23; Apr 29 - 30, 2014
Final (Lisbon) : May 24, 2014



Congrats Ribery :D
Franck Ribery pipped Lionel Messi and Cristiano Ronaldo to UEFA's Best Player in Europe Award.

http://espnfc.com/league/_/id/uefa.champions/uefa-champions-league?cc=4716

Wednesday, August 28, 2013

Senarai Jalan Utama Yang Ditutup Sempena Hari Kemerdekaan 2013 Di Dataran Merdeka


Beberapa jalan utama sekitar bandar raya akan ditutup secara berperingkat bermula hari ini untuk raptai sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka pada Sabtu.

Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor berkata jalan berkenaan ditutup dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah hari bermula esok hingga Sabtu.

Antara jalan itu ialah Jalan Mahameru/Jalan Damansara (dari arah Istana Lama), Jalan Travers, Jalan Mahameru/Jalan Damansara (dari arah Parlimen), Jalan Lembah/Jalan Perdana (Masjid Negara), Bulatan Hishamuddin, Jalan Tembusu, Jalan Cenderasari dan Jalan Perdana.

Jalan Kinabalu, Jalan Raja, Jalan Leboh Pasar Besar, Jalan Hishamuddin, Jalan Leboh Ampang, Jalan Tun Perak, Bulatan Dato' Onn, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Mahkamah Persekutuan dan Jalan Raja turut
ditutup, katanya dalam kenyataan hari ini.

Jalan Hishamuddin/Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Raja, Jalan Mahkamah Persekutuan pula ditutup dari 9 malam Jumaat hingga 12 tengah hari Sabtu sempena sambutan kemerdekaan itu.


Lokasi Penutupan Jalan sempena Hari Kebangsaan 2013
=============
A. 
Tarikh: 27th August 2013 - Tuesday
Masa: 6 AM – 12 PM...
Jalan Terlibat: Jalan Raja (Dataran Merdeka)

B. 
Tarikh: 28th August 2013 – Wednesday
Masa: 6 AM – 12 PM
Jalan Terlibat: Road toward Dataran Merdeka;
a) Jalan Mahameru
b) Jalan Sultan Hishamuddin (Dayabumi)
c) Jalan Tuanku Abdul Rahman

C.
Tarikh: 29th August 2013 – Thursday
Masa: 6 AM – 12 PM
Jalan Terlibat: Road toward Dataran Merdeka;
a) Jalan Mahameru
b) Jalan Sultan Hishamuddin (Dayabumi)
c) Jalan Tuanku Abdul Rahman

D.
Tarikh: 30th August 2013 – Friday
Masa: 6 AM – 12 PM
Jalan Terlibat: Road toward Dataran Merdeka;
a) Jalan Mahameru
b) Jalan Sultan Hishamuddin (Dayabumi)
c) Jalan Tuanku Abdul Rahman

E. 
Tarikh: 31st August 2013 – Saturday
Masa: 6 AM – 12 PM
Jalan Terlibat: 
Road toward Dataran Merdeka;
a) Jalan Mahameru
b) Jalan Sultan Hishamuddin (Dayabumi)
c) Jalan Tuanku Abdul Rahman 

Mohon disebarkan untuk manfaat semua. Terima kasih.

Koleksi Raya 2013

salam aidilfitri dari kami sekeluarga :)

pagi2 saja posing2 diva.. retis sgt kan berkumpul dan bergambar katanyerr!!! tapi aku xde upload kat fb kot.. sebab fb tu personal aku.. family aku share sini je ah.. :p

me with my sis n bro without angah n alip coz diaorg beraya kat umah in law dia.. hahaha

sama tak pose kami?

minta ampun mak
the sisters

the family 2013

raya ke-2 @kg bangi :D


morale of the story : kami adik beradik glemer photoshoot... xpelah.. kami xdelah lawa mana janji kepuasan adik beradik tu kami dapat rasai dihari raya tahun ni :)

Tuesday, August 27, 2013

Teringin........ hmmmm..

teringin nak dapat duit dari berblog nih...

teringin nak ada tab yg boleh amej gambar, edit dan menulis terus ke blog...

teringin nak bercuti tempat2 yang menarik dan teruskan berblog.........


tapi semua itu terhad.... :'(

Wednesday, August 21, 2013

20 tips awasi diri dan keluarga anda dari pencuri

Assalamualaikum

Awasi rumah, keluarga dan jiran anda. 
Tips yang berguna untuk dikongsi bersama.

1. Elakkkan anak anda tidur di ruang tamu rumah berseorangan . Penjenayah mungkin menggunakan anak anda sebagai tebusan.

2. Segala peralatan tajam seperti pisau sebaiknya disorokkan atau disimpan dalam laci  berkunci. Kebanyakkan kes kecurian didapati pisau dari rumah tersebut hilang kerana  penjenayah akan mencari pisau terlebih dahulu untuk melindungi diri meraka sebelum  menyamun.

3. Sekiranya terdengar atau terlihat paip air di luar rumah terbuka pada 12 malam keatas,  jangan keluar untuk menutup paip tersebut kerana ini merupakan taktik penjenayah dimana  mereka menunggu di luar pintu rumah untuk masuk ke dalam rumah.

4. Beritahu anak jika ingin ke tandas di tengah malam, kejutkan dahulu ibu bapa bersama mereka.

5. Elakkan menyimpan barang berharga seperti emas dan wang di dalam almari baju.

6. Bawa alarm kereta semasa tidur. Kalau terjaga tengah malam dan anda berasa curiga, on dan offkan alarm untuk menakutkan pencuri dan menandakan anda sentiasa peka dengan persekitaran rumah anda.

7. Tekan alarm kereta jika anda syak pencuri sudah masuk ke dalam rumah anda.

8. Jika anda melihat orang yang mencurigakan di kawasan rumah anda, cuba dapatkan nombor plat kereta mereka .

9.  Pesan pada jiran tetangga, jika ada sesiapa yang datang ke rumah sewaktu ketiadaan anda  dan mengaku dia saudara anda dengan mahu mengambil sesuatu, jangan benarkan . Beri nombor telefon anda  kepada jiran agak mereka boleh memeriksa  dengan anda apakah benar atau tidak identiti orang tersebut.

10.  Semasa tidur , pastikan telefon bimbit, rumah atau cordless phone  berada disisi anda . Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya terasa kehadiran pencuri didalam rumah anda.  

11.  Pastikan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis ,bomba dan sebagainya disimpan didalam telefon anda . Pastikan seluruh keluarga hafal nombor tersebut.

12. Jika mampu , pasang alat pengesan  kecurian dirumah atau alarm automatik .

13. Jangan biarkan sekeliling rumah anda gelap gelita .Sekurang-kurangnya  ada lampu kecil  atau lampu porch di hadapan atau belakang rumah sama ada ketika  anda berada dirumah  mahupun sewaktu bercuti .

14.  Jika anda sekeluarga pergi bercuti untuk satu tempoh yang lama , pesan pada jiran untuk mengambil surat dalam peti surat anda. Peti surat yang penuh  membantu pencuri menghidu  ketidaan tuan rumah tersebut.

15.  Jika kawasan tempat tinggal anda kerap berlaku kecurian , buat permohonan  rasmi  dari   balai polis  berdekatan supaya anggota polis sering melakukan rondaan  dikawasan tersebut.

16.  Pastikan kenderaan anda mempunyai kunci tambahan,  Contohnya kereta dipasang kunci stering dan kunci gear .Walaupun masih boleh dicuri , namun ia akan melambatkan tindakan pencuri dan memberi ruang waktu untuk anda bertindak .

17.  Jika mempunyai anak perempuan,ingatkan agak pintu bilik mereka dikunci dari dalam dan anda harus mempunyai kunci pendua jika berlaku sebarang kecemasan . Ini kerana ada penjenayah yang mengambil kesempatan seksual.

18.  Simpan kayu hoki atau besbol di bawah katil agak ia boleh digunakan untuk mempertahankan  diri dari penjenayah.

19.  Elakkan meletak kunci dibawah pasu , dalam peti surat , tepi tingkap  dan sebagainya bila keluar rumah . Ini taktik lama yang mudah dikesan oleh penjenayah. Sebaiknya tinggalkan pada jiran yang anda kenal dan boleh dipercayai.

20.  Kalau anda masuk ke rumah sewa baru, pastikan tukar segala kunci rumah tersebut kepada yang baru bagi mengelakkan mereka  yang pernah mempunyai kunci rumah asal tersebut dari memasuki rumah anda.

Wassalam
There was an error in this gadget

nuffers

Digital clock