nuff

Monday, October 21, 2013

Lady in Peach [wink~wink]

Hot Sunny Day

front

 beside

close up

p/s: kan best kalau pregnant pakai mcmni... mesti sweet :)

Sunday, October 13, 2013

Simple Fried Cabonara by Cik Marie

haluuuu... hyeee...
harini aku nak share dinner malam tadi aku wat.. entah apsal ntah tetiba rasa mcm nak masak.. ikotkn hati nak aje makan meggi je dah... malam tadi aku wat resepi sendiri yg mmg makanan family aku bila time weekend dari dulu.. haha... lain org lain tekak.. pada aku lebih selesa n selera makan mende ni dari makan spaghetti mee kosong tu dgn kuah bolognese.... nooo.. kalau masak je aku ok.. tapi utk aku makan, memang tak lah... aku suka makan mcmni.. maklumlah selera org kg... so, perlu ke aku share mcne aku masak mende nih? aku tulislah ape aku ingat k.. sebab masa masak, mmg aku campak2 je.. janji ade rasa.. hehe....

meh kita start: 
 tu dia bahan2 mentah yg diperlukan.. konon2 ditaja oleh #Maggi katanyeee.. hehehe.. 
# Mee # Sos Cili # Bawang Putih # Spaghetti sos # perisa tambahan Maggi cukup rasa
# Black Pepper # White Pepper # Minyak masak # Garam # kicap

# Mix Vege # Beef Burger

 Memula mcm biasa rebus dulu Mee Spaghetti tu dengan air, sedikit garam dan sedikit minyak utk elakkan dari mee tersebut melekat2... (sambil tu tumbuklah bawang putih)...  utk rebusan biar sampai mee tersebut agak sedikit kembang.. jangan lama2.. nanti terlalu kembang xsedap plak nak di fried kan... lepas tu toskan dan asingkn bg sejuk sket... 

# lepas tu cuci kuali (utk elakkan dr guna banyak barang). panaskan minyak dan masukkan bawang putih yang ditumbuk tadi.. kacau sampai naik bau.
# lepastu masukkan cili sos, n kuah spaghetti ikot banyak mana keperluan korang. pastu kacau sampai dia sebati...
# after sebati tu baru masukkan beef burger yg dihancurkan tadi tu. gaul dan kacau sampai beef tu serap kuah2 tu.. biarkan kuah sehingga dia pekat then barulah masukkan mix vege. kacau then start merasa... tu lah time bagus utk tambah garam dan perisa tambahan.
# mula masukkan mee yg di tos tadi. gaul dan gaul. rasa dan rasa. masa gaul tu jangan lupa buh kicap sket utk nampak cantik dan sedap (padahal mmg aku gler kicap!!) oppss... jangan lupa gaul2 dan gaul.. biarkan ia agak kering jangan bg dia basah2.. masak mcm masak mee goreng or meehon goreng... lebih kurang mcmtu....
# lepastu masukkan black pepper & white pepper, biar ade rasa pedas sket. selalu kalau ikot tekak jawa ni, aku buh cili mesin, tapi mcm nak guna sos je lagi mudah. baru lah italian! haha..
#gaul dan gaul pastu apa lagi.. dah agak cukup kering and rasa mcm selera je nak makan, boleh lah hidang...

haaaaa... ni lah dia hasilnye... xsempat nak amek pic hidang kat pinggan... haha.. sebab dah lapar sangat!! huhu..

so, itulah resepi aku malam tadi.. hahahahaha... selamat menjamu selera... ekekekekeke...

p/s: kita bukan org ada2.. so, dari duk umah xde wat ape, maka buat lah sesuatu sambil2 isi masa lapang tu.. hehehehe.. Alhamdulillah..

Wednesday, October 9, 2013

Resepi Laksa Sarawak


Tu dia salin2.. resepi laksa sarawak.. sape dah buat, bg saya rasa.. ahahah.. nama saya nak buat, mmg ntah bila lah kan.. sebulan skali je dapur umah berasap... ekeke... malu i.. :p


Pes Laksa Sarawak

Bahan-bahan : anggaran 200 gm
  • 8 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 10-12 tangkai cili kering*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 sk ketumbar
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk jintan putih
  • 3 biji buah keras*
  • 2-3 batang serai*
  • 1 inci belacan bakar*
  • 1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
  • 1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
  • sedikit garam
  • sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :
  1. Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
  2. Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan baha-bahan bertanda *.
  3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
  4. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.

Laksa Sarawak (Resepi II)

bahan-bahan : 6-8 orang makan
  • 200 g pes atau perencah laksa (DJ guna pes laksa HJ Manan)
  • isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
  • 1/2 kilo  udang basah 
  • 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
  • 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 200-250 ml santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • taugeh (dicelur)
  • sedikit daun ketumbar (diracik)
  • limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Cara-cara :
  1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. 
  2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering. 
Resepi Sambal Udang Kering 

bahan-bahan :
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
  • 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya 
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula
Car-cara :
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.

Monday, October 7, 2013

Tanda2 jin ada dalam rumah..

Tanda2 jin ada dalam rumah

Masakan selalu dan cepat basi ( rosak ) 

Selalu kedengaran seperti bunyi guli jatuh di lantai 
Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam 
Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah 
Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.

9 Anak-Anak Syaitan Yang Lainnya. 

ZALITUUN : Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih danmembelibarang-barang yang tidak perlu. 

WATHIIN  :  Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah. 

A'AWAN: Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama. 

HAFFAF : Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang berada di tempat-tempat maksiat ( i.e. disko, kelab malam &tempat yang ada minuman keras ) 

MURRAH: Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc. 

MASUUD : Duduk dibibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan segala apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut. 

DAASIM ( Berilah Salam sebelum masuk ke rumah ) : Duduk dipintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga.(suami-isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas,memukul isteri,isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan perbagai bentuk kemusnahan rumahtangga). 

WALAHAAN :Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwudhuk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain. 

LAKHUUS  :  Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.

Rujukan lanjut http://sg.geocities.com/rawatanislam/jenis-jenis-jin.html


Bila Allah cepat makbulkan Doamu

Subject:Bila Allah cepat makbulkan Doamu
Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. .."


Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. 

Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik

Persengketaan alam siber

Assalamualaikum

  
Daripada Abu Darda’, Rasulullah SAW bersabda: “Bukanlah (golongan ini) daripada orang beriman yang sempurna imannya iaitu orang yang suka mengecam, suka melaknat, suka bercakap kufur dan suka mencarut.” (Riwayat at-Tirmizi)

Orang yang berbudi mulia akan sentiasa berusaha menjauhkan dirinya daripada terbabit dalam pertelingkahan yang selalunya tidak berlandaskan pemikiran rasional kerana hal ini adalah satu tindakan tidak produktif dan tidak berfaedah.

Malah, ia hanya akan berakhir dengan perpecahan kerana hidup saling bermasam muka antara satu sama lain. Islam menyuruh kita supaya hidup bersatu padu, bersikap merendah diri dan tidak berlagak sombong.

Ini akan memudahkan perhubungan dan kasih sayang sesama umat Islam di mana pemimpin masyarakat dan organisasi yang sebegini juga akan disenangi pengikut serta kakitangannya, malah akan mudah mendapat kerjasama daripada mereka.

Demikian juga kita dilarang menceritakan keburukan orang lain dengan melaknat, mengecam mencemuh, mencarut dan sebagainya kerana ini akan menyebabkan pergaduhan selain hilang rasa hormat antara sesama anggota masyarakat. Maka, berlakulah ketegangan yang sebenarnya merugikan keseluruhan umat Islam itu sendiri.

Hari ini kecanggihan teknologi komunikasi yang tiada sempadannya membolehkan sesiapa saja membuat kenyataan yang boleh dibaca semua. Malangnya, kenyataan yang dibuat tidak mencerminkan akhlak serta nilai mulia perlu ada dalam diri manusia.

Kata-kata kesat dilemparkan sesuka hati hingga berlaku pergaduhan di alam maya, saling berbalas kenyataan yang akhirnya menimbulkan rasa tidak puas hati sesama sendiri. Maka berlaku permusuhan yang tiada berkesudahan.

Gambaran ini begitu mengecewakan kerana tiada lagi kasih sayang serta hormat menghormati antara ahli masyarakat. Masing-masing cuba menegakkan keegoan dengan mengecam pihak satu lagi hingga menggadaikan silaturahim yang sepatutnya dipelihara sebaik-baiknya.

Sudah tiba masanya perbezaan pandangan dihujahkan menggunakan bahasa sedap didengar kerana kita tidak boleh memaksa orang lain bersetuju dengan pendapat serta pandangan kita.

Kebebasan bersuara datang dengan tanggungjawab dan sebagai umat Islam khususnya kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal perbuatan. Menghina orang memang sedap, tetapi apakah kita bersedia untuk meminta maaf kepada orang yang dihina. Dosa sesama manusia hanya boleh diampunkan oleh orang itu.


Wassalam

Tuesday, October 1, 2013

~The Story of Me~: Ubat sakit migraine - the Islamic way

~The Story of Me~: Ubat sakit migraine - the Islamic way: Subject: Ubat sakit migraine - the Islamic way  Base on true story from others...... .....  Alhamdulillah. ....I'm an acute migrain...

Lirik Lagu Ungu - Bila Tiba (OST Sang Kiai)

Lirik Lagu Ungu - Bila Tiba (OST Sang Kiai) 

Saat tiba nafas di ujung hela 
Mata tinggi tak sanggup bicara 
Mulut terkunci tanpa suara 

Bila tiba saat berganti dunia 
Alam yang sangat jauh berbeda 
Siapkah kita menjawab semua 
Pertanyaan 

Bila nafas akhir berhenti sudah 
Jatung hatipun tak berdaya 
Hanya menangis tanpa suara 

Mati tak bisa untuk kau hindari 
Tak mungkin bisa engkau lari 
Ajalmu pasti menghampiri 

Mati tinggal menunggu saat nanti 
Kemana kita bisa lari 
Kita pastikan mengalami 
Mati 

Mati tak bisa untuk kau hindari 
Tak mungkin bisa engkau lari 
Ajalmu pasti menghampiri 

Mati tinggal menunggu saat nanti 
Kemana kita bisa lari 
Kita pastikan mengalami 
Mati
There was an error in this gadget

nuffers

Digital clock