nuff

Monday, November 10, 2014

Kebahagiaan akan Tertangguh Selagi Kita Membandingkan Hidup Kita Dengan hidup Orang Lain

Kebahagiaan akan Tertangguh Selagi Kita Membandingkan Hidup Kita Dengan hidup Orang Lain

credit to :- Blog AKU Islam

Tahu apa antara perkara yang paling sukar dalam hidup ini?

– Mencapai kebahagiaan.

Lebih-lebih lagi bila kita mula membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain.

Kenapa sangat sukar untuk kita hidup tanpa sedetik pun terbit perasaan dihati, membandingkan hidup kita dengan orang lain?

Ini sebenarnya satu soalan yang sukar dijawab.

Sememangnya sudah menjadi lumrah manusia untuk berbanding-banding.
Tabiat yang akhirnya nanti akan berakhir dengan perasaan sedih dan rasa tidak adil setelah melihat kehidupan orang lain, walaupun sebenarnya anda telah mempunyai kehidupan yang baik

Anda selalu tidak sedar bahawa perbandingan akan membuatkan kita mempersoalkan apa yang telah kita ada.

Selalunya, anda selalu melihat rumput dihalaman tetangga lebih hijau daripada rumput halaman rumah sendiri.

Pernahkah anda mempersoalkan mengapa orang lain yang biasa-biasa cara belajarnya, mendapat markah lebih tinggi dari yang anda walaupun telah berusaha lebih?

Anda sering tertanya-tanya mengapa orang lain yang rupa parasnya tidak secantik anda, lebih mudah bertemu jodoh, berbanding kita yang masih tidak kunjung-kunjung tiba.

Mengapa orang yang cantik dan kacak lebih diberi perhatian untuk berkawan, dan yang kurang paras rupa sentiasa disisihkan?

Mengapa suami orang lain boleh bertolak ansur dan setia, tetapi suami anda yang sentiasa panas baran dan kasar?

Tidakkah anda berasa sakit hati dan merasa tidak adil?

Yang Pasti: Kita akan selamanya kalah dengan kehidupan orang lain
In this game of life you will never reach a point where you are better than others in every way and why would you want to be.

Sebab itulah kita tidak bahagia.

Sebab kita lazimnya akan membandingkan hidup kita dengan benda yang salah.

Kita akan membandingkan keadaan dan situasi kita yang terburuk, dengan keadaan mereka yang terbaik. Dari sudut pandangan apa yang kita lihat dan apa yang kita anggap pada ketika itu.

Kita hanya melihat pada kelebihannya sahaja tanpa kita menilai kekurangannya yang lain.

Kita tertipu.

Sebenarnya, kebanyakkan perkara yang ditonjolkan orang kepada dunia luar adalah berbeza dengan realiti yang sebenarnya.

Manusia cenderung untuk hanya menunjukkan kegembiraan, kehebatan dan kesempurnaannya sahaja.

Sebagai contoh, bila ada seseorang bertanya khabar kita, berapa kerapkah kita memberi respons dengan mengatakan “Aku rasa hampir-hampir nak gila!”, “Aku tak tahan dengan hidup..”, berbanding dengan kita lebih mengambil keputusan untuk mengigit lidah dan tersenyum sambil mengatakan “Alhamdulillah semuanya OK.”

People are less likely to reveal their negative emotions than their positive emotions.

Perbandingan akan meletakkan fokus anda kepada orang yang salah. Anda akan fokus kepada kehidupan orang lain, bukannya fokus terhadap hidup anda sendiri.

Jadi bagaimana anda mahu bahagia jika anda cemburu dengan kehidupan orang lain.

Kita sering lupa bahawa setiap orang mempunyai jalan kehidupan tersendiri dan cara tersendiri untuk melaluinya.

Oleh itu, hanya fokuskan terhadap perjalanan hidup kita sendiri.

Sebab anda hanya boleh mengawal kehidupan seorang sahaja – iaitu anda!

Orang bijak hanya membandingkan hidup mereka dengan diri mereka sendiri


Hidup bukan pertandingan. Hidup adalah perjalanan.

We are all on a journey to find something, to become something, to learn, to create.

Setiap orang adalah berbeza. Walau saudara kembar sekali pun. Tidak akan sama.

Perjalanan kita tiada kaitan dengan orang lain. Hanya kita yang menentukan apa yang kita mahu dan dimana kita mahu pergi.

Daripada membandingkan hidup anda dengan kehidupan orang lain, lebih baik tanamkan tabiat dalam diri anda untuk membandingkan hidup diri anda sendiri.

Kehidupan diri anda dimasa kini dan kehidupan diri anda dimasa dahulu.
Lihat sebanyak mana anda telah dewasa, apa pencapaian anda, dan perkara apakah yang telah kita buat setakat ini dalam mencapai matlamat hidup kita.

Siapa diri kita sekarang adalah hasil daripada keputusan yang kita buat semalam. Kita sentiasa dalam proses membesar. Sentiasa belajar menjadi matang.

Kerana kehidupan kita akan sentiasa berkembang.

Mungkin kita boleh tuliskan dalam diari apa yang telah kita belajar dan apa masalah yang telah berjaya kita atasi. – boleh menjadi rujukan berguna pada suatu masa nanti.

Learn from your mistakes and try again. Remember that it’s not over when you lose, it’s over when you quit.

Kembangkan nilai dalaman seperti suka memberi senyuman, bersedekah dan menyebarkan kebaikan disekeliling kita.

InsyaaAllah, ia akan menguatkan nilai positif dalam diri kita dan kita akan menjadi lebih kuat, lebih baik dari sebelumnya.

Jadilah jiwa yang suka mengambil pelajaran dari kehidupan.

Kekurangan itu adalah OK ( tiada orang yang akan sempurna sampai bila-bila )
Satu perkara yang ramai diantara kita semua tidak perasan adalah kita semua hidup didalam masyarakat yang gilakan kesempurnaan dan glamour. – membuatkan kita terikut-ikut tanpa sedar.

Kita membaca majalah. Kita membelek surat khabar. Kita menonton drama. 

Kita melayari laman media sosial.

Dari semua itu, semuanya hanya memaparkan wajah yang cantik, kisah rumahtangga yang bahagia dan kisah-kisah kehidupan yang sempurna sahaja.

Jadi jangan terperangkap

Satu perkara penting yang harus kita hadam supaya tidak terjatuh dalam perangkap membandingkan hidup adalah:

Satu gambar tidak menceritakan keseluruhan kisah

Kebanyakkan kisah kejayaan yang kita baca tidak menceritakan kegagalan mereka (kecuali untuk menceritakan bagaimana mereka berjaya mengatasinya)

Tiada yang akan sempurna sampai bila-bila. Belajar menerimanya. Memang kita perlu sentiasa improve tetapi jangan berharap untuk menjadi sempurna.

Penutup: kamu insan yang istimewa dipilih Allah

Membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain adalah satu kebodohan. Tetapi mencari inspirasi dan belajar dari kisah kehidupan orang lain adalah satu kebijaksanaan.

Jangan risau. Bertenang dan sentiasalah senyum.
Setiap orang mempunyai jalan hidup tersendiri yang telah Allah lakarkan indah diataspentas kehidupan.

Pasti semuanya bersesuaian dengan kehidupan kita. Cuma kita terlalu naïf dan lemah untuk menilai dengan sebaik-sebaik penilaian terhadap semua takdir kita.

“janganlah kamu berasa lemah dan jangan pula kamu bersedih hati kerana kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang orang yang beriman”. [ surah ali-imran ayat 139 ]

Bila tiba masanya nanti kita akan tersenyum memikirkan kembali hikmah yang Allah tunjukkan.

Cuma buat masa ini kita hanya perlu bersabar dan jangan mempersoalkan serta membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain.
Allah itu Maha Adil.

Kita semua istimewa dipandanganNya. 

Monday, November 3, 2014

Kelebihan puasa Hari Asyura (10 Muharram)

Assalamualaikum

Disunatkan kita berpuasa pada Hari Asyura’. Hari Asyura juga digelar Ayyamillah (Hari-hari Allah) iaitu hari-hari yang dinasabkan oleh Allah swt kepada diriNya. Allah swt telah menyuruh Nabi Musa as agar mengingatkan kaumnya tentang hari-hari tersebut dalam firmanNya : ﴿وَذَكِّرْهُمْ بِأَيَّامِ اللَّهِ﴾ bermaksud, “Dan ingatkanlah mereka tentang Hari-hari Allah”. Maksud Hari-hari Allah ialah Ayat-ayatNya dan nikmat-nikmatNya seperti selamatnya Nabi Musa as dan kaumnya dari kekejaman Firaun, terbelahnya Laut, tenggelamnya Firaun dan tenteranya yang zalim lagi mendustakan Allah swt, Al-Mann dan Al-Salwa yang diturunkan dari langit untuk Bani Israel dan nikmat-nikmat yang lain.

Dari hadis riwayat Muslim bebrunyi “إن عاشوراء من أيام الله..” bermaksud, “Sesungguhnya Asyura adalah dari Hari-hari Allah”. Dalam satu riwayat bermaksud, “… dengan nikmat Allah taala”.

Dalam setiap sempena Islam, merekacipta poster dan pelbagai bentuk promosi ibadat Islam boleh membantu menyebarkan Syiar Islam dan merubah penghayatan umat Islam kepada yang lebih baik. Ini sekaligus membina masyarakat Islam yang dicita-citakan untuk mendokong Ad-Daulah Al-Islamiyah yang dituju dan yang diperjuangkan oleh sesebuah Jamaah Islam.

Dalam satu hadis menyebut “هذا يوم عظيم يوم نجى الله فيه موسى وأغرق فرعون” bermaksud, “Hari ini adalah hari yang besar dimana Allaah menyelamatkan Musa dan menenggelamkan Firaun”. Sabdanya lagi “يوم صالح هذا يوم نجى الله بني إسرائيل من عدوهم” bermaksud, “Hari ini ialah hari yang baik dimana Allah menyelamatkan Bani Israel dari musuh mereka”.  Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah saw bersabda“أظهر الله فيه موسى وبني إسرائيل على فرعون..” bermaksud, “Di hari tersebut (Asyura) Allah memenangkan Musa dan Bani Israel keatas Firaun”.يعني رمضان) وعن ابن عباس “ما رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يتحرى صيام يوم فضله على غيره إلا هذا اليوم يوم عاشوراء، وهذا الشهر (البخاري Tidak aku melihat Nabi saw berusaha berpuasa melebihi hari-hari lain selain hari ini, iaitu hari Asyura dan di bulan ini iaitu bulan Ramadan”. Oleh itu hadis ini menunjukkan Hari Asyura merupakan hari yang paling afdhal untuk berpuasa selepas bulan Ramadan dan Hari Arafah.

Puasa di Hari Asyura menghapuskan dosa setahun. Ini adalah diantara anugerah Allah swt kepada manusia yang memang lumrah terdedah kepada kesilapan dan kelemahan. Allah swt menjadikan hari tersebut sebagai sebab untuk pengampunan dosa dan taubat.

Hari apakah kita disunatkan berpuasa Asyura ?

Kebanyakan Ulamak mengatakan sunat berpuasa pada Hari Kesepuluh bulan Muharram kerana Nabi saw berpuasa pada hari tersebut dan menyarankan kepada para Sahabatnya agar berpuasa sedemikian. Imam Al-Qurtuby berkata bahawa perkataan “Asyura” diambil dari perkataan Asyara bermakna “sepuluh” tapi dalam bentuk perkataan menunjukkan bersangatan (mubalaghah) dan mengagungkan (takzim). Ibnu Al-Munir mengatakan kebanyakan Ulamak mengatakan “Asyura” adalah Hari Kesepuluh. Rujuk juga kitab Fath Al-Bari. Malik, Ahmad, Ishaq dan lain-lainnya juga berpendapat demikian. Turut menyokong pandangan mereka adalah riwayat Ibnu Abbas ra ويؤيده ما رواه ابن عباس “أمر رسول الله صلى الله عليه وسلم بصوم عاشوراء يوم العاشر” (الترمذي: 755 حسن صحيح)، yang bermaksud, “Rasulullah saw menyarankan puasa Asyura iaitu Hari Kesepuluh” (hadis hasan sahih riwayat At-Tarmizi).
Ibadat puasa adalah salah satu tunggak Islam terpenting dalam membina rijal Dakwah dan generasi masadepan Islam yang gemilang.

Pendapat sebahagian Ulamak ialah berpuasa sunat pada Hari Kesembilan bulan Muharram berdasarkan riwayat dari Ibnu Abbas فقد سُئل ابن عباس عن صيام يوم عاشوراء فقال: إذا رأيت هلال المحرم فاعدد، وأصبح يوم التاسع صائمًا، قلت: هكذا كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصومه؟ قال: نعم (رواه مسلم: 1133 وأبو داود: 2446 والترمذي: 754 وأحمد: 1/239: 2135 صحيح) apabila ditanya tentang puasa Hari Asyura, dia berkata  bermaksud, “Apabila kamu melihat anak bulan Muharram, kiralah hari-harinya dan jadilah seorang yang berpuasa pada Hari Kesembilan’. Aku bertanya, ‘Begitukah Rasulullah saw berpuasa?’. Dia menjawab, ‘Ya’’. (riwayat Muslim no 1133, Abu Daud no 2446, At-Tarmizi no 754, Ahmad no 239/1). Ibnu Al-Qayyim mengatakan yang disunatkan ialah Hari Kesembilan sahaja.

Pendapat sebahagian Ulamak ialah berpuasa pada kedua-dua Hari Kesembilan dan Hari Kesepuluh bulan Muharram berdasarkan hadis “حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه قالوا: يا رسول الله! إنه يوم تعظمه اليهود والنصارى. فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم “فإذا كان العام المقبل إن شاء الله صمنا اليوم التاسع” قال: فلم يأت العام المقبل حتى تُوفي رسول الله صلى الله عليه وسلم (مسلم: 1134/133) bermaksud, “Pada hari Rasulullah saw berpuasa Hari Asyura (pada Hari Kesepuluh), para Sahabat ra berkata, ‘Ya Rasulullah, ia adalah hari yang disambut oleh orang-orang Yahudi dan Kristian, lalu Rasulullah saw bersabda, Tahun depan insyaAllah kita akan berpuasa pada Hari Kesembilan jika aku masih hidup’. Sebelum tiba tahun depan Rasulullah saw wafat”. Oleh itu Imam Asy-Syafie ra, Ahmad dan sebahagian Ulamak mengatakan sunat berpuasa pada kedua-dua Hari Kesembilan dan Hari Kesepuluh agar tidak menyamai Yahudi dalam meraikan hanya satu hari sahaja. Dikalangan mereka ada yang mengatakan puasa Hari Kesembilan sebagai langkah hati-hati agar tidak terlepas kelebihan puasa Hari Asyura.

Puasa mendidik jiwa pemuda pemudi Dakwah menjadi ikhlas kerana ia adalah ibadah yang tidak boleh dilihat oleh manusia yang lain, mendidik jiwa menjadi kental kerana ia adalah perbuatan yang melawan arus nafsu makan dan syahwat, mendidik jiwa menjadi penyayang kerana berlapar mengingat dan menginsafkan dia akan kehidupan orang fakir dan miskin yang sering dilanda kelaparan dan serba kekurangan.

Pendapat sebahagian Ulamak pula ialah sunat berpuasa Hari Kesembilan, Hari Kesepuluh dan Hari Kesebelas berdasarkan hadis riwayat Ahmad أي صيام: 9، 10، 11 للحديث: “صوموا يوم عاشوراء وخالفوا اليهود: صوموا قبله يومًا أو بعده يومًا” bermaksud, “Berpuasalah kamu di Hari Asyura dan kamu bezakanlah dengan (amalan) orang-orang Yahudi. Oleh itu berpuasalah sehari sebelumnya dan sehari selepasnya”.

Ringkasnya, yaang paling afdhal ialah berpuasa pada ketiga-tiga hari ke 9, 10 dan 11 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasalah pada hari ke 9 dan 10 Muharram. Jika tidak upaya maka berpuasa sunatlah pada hari ke 10 Muharram.

Diriwayatkan bahawa generasi Islam terdahulu suka melatih kanak-kanak kecil berpuasa Hari Asyura dengan cara membawa mereka ke masjid dan membuatkan untuk mereka alat permainan di sana. Jika sesiapa dari mereka yang menangis kerana lapar, dia akan diberi alat mainan tersebut sehingga dia asyik bermain sehingga tiba waktu berbuka puasa (rujuk syarah hadis Muslim no 1136).

Kita berdoa kepada Allah swt agar diterima puasa dan amal ibadat kita di Hari-hari yang mulia ini, meningkatkan keperibadian Islam pada diri, keluarga dan masyarakat kita kea rah mendaulatkan kembali Islam di Negara, rantau dan dunia ini.

Wassalam
There was an error in this gadget

nuffers

Digital clock