Info ehsan dari MH Online:-
MH Online baru sahaja mendapat pengesahan daripada aktres Ayu Raudhah yang mengakui kini sudahpun mengandung tiga bulan. Berkongsi mengenai kandungannya itu, Ayu mengakui tidak mahu kecoh-kecoh tentang perkhabaran gembira tersebut memandangkan usia kandungannya masih lagi baru. Pengalaman kehilangan kandungan ketika masuk minggu keenam meninggalkan momen pahit buat aktres Ayu Raudhah dan suami, Zaquan Adha yang juga pemain bola sepak kebangsaan, akhir tahun lalu.
Bagaimanapun, kesedihan itu terubat apabila Ayu kini sedang hamil tiga bulan. Mengakui bimbang akan keselamatan kandungannya, Ayu dinasihatkan doktor untuk bercuti bagi menggelakkan kejadian sama berulang.
"Pengalaman keguguran tidak lama dahulu banyak mengajar saya. Jadi kali ini saya lebih berhati-hati dan alhamdulillah perkembangan kandungan saya baik sahaja dan sudah mencecah usia tiga bulan.
"Buat masa sekarang saya hanya mengalami muntah-muntah sahaja tetapi apa yang lucunya, pada awal kandungan suami saya pula yang kerap rasa loya," seloroh Ayu yang bakal bercuti ke London bersama kakaknya, aktres Rozita Che Wan, awal Oktober depan.
Sambil teruja dengan perkhabaran berita ini, Ayu Raudhah meminta peminat mendoakan kesihatan kandungannya. Tahniah dari MH online!
Zaquan adalah individu paling gembira apabila doktor mengesahkan dia sedang hamil ketika itu dan sering bimbangkan Ayu apabila berjauhan.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Ayu Raudhah dan suami di atas berita gembira ini dan semoga kesihatan ibu dan anak dalam kandungan sentiasa terjaga.
Tahniah :D
No comments:
Post a Comment
Hak cipta terpelihara cik marie. Nak comment (jika ada), please comment selembut dan seceria bahasa yang mampu.. haha (paksa)