Assalamualaikum
Awasi rumah, keluarga dan jiran anda.
Tips
yang berguna untuk dikongsi bersama.
1. Elakkkan anak anda tidur di ruang tamu
rumah berseorangan . Penjenayah mungkin menggunakan anak anda sebagai tebusan.
2. Segala peralatan tajam seperti pisau
sebaiknya disorokkan atau disimpan dalam laci
berkunci. Kebanyakkan kes kecurian didapati pisau dari rumah tersebut
hilang kerana penjenayah akan mencari
pisau terlebih dahulu untuk melindungi diri meraka sebelum menyamun.
3. Sekiranya terdengar atau terlihat paip air
di luar rumah terbuka pada 12 malam keatas,
jangan keluar untuk menutup paip tersebut kerana ini merupakan taktik
penjenayah dimana mereka menunggu di
luar pintu rumah untuk masuk ke dalam rumah.
4. Beritahu anak jika ingin ke tandas di
tengah malam, kejutkan dahulu ibu bapa bersama mereka.
5. Elakkan menyimpan barang berharga seperti
emas dan wang di dalam almari baju.
6. Bawa alarm kereta semasa tidur. Kalau
terjaga tengah malam dan anda berasa curiga, on dan offkan alarm untuk
menakutkan pencuri dan menandakan anda sentiasa peka dengan persekitaran rumah
anda.
7. Tekan alarm kereta jika anda syak pencuri
sudah masuk ke dalam rumah anda.
8. Jika anda melihat orang yang mencurigakan
di kawasan rumah anda, cuba dapatkan nombor plat kereta mereka .
9.
Pesan pada jiran tetangga, jika ada sesiapa yang datang ke rumah sewaktu
ketiadaan anda dan mengaku dia saudara
anda dengan mahu mengambil sesuatu, jangan benarkan . Beri nombor telefon
anda kepada jiran agak mereka boleh memeriksa dengan anda apakah benar atau tidak identiti
orang tersebut.
10.
Semasa tidur , pastikan telefon bimbit, rumah atau cordless phone berada disisi anda . Ini memudahkan anda
membuat panggilan kecemasan sekiranya terasa kehadiran pencuri didalam rumah
anda.
11.
Pastikan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis ,bomba dan
sebagainya disimpan didalam telefon anda . Pastikan seluruh keluarga hafal
nombor tersebut.
12. Jika mampu , pasang alat pengesan
kecurian dirumah atau alarm automatik .
13. Jangan biarkan sekeliling rumah anda gelap gelita
.Sekurang-kurangnya ada lampu kecil atau lampu porch di hadapan atau belakang
rumah sama ada ketika anda berada
dirumah mahupun sewaktu bercuti .
14. Jika anda sekeluarga pergi
bercuti untuk satu tempoh yang lama , pesan pada jiran untuk mengambil surat
dalam peti surat anda. Peti surat yang penuh
membantu pencuri menghidu
ketidaan tuan rumah tersebut.
15. Jika kawasan tempat tinggal
anda kerap berlaku kecurian , buat permohonan
rasmi dari balai polis
berdekatan supaya anggota polis sering melakukan rondaan dikawasan tersebut.
16. Pastikan kenderaan anda
mempunyai kunci tambahan, Contohnya
kereta dipasang kunci stering dan kunci gear .Walaupun masih boleh dicuri , namun
ia akan melambatkan tindakan pencuri dan memberi ruang waktu untuk anda
bertindak .
17. Jika mempunyai anak
perempuan,ingatkan agak pintu bilik mereka dikunci dari dalam dan anda harus
mempunyai kunci pendua jika berlaku sebarang kecemasan . Ini kerana ada
penjenayah yang mengambil kesempatan seksual.
18. Simpan kayu hoki atau besbol
di bawah katil agak ia boleh digunakan untuk mempertahankan diri dari penjenayah.
19.
Elakkan meletak kunci dibawah pasu , dalam peti surat , tepi
tingkap dan sebagainya bila keluar rumah
. Ini taktik lama yang mudah dikesan oleh penjenayah. Sebaiknya tinggalkan pada
jiran yang anda kenal dan boleh dipercayai.
20.
Kalau anda masuk ke rumah sewa baru, pastikan tukar segala kunci rumah
tersebut kepada yang baru bagi mengelakkan mereka yang pernah mempunyai kunci rumah asal
tersebut dari memasuki rumah anda.
Wassalam