nuff

Wednesday, May 9, 2012

Masquerade Farewell Dinner Encik Nasir

Masquerade Time!!


 the tentative for the dinner


the macho guys in JPPA.. ahahaha.. ehh.. big bos pun join? hohoho


our beloved Emcee - Hazim


1 of our delicious dinner for the night


VVIP Table

My Table.. hehehe


other table.. ada lagi.. tapi ni upload je dulu


Simple Speech by our Pengarah


Appriciation gift to En Nasir :)


a Token from En Nasir.. baru balik thailand ker tuuu?? ;p


En Nasir Perform duet song with Pn Sarifaa lagu aci aci buka pintu???...


mcm biasalah.. artis BNM sepanjang zaman.... terkedu semua dgr suara beliau... auuwww.. nyanyi lagu Anuar Zain - Perpisahan


nih??? heheheheheh... cer teka lagu ape?... ahaha


bos2 lain tak segan nak try vocal gak... huhuhu.. sekuntum mawar merah... hihihi


errrrr... pengarah nyanyi lagu pe eh???? ekkekkee


pe kene bos aku ngan pn sarifaa tu??? ahahahahahahahahahahahahha aiyark!!!

p/s: morale of the story make urself happy :)

Tuesday, May 8, 2012

Untuk Wanita: 2 Tabiat Bawa Ke Neraka


untuk renungan bersama.....

Assalamu'alaikum…

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"
(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:
"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi :

"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

" SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"

Bersihkanlah buah pinggang anda


Bertahun telah berlalu, buah pinggang kita telah sekian lama menapis darah dengan membuang garam, racun dan mana-mana tidak dikehendaki memasuki badan kita. Seiring dengan masa, garam dan racun merbahaya ini berkumpul dan amat perlu kita membersihkan buah pinggang kita.

Bagaimana kita nak bersihkan buah pinggang??
Ia amat mudah, terlebih dahulu ambil sedikit parsli dan basuh ia dengan air bersih (disyorkan basuh dengan Mineral Water).

Tahukah anda apa itu daun parsli?
Daun parsli adalah daun yang digunakan untuk membuat sup.

Kemudian potong daun parsli tadi dalam kepingan kecil kemudian letakkan ia ke dalam sebuah periuk dan tuang air bersih dan masak ia selama sepuluh minit dan biarkan ia sejuk, kemudian tuangkan airnya ke dalam botol/gelas dan simpan di peti sejuk. Amalkan minum satu gelas sehari dan anda akan dapati perbezaan ketara dimana segala garam, racun akan keluar dari buah pinggang anda melalui air kencing. Juga anda akan dapat merasai perbezaan yang anda belum pernah dirasakan.

Daun Parsli telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!

Wassalam

Jangan Kau Rayu Lyrics



Jangan Kau Rayu Lyrics
by Rahim Maarof

Langkah pergi walaupun pedih 
Hati telah terguris tak mungkin sembuh 
Jangan ditanya siapa yang silap 
Lihat saja di cermin salah siapa engkaukah aku

Jangan kau rayu ( 2X ) 
Tak guna memujuk 
Aku bukanlah alat mainanmu 
Cinta kita sampai di sini 
Tak guna kau rayu 
Aku bukanlah alat mainanmu oh...

Telahku dengari dari teman-teman 
Kisah tentang dirimu 
Betapa kau curang 
Curang padaku

Ku kira semua tohmahan belaka 
Ternyata benar tak perlu kau sembunyikan

Tak guna memujuk 
Aku bukanlah alat mainanmu 
Cinta kita sampai di sini 
Tak guna kau rayu 
Aku bukanlah alat mainanmu oh... 
( 2X )


Kelopak mata bergerak-gerak




Situasi 1
Dah dua tiga hari mata kanan aku asyik gerak-gerak je ni.. ada orang jauh nak datang ke ni? Kot-kot nak dapat durian runtuh kot..yes!

Situasi 2
 Alamak! Mata kiri aku berkedip-kedip la.. Ada apa-apa benda sedih nak berlaku ke ni... Aduh....

Assalamualaikum dan salam sihat semua,

 Di atas merupakan dua situasi yang saya nak kongsi dengan anda semua. Mungkin secara sedar atau tidak, situasi tersebut menjadi taboo kepada rakyat Malaysia khususnya kaum Melayu. 

Saya tak pasti la pula sejauh mana kebenarannya, tetapi hari ini saya ingin berkongsi dan menerangkannya dari sudut sains. So jika mata kanan anda berkedip dua tiga hari ni, mungkin nak dapat perkhabaran baik dari saya yang selepas ini anda akan tau apa yang berlaku kat mata kanan/kiri anda tu :P


Eye twitching atau dalam Bahasa Malaysia diterjemahkan sebagai mata berkedip-kedip atau ada juga yang memanggil mata bergerak-gerak atau mata bergerenyet, berlaku pada bahagian otot muka dan otot mata. Kedipan mata tersebut boleh berlaku di bahagian bawah dan atas mata. Namun kes yang biasa dijumpai adalah kedipan di bahagian bawah berbanding bahagian atas.

Fenomena ini sebenarnya dipanggil dalam bahasa perubatan sebagai Myokymia. Untuk menyelesaikan masalah eye twitching ini, kita lihat dahulu punca-punca yang menyebabkan masalah ini terjadi.  Punca-punca yang dikenalpasti adalah seperti berikut:

§  Tekanan (Stress)
§  Kelesuan (Tiredness)
§  Ketegangan Mata (Eyestrain)
§  Kafein (Caffein)
§  Alkohol (Alcohol)
§  Kekeringan Mata (Dry Eyes)
§  Ketidakseimbangan Nutrisi (Nutritional Imbalance)
§  Alergi (Allergies)
Secara umumnya, eye twitching adalah tidak merbahaya kepada pengidapnya memandangkan sifatnya adalah benign (tidak merebak). Walaubagaimanapun,eye twitching merupakan masalah yang agak sukar diubati jika penyebabnya tidak dapat diketahui secara jelas.


Mengapa mata saya berkedip-kedip?

1. Tekanan: Semasa tubuh badan berada di dalam keadaan yang tertekan, reaksi tubuh adalah berbeza-beza. Salah satu tandanya ialah eye twitchingterutamanya berkaitan dengan ketegangan mata. Mengurangkan punca tekanan tersebut berupaya mengurangkan eye twitching.

2. Kelesuan: Kekurangan tidur, sama ada disebabkan tekanan atau sebab-sebab lain mampu menyumbang kepada kekejangan kelopak mata. Tidur yang mencukupi dapat menyelesaikan masalah tersebut.

3. Ketegangan Mata: Berkaitan dengan tekanan pada penglihatan terutama kuasa mata yang sudah berubah dari kuasa kacamata dan memerlukan gantian kuasa yang baru. Mata akan bekerja dengan lebih kuat dalam keadaan tertekan akan menyebabkan eye twitching. Oleh itu, anda disarankan untuk menjalankan pemeriksaan mata dan mendapatkan kuasa kacamata yang baru.

Penggunaan komputer pada jangka masa yang lama juga mampu menyebabkan masalah ini. Jika anda terpaksa bekerja di hadapan komputer pada jangka masa yang lama, anda dicadangkan untuk memakai kacamata khusus untuk pengguna komputer.

4. Kafein dan Alkohol: Kebanyakan pakar percaya bahawa mengambil kafein dan/atau alkohol yang berlebihan akan menyebabkan masalah eye twitching. Jika pengambilan adalah berlebihan, cuba untuk kurangkan dan untuk muslim pula, perlu ke untuk ambil alkohol?

5. Kekeringan Mata: Lebih daripada separuh golongan warga tua mempunyai masalah mata kering. Selain itu, masalah mata kering juga sering terjadi kepada pengguna komputer, pengambil ubat (antihistamin, antidepressant dll) dan pemakai kanta sentuh. Anda yang mempunyai masalah ini boleh menggunakan beberapa medikasi yang sesuai untuk mengurangkan masalah mata kering.


6. Ketidakseimbangan Nutrisi: Beberapa laporan mengatakan kekurangan nutrisi seperti magnesium akan menyebabkan masalah eye twitching. Walaubagaimanapun laporan-laporan tersebut tidak dibuktikan secara saintifik. Oleh itu, sebelum anda mengambil sebarang makanan tambahan atau vitamin, sila rujuk dengan pakar pemakanan terlebih dahulu.

7. Alergi: Mereka yang mempunyai masalah alergi akan mengalami simptom seperti gatal, bengkak dan mata berair. Jika mata tersebut digosok, akan menyebabkan pembebasan histamin pada tisu dan air mata. Histamin boleh mengakibatkan eye twitching. 

Untuk menyelasaikan masalah ini, ubat titis mata atau tablet antihistamin boleh digunakan untuk mengurangkan eye twitching. Walaubagaimanapun diingatkan antihistamin akan menyebabkan  mata kering. Oleh itu, cuba dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang antihistamin.

BOTOX

Botox!? Seperti yang kita tahu sebelum ni, Botox digunakan untuk hilangkan kedut-kedut di muka sahaja. Ramai artis yang guna teknik short-cut ini dan terima kasih kepada mereka yang memperkenalkan perkataan botox kepada umum sehingga menjadi fenomena kecantikan pula. Macam duta tak berbayar pula yek..hihihihi..

Sebenarnya kegunaan Botox di dalam perubatan adalah sangat meluas dan bukan hanya untuk menghilangkan kedut-kedut tua tu sahaja. Untuk kes-kes yang sangat jarang berlaku dan eye twitching "extreme", suntikan Botox akan digunakan.

Suntikan ini akan digunakan jika twitching tersebut melibatkan separuh muka atau keseluruhan mata sehingga menyebabkan mata tertutup.  Tindakan Botox adalah menghentikan kontraksi otot  di muka seterusnya mengelakkan eye twitching.

Artikel ini adalah kesinambungan dari artikel yang lepas iaitu Eye Twitching.


TAZKIRAH
Berbalik kepada 2 situasi yang saya berikan di atas, kita perlu berbalik kepada doa Rasullulah ini:

Doa Rasulullah s.a.w:

Ya Allah, tidak adalah sebarang petanda, tetapi yang ada ialah pergantungan kepada-Mu, tiadalah yang baik selain kebaikan dari-Mu, dan tidak ada yang layak disembah melainkan-Mu." 

(Allahumma laa toira illa toiruka wa laa khaira illa khairuka wa laa ilaha ghairuka)
 (Ahmad 2/20, ibn as-sunni #292, al-ahadith as-sahihah #1065)

Doa ini dibaca apabila kita terfikir bahawa sesuatu yg terjadi itu adalah alamat/petanda kepada sesuatu kebaikan/keburukan, terutamanya yg boleh mempengaruhi kita membuat sesuatu tindakan. Dengan doa ini kita menolak semua kepercayaan ini, dan hanya bergantung kepada Allah. Doa ini juga mengeluarkan kita daripada jatuh ke dalam syirik meletakkan kepercayaan kepada sesuatu petanda lebih daripada pengharapan kepada Allah





ada beberapa tanda/alamat/petunjuk jika mata kita bergerak-gerak. Antaranya:

1. Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – nak tengok / akan berjumpa orang jauh atau lama terpisah atau akan mendapat berita baik

2. Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira

3. Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa kita

4. Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik / musibah)
Menurut sumber di internet, katanya urutan di kelopak mata dengan perlahan mampu mengurangkan pergerakan tidak terkawal dan kata sumber itu lagi, keadaan otot di kelopak mata bergerak dengan sendiri (involuntary twitching of the eyelid) kerana keadaan letih atau stress.

Di bawah disertakan rahsia pergerakan anggota badan yang menarik untuk dikongsi bersama.
Orang dahulu kala memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat. Sejauh mana kebenarannya tidaklah diketahui. Tetapi yang pasti orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatian dan juga melalui pengalaman yang mereka lalui. Mungkin disebabkan banyak kebetulan yang berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat. Di sini diperturunkan beberapa petanda yang berhubung kait dengan pergerakan tubuh kita. Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai semata-mata.

1. Kelopak mata kanan bergerak = beroleh keamanan

2. Kelopak mata kiri bergerak = melihat perempuan

3. Kelopak mata kiri ke atas bergerak = ada orang akan berjalan jauh

4. Kelopak mata kiri dibawah bergerak = hendak menangis

5. Ekor mata kanan bergerak = menerima kedatangan orang jauh

6. Ekor mata kiri bergerak-gerak = mendapat sedikit kepayahan

7. Biji mata kanan bergerak-gerak = akan menangis dalam bercinta

8. Biji mata kiri bergerak-gerak = gembira di hati

9. Ubun bergerak = berbahagia pada hari tersebut

10. Kening kiri bergerak-gerak = beroleh kelapangan

11. Bibir bawah bergerak = akan menangis

12. Waktu subuh kepala kita bergerak = beroleh kerja yang baik

13. Siku kanan bergerak-gerak = beroleh kebahagiaan.

14. Siku kiri bergerak-gerak = orang yang mengasihi kita akan datang

15. Pelipis telinga bergerak = alami kebahagiaan

16. Telinga bergerak-gerak = berkelahi

17. Kepala bergerak = ada orang menyakiti hati kita

18. Kepala bergerak ke kiri = beroleh kebesaran

19. Bahu kanan bergerak-gerak = harta hendak datang

20. Bahu kiri bergerak-gerak = bakal berjumpa pembesar/ketua

21. Lengan kanan bergerak-gerak = akan sakit kepala

22. Lengan kiri bergerak-gerak = beroleh harta

23. Pipi kanan bergerak-gerak = alamat sakit mata

24. Pipi kiri bergerak-gerak = sentiasa bahagia

Wallahu‘alam....

nuffers