nuff

Friday, March 9, 2012

KL Banjir 07 Mac 2012



GAMBAR BANJIR DI KUALA LUMPUR 7 MAC 2012
GAMBAR BANJIR HUJAN LEBAT DI SEKITAR IBU NEGARA KUALA LUMPUR 7/3/2012 JALAN TAR/KAMPUNG BARU/BUKIT BINTANG/PAVILION/LOW YAT/DATARAN MERDEKA.

Hujan tanpa henti melanda ibu negara kuala lumpur hari ini dan beberapa kawasan di malaysia. akibat dari itu, kuala lumpur telah dilanda banjir dibeberapa lokasi antaranya pavilion, jalan tunku abdul rahman, kampung baru, plaza low yat, dataran merdeka dan bukit bintang. KL banjir 7 mac 2012.



Sekitar Kawasan Masjid Jamek

Kat Pavillion pun sama wooo.. huhuhu




p/s: morale of the story : KL dah Bersih.. huhhuhuu

Thursday, March 8, 2012

Wali Band - Tobats MaksiaTs!

Dengarlah hai sobat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat

Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat

Astafighrullahal’adzim

Reff:
Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali

Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat

Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka

Astafighrullahal’adzim

Back to Reff

Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Back to Reff

Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Courtesy of acaklirik.blogspot.com

Album 'Ingat Sholawat' (2009)

COLA, Pelarasan Gaji & SBPA

Wahai warga2 gomen sekalian.. bergumbiralah anda... huhuhu...

ntah dapat ke tak aku merasa duit org gomen nih... hmmmmm....



share utk anda.... lalalalalalala...


Kerajaan naikkan kadar COLA kepada RM250, RM150



2012/03/08

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi kawasan B dan C masing-masing dinaikkan kepada RM250 dan RM150 sebulan.

Sebelum ini, COLA bagi kawasan B dan C masing-masing ditetapkan pada kadar RM200 dan RM100
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan itu pada majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, sebentar tadi.


Pelarasan gaji berdasarkan jadual matriks SSM: PM


2012/03/08

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelarasan gaji berdasarkan jadual gaji matriks Sistem Saraan Malaysia (SSM) mengikut peratusan gred yang ditetapkan

Antaranya, pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54.
Bagi kumpulan Gred Utama C, B, A pelarasan gaji sebanyak sembilan peratus, manakala Gred Turus III dan II pelarasan gaji sebanyak lapan peratus.
Sementara itu, bagi Gred Turus I dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus.



Najib umum SBPA batal, SSM ditambahbaik

2012/03/08

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan pada 1 Januari lalu dibatalkan dan sistem saraan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan keputusan itu pada majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, sebentar tadi.

Tuesday, March 6, 2012

Lirik Lagu Tak Keruan - Zamani feat Sharifah Zarina - TERBAEKKKK!!


Tak seorang yang ambil tahu
Tak seorang pun ambil peduli
Sehinggalah dikau yang datang
Dan membawa bersama hatimu

Mana mungkin ku persiakan
Bila cinta aku ketahuan
Debar kencang aku rasakan
Bergetaran di dalam hatiku

Saratnya bebanan asmara
Beratnya menepis gelora
Semua relaku terima
Andainya inilah cinta

Ternyata dialah ku cari
Di dalam terjaga dan mimpi
Meskipun adakala sepi
Tetap setia menanti

Hanya dia yang ku dambakan
Walau pun aku rasa gundah… tak keruan
Biar Putih atau pun hitam
Asalkan hati penuh rela dengannya cinta

Tiap saat tiada tempat
Bukan bayangan tapi nyata didepan mata
Siang malam ku rasa terang
Kurasa tenang
Rasa damai
Di buai cinta


Tuesday, February 21, 2012

Adnan Sempit 2

“Adnan Sempit” kini kembali dengan “Adnan Sempit 2”. Selepas meraih kejayaan yang luar biasa melalui filem “Adnan Sempit”, pihak Metrowealth (MIG) yakin dengan kemunculan sekuel “Adnan Sempit 2”. Masih mengekalkan barisan pelakon yang sama iaitu Shaheizy Sam, Intan Ladyana dan dibantu oleh Yana Samsudin, Angah Raja Lawak dan Along Raja Lawak dan pastinya filem Adnan Sempit 2 menjanjikan sesuatu yang lebih menarik.

Filem Adnan Sempit ternyata telah mencatat kejayaan tersendiri apabila menjadi filem tempatan pertama yang memperoleh kutipan melebihi RM7 juta pada tahun lalu. Tidak dinafikan bahawa melalui filem berkenaan juga sebenarnya telah melonjakkan nama Shaheizy Sam sehingga dinobatkan sebagai pelakon paling popular.

Sinopsis Filem Adnan Sempit 2 2012:

Filem ini sebenarnya kesinambungan kepada filem terdahulu, Adnan sempit 1 yang mengisahkan Adnan(Shaheizy sam) cuba memikat hati ibu bapa Nadia (Intan Ladyana) iaitu Dato Isnin. Dato Isnin mencabar agar Adnan mengubah dirinya sendiri dari mat rempit kepada manusia yang mempunyai cita - cita yang tinggi. Antara cabaran yang diberikan Dato Isnin kepada Adnan Sempit ialah supaya anak muda tersebut fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris dan mengubah penampilan dirinya menjadi seorang ahli korporat dalam masa 30 hari. Adnan telah meminta rakan baiknya iaitu Bobby yang telah berkerja sebagai perunding imej. Bobby bersetuju menolongnya dan telah memberikan pelbagai 'idea bernas' yang pasti akan mencuit hati penonton.

akan berada dipawagam pada End February 2012 ini... jom kasi penuh panggung deeee!! heee

nuffers