nuff

Tuesday, June 14, 2016

Ramadan masa mendidik nafsu

Assalamualaikum.....


Nafsu dikatakan amat payah untuk tunduk kepada perintah Allah SWT sejak ia mula-mula diciptakan. Oleh itu, untuk membentuk diri menjadi seorang yang beriman, hendaklah mendidik nafsu supaya mematuhi perintah Allah SWT.

Bulan Ramadan sewajarnya dimanfaatkan untuk mendidik nafsu mematuhi perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya kerana orang yang berpuasa tidak mengikut keinginan nafsu makan dan minum, sebaliknya mereka berpuasa mengikut perintah Allah SWT.

Pada bulan Ramadan, nafsu telah dididik untuk berpuasa, maka inilah waktu yang sebaik-baiknya memperbanyakkan amalan soleh bagi meraih keberkatan dan ganjaran ditawarkan pada bulan mulia ini.

Nafsulah yang menghalang manusia daripada bertakwa, maka langkah pertama untuk menjadi insan bertakwa ialah memerangi hawa nafsu yang sentiasa mengajak manusia lupa serta lalai kepada menyembah Allah SWT. Nafsu juga menghalang kita daripada bersyukur, sabar, reda, bertawakal serta berharap kepada Allah SWT.

Justeru, lawanlah nafsu supaya hati tidak dikuasainya, supaya kita syukur, sabar, reda, tawakal dan sentiasa berharap kepada Allah SWT bukan terus dibelenggu sifat sombong, takbur, hasad, dendam, buruk sangka, bakhil atau ujub.

Jadikan lah ibadah puasa pada bulan Ramadan sebagai landasan untuk menyucikan jiwa dan mengekang hawa nafsu.

Sifat nafsu yang asal sentiasa mengajak, mendorong atau menyuruh ke arah kejahatan, maka nafsu itu perlu dilawan, dikalahkan serta dilumpuhkan segala kehendaknya. Ajakannya mesti dilawan dengan penuh keazaman.

Kita ajak hati berazam untuk menjadi hamba Allah yang sedar dirinya hamba, punya sifat kehambaan dan berakhlak sebagai hamba seperti merendah diri, berkasih sayang dengan orang Mukmin, pemurah, berbaik sangka, pemaaf serta lemah lembut.

Berjanjilah dengan diri dan bersungguh-sungguh untuk membuang sifat mazmumah supaya diganti dengan sifat mahmudah,

Jika kita gagal mendidik nafsu yang sentiasa mengancam, adalah sukar mendidik nafsu orang lain. Mana mungkin kita dapat membetulkan orang lain jika kita belum mampu membetulkan diri sendiri.

Sebagai salah satu Rukun Islam, puasa wajib dilaksanakan dengan ikhlas, tanpa paksaan dan mengharap balasan daripada orang lain. Jika berpuasa dengan niat mendapat balasan atau pujian orang lain, maka ibadah puasa ditunaikan itu tidak memberi sebarang makna. Sebaliknya, kita hanya mendapat lapar dan haus sahaja.

Perang Badar yang terjadi pada tanggal 7 Ramadan, dua tahun setelah hijrah. Ia adalah peperangan pertama yang mana Muslimin mendapat kemenangan terhadap golongan kafir.

Perang Badar juga sangat terkenal kerana beberapa kejadian ajaib yang terjadi dalam peperangan itu. Rasulullah SAW telah memberikan semangat kepada kaum Muslimin untuk memerangi kaum Quraisy yang akan kembali ke Makkah dari Syam.

Wassalam

Thursday, June 9, 2016

Review April Skin Magic Snow Cushion


Let's Rock!!
 


ok, nak citer pasal product nih, nak tau mana aku dapat? dekat dalam IG (Instagram), tgk diorg buat video guna product nih.. mula lah aku nih menggeletis nak tahu lebih pasal product nih, aku pun ushar lebih dari IG org ni ke IG yg lain sampailah ke website dia sendiri. http://www.koreasnbymalaysia.com/product/april-skin-magic-snow-cc-cushion-price-malaysia-indonesia-brunei-singapore/
 
malas nak cakap banyak... sila baca dulu... risalah di bawah...

 aku guna yang nih sebab sesuai utk skin aku yg berminyak.
 
 
 



 

 

 and now nak reveal aku plak lepas pakai product nih.. hehehe...

ni pic sebelum (amek pic masa running.. mana dan nak mekap oii)

ni lepas mekap additional pakai April Skin Magic Snow Cushion.. aku pakai pink beige.. terang gak muka aku... tiada cela kelihatan... hahaha.... kalau jumpa depan2 dia akan glowing... hhehhehe.. nampak lain x?

sejak ade april skin ni.. mmg rajin aku mekap2... haha... memudahkan kerja.. sebab aku mmg malas nak mekap heavy buh foundation bagai.... oklah for simple makeup gi kojo!! hahaha...
ok... that's for now... sekian sahaja my review tentang April Skin Magic Snow Cushion... will follow up another product on april skin... hehe...



Tuesday, July 28, 2015

Open House Rumah Abah utk Sedara Mara di Raya Ke-9

Sabtu Malam 25 July 2015, Kg. Jaya Setia.

dah mcm keratan akhbar plak.. haha.. nak share sedikit sorotan open house kat umah abah. dek kerana aku sebok beraya umah kawan2 pada siang hari, so malam hari aku dpt tender ambil gambo.. thanks to En. Riduan sudi loankan DSLR beliau. huhu.. sesungguhnya moment ni akan aku abadikan sampai bila2.. Allah Maha Penyayang. Terima Kasih Ya Allah kerana memberikan keluarga besar yang bahagia ini untuk aku. (cari tisu jap.. habuk lalu)

 tu dia abah sibuk melayan anak buah dan abgnya.

 cousin-cousin aku

 org nak makan dia posing plak.. haha

 pantang nampak camera.. ahahha

 ni cousin belah mak with their new baby Rania

 my hensem boy, umar (anak cousin)

 celebrate besday alif and mak ude sekali serentak

 antara lauk wajib.. ikan bako.. haha

 ni dia.. 2nd generations of Hj. Talib.
dari bawah kiri Paklang, Mak Ude, Pakcik
atas dari kiri Pokcu, pakteh (abah)
(kecuali arwah paklong n no 2)

 dah mcm penang berkempen

 bersama pasangan masing2.. kecuali mak ude, tinggalkn pak ude di kg.. ahahah

 bersama wakil arwah paklong

 santai.. pokcu kepenatan atau kekenyangan.. haha


 kenyang moment ler tu.. ahah

 yeayy.. maklang nk bg duit raya.. ahahaha

 sejak bila lah abah pasang karoke nih?!

 ahhaha.. mak ude melayan.. lagu raya pun jadi lah.. aahah

 antara org kuat abah.. ahahah

 sesi ngeteh..

 lepak jap makan eskem.. ahaha


 seronok ye dpat mkn eskem...

ni adik beradik belah mak.. diorg pemalu tapi kalau bab memasak.. diorglah no 1.. sedap weyyy.. ahahah

nuffers