nuff

Friday, June 15, 2012

Langkah-langkah menjaga kesihatan dan pemanduan semasa jerebu


Berikut adalah langkah-langkah menjaga kesihatan dan pemanduan semasa jerebu sebagai panduan:





Langkah-langkah menjaga kesihatan


· Gunakan penutup hidung dan mulut sekiranya terpaksa melakukan aktiviti di luar rumah.
· Banyakan minum air kosong, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
· Cuci tangan dan muka selepas melakukan aktiviti di luar rumah.
· Digalakan untuk mandi dengan kerap.
· Tinggal di dalam rumah dan kurangkan aktiiviti di luar rumah.
· Jika memandu, gunakan pendingin hawa didalam kenderaan
· Tutup pintu dan tingkap rumah.

Langkah-langkah semasa Pemanduan


Pasangkan lampu
Pasangkan lampu kecil apabila jarak penglihatan turun daripada paras biasa. Pasangkan lampu utama apabila jarak penglihatan turun secara mendadak. Jangan gunakan lampu tinggi kerana jerebu membalikkan cahaya dan akan memburukkan keadaan.


Kurangkan kelajuan
Perlahankan kenderaan supaya sempat berhenti apabila berlaku kecemasan.


Jaga jarak antara kenderaan
Pemandu harus mengekalkan jarak yang selamat antara kenderaan di hadapan supaya mempunyai ruang yang mencukupi untuk berhenti sekiranya ada situasi merbahaya di hadapan.


Jangan berhenti di tepi jalan
Berhenti di tempat yang disediakan seperti di perhentian atau kawasan rehat dan rawat. Pasangkan lampu kecil untuk keselamatan.


Berhati-hati apabila mengambil simpang atau memotong kenderaan
Pasang lampu isyarat dan pastikan ianya selamat sebelum masuk ke simpang atau memotong kenderaan.


Kenderaan rosak
Berhenti di tempat yang tidak menghalang lalulintas. Hubungi pihak lebuh raya atau polis supaya ianya dapat ditarik ke kawasan yang selamat dengan segera.


Warga emas
Warga emas dinasihatkan tidak memandu dalam keadaan jerebu.


Pengumuman trafik di radio dan paparan iklan elektronik
Pemandu dinasihatkan agar mendengar pengumuman trafik di radio dan juga mesej di paparan iklan elektronik untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung keadaan trafik di kawasan yang dilalui. 


Peringatan khas untuk pengguna motosikal
Selain daripada panduan di atas, pengguna motosikal dinasihatkan supaya memakai pakaian yang bewarna cerah dan topi keledar yang mempunyai pelekat bersinar bagi meningkatkan kebolehlihatan serta memakai penutup muka.


 Peringatan kepada pengguna motokar
Jangan pasang lampu kecemasan (hazard light) semasa memandu kerana ianya mengelirukan pemandu lain. Lampu kecemasan hanya digunakan apabila kenderaan BERHENTI di tepi jalan semasa berlaku kecemasan.




Jaga Diri dan selamat berhujung minggu.. :)

No comments:

Post a Comment

Hak cipta terpelihara cik marie. Nak comment (jika ada), please comment selembut dan seceria bahasa yang mampu.. haha (paksa)

nuffers