KL Gengster II - Review dari penonton yg kerdil akan membayar rm 32 hengget utk tgk di pawagam... hehe...
Assalamu'alaikum..
1st of all tahniah pada Shamsul Yusof kerana berjaya menghasilkan sequel KL Gengster pertama pada tahun 2011. Tahniah. memang tak dinafikan banyak plot2 aksi diterapkan dalam KL Gengster II ni.. mmg gempak ah kan.. mmg kita minat pun tgk citer KL Gengster.. hahaha..
Di fahamkan,filem ini menelan kos penerbitan sebanyak RM3.3 juta ini, turut dibintangi oleh pelakon utama antaranya Aaron Aziz, Rosyam Nor, Adi Putra, Zizan Razak dan Syamsul sendiri. Rosyam Noor ada tu yg wat citer ni gempak.. ahahha.. lama tak tengok action dari dia.. hehehe...
Filem KL Gangster 2 menjalani penggambaran bermula 1 Disember tahun lalu memilih beberapa lokasi menarik seperti sekitar Kuala Lumpur, Lembah Klang dan Batu Gajah, Perak sebagai lokasi. Filem ini akan ditayangkan pada 3 Oktober 2013
Pelakon[sunting]
1. Aaron Aziz sebagai Malek
2. Ady Putra sebagai Jai
3. Rosyam Nor sebagai Tailong
4. Syamsul Yusof sebagai Shark
5. Soffi Jikan sebagai Ajib
6. Zizan Razak sebagai Fadil
7. Ridzuan Hashim sebagai King
8. Adam Corrie sebagai Dragon
9. Ku Faridah sebagai Mak Malik
10. Angeline Tan sebagai Suzanne
11. Sheera Iskandar sebagai Zati
Sinopsis KL Gangster 2
KL Gangster 2 mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek (Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu
Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu (Ku Faridah) mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka
Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya
Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Lagi memilukan apabila adik beliau, Shera telah diperkosa
Sementara itu, Tailong (Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram. Segala tindak tanduk Tailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatan Tailong
Pada masa yang sama, King (Riduan Hashim) dan Shark (Syamsul Yusof) merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkanTailong dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar
Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan mereka telah dihalau dari rumah
King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Tailong berasa tergugat
Beliau merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster terbesar di KL apabila Tailong menyerang King dan Malek
Mereka hampir tumpas ditangan Tailong namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri
Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Tailong dan pembunuh ayahnya. Bermulanya konflik dan dendam antara Malek dan Tailong
Berjayakah Malek membalas dendam terhadap Tailong untuk ayahnya?Berjayakah King dan Shark mendominasi seluruh kawasan di KL?Apakah kesudahan nasib Malek, Jai dan Ibunya?
Kontroversi[sunting]
Pada 28 Ogos 2013, seluruh Malaysia digemparkan dengan penyebaran filem ini secara haram menerusi internet. Pihak penerbitan filem iaitu Skop Productions Sdn Bhd telah mengambil langkah segera dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi membendung penyebaran meluas filem ini. Pengarahnya, Syamsul Yusof telah memberi amaran keras kepada pihak yang bertanggungjawab melakukan perkara tersebut.
“Peringatan buat semua, pihak Skop Production dan Grand Brilliace akan mengambil tindakan keras kepada mana-mana individu yang mengedarkan atau memuat naik filem 'KL Gangster 2' tanpa kebenaran, di mana-mana media sekalipun. Kami dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan habis-habisan untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab," katanya yang memaklumkan perkara itu di akaun Facebook miliknya.
Susulan daripada insiden tersebut, pihak Skop Productions dan Grand Brilliance Sdn Bhd telah mengadakan sebuah sidang media tergempar bertempat di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada 30 Ogos 2013. Menurut Datuk Yusof Haslam, pihaknya sudah mendapat beberapa petunjuk mengenai isu penyebaran awal filem KL Gangster 2 dan buat masa ini, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan untuk mencari bukti-bukti kukuh sebelum mendakwa mereka yang tidak bertanggungjawab itu ke muka pengadilan.
Pelbagai pihak membuat spekulasi bahawa penyebaran filem ini didakwa berpunca daripada 'penglibatan orang dalam perfileman'. Namun, kenyataan ini disangkal oleh Datuk Yusof Haslam. Menurut beliau, perbuatan tidak bertanggungjawab itu tiada kaitan dengan pembabitan orang dalam. "Hanya orang tertentu sahaja menyimpan CD asal filem ini. Saya syak bahawa ia bermula ketika kami melakukan pra-tayangan di sebuah pawagam dan ketika itu saya turut hadir dalam majlis itu. "Menurut Yusof, video yang tersebar itu serupa seperti yang ditayangkan waktu itu dan dia tidak menolak kemungkinan bahawa individu yang sama terlibat. "Filem yang berbentuk digital format itu memang senang untuk disalin malah boleh dimuatnaik terus ke internet untuk tontonan secara percuma."
Datuk Yusof juga memaklumkan bahawa tayangan tersebut hanya merupakan filem awal yang belum disunting oleh Syamsul dan kualiti tayangan serta gambarnya juga sekadar 50% sahaja.Oleh itu, penerbit terkenal tersebut mengalu-alukan peminat filem tempatan untuk datang menyokong filem KL Gangster 2 itu di pawagam pada 3 Oktober depan bagi merasaikan pengalaman yang lebih memuaskan.
p/s: jom support filem tempatan..
No comments:
Post a Comment
Hak cipta terpelihara cik marie. Nak comment (jika ada), please comment selembut dan seceria bahasa yang mampu.. haha (paksa)