Lebih buruk dari dua bulan lalu.... bersedia wahai kawan2...
El Niño dnd La Niña merupakan fenomena fasa berlawanan putaran iklim semula jadi yang dikenali sebagai Putaran Selatan El-Nino (El Nino-Southern Oscillation - ENSO). Fenomena lautan-atmosfera ini merujuk kepada perubahan besar kepada suhu permukaan laut merintangi timur pasifik tropika. "El Nino" dalam bahasa Sepanyol bermakna "anak lelaki" manakala "La Nina" pula bermakna "anak perempuan".
KUALA LUMPUR 7 Mei - Pejabat Kaji Cuaca
United Kingdom meramalkan kemungkinan besar fenomena El Nino, yang
mengakibatkan peningkatan suhu dan taburan hujan, akan melanda rantau Asia
Tenggara pertengahan tahun ini.
Jabatan Meteorologi akan memantau rapi fenomena
El Nino yang dikatakan akan melanda negara kesan daripada Monsun Barat Daya
bermula awal Mei sehingga September tahun ini.
Pakar-pakar kaji cuaca tempatan belum
dapat memastikan bahawa Malaysia akan mendapat tempias El Nino pada kali ini
namun jika ia berlaku, kemungkinannya ialah Malaysia akan menghadapi keadaan
musim kemarau berpanjangan selama enam bulan mulai pertengahan tahun ini.
Bagaimanapun, mereka mengingatkan pihak
berkuasa, terutamanya yang berkaitan pengurusan bekalan air supaya membuat
persediaan awal menghadapi fenomena El Nino itu bagi mengelakkan krisis bekalan
air yang serius.
El Nino adalah fenomena pemanasan suhu
permukaan laut yang berlaku dalam tempoh enam bulan berturut-turut setiap dua
hingga empat tahun di timur Lautan Pasifik.
Ia boleh menyebabkan rantaian perubahan
iklim berlaku di seluruh dunia dan antara kesannya ialah hujan lebat di
sesetengah kawasan sementara di kawasan lain, berlaku kemarau berpanjangan.
Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan
Tenaga Malaysia (Awer) S.Piarapakaran berkata hasil penyelidikan
institusi itu yang menggunakan model ramalan dinamik ENSO (El-Nino Ayunan
Selatan), ialah mereka meramalkan kebarangkalian 70 peratus El Nino akan berlaku di Asia Tenggara.
``Kebarangkalian 70 peratus yang
disebut bukan hanya berasaskan kepada model mereka sahaja tetapi menggabungkan
maklumat dan kepakaran dari pusat-pusat Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) di
seluruh dunia.
``Walaupun keadaan El Nino dijangka
berkaitan dengan monsun barat daya yang lebih kering namun setakat ini pusat
penyelidikan meteorologi di UK masih belum mengenal pasti kekuatan El Nino yang
akan melanda Malaysia,'' katanya kepada Bernama di sini.
Beliau berkata, AWER telah memohon
kerjasama daripada Pejabat Kaji Cuaca UK untuk mendapatkan pandangan alternatif
mengenai kemungkinan berlakunya El Nino di rantau Asia Tenggara dan kesannya
kepada iklim Semenanjung Malaysia.
Ditanya mengenai kesan yang akan
berlaku kepada Malaysia jika El Nino melanda negara ini, Piarapakaran
meramalkan bahawa ia akan menjejaskan dengan teruk keadaan bekalan air negara.
Contohnya jika paras air di empangan
Sungai Selangor tidak mencapai kapasiti selamat iaitu 55 peratus, Piarapakaran
berkata ia boleh menyebabkan kesan negatif yang lebih buruk menjelang
pertengahan tahun ini.
``Jika ukuran kekuatan El Nino di tahap
yang kuat, ia boleh menyebabkan kekeringan yang teruk, iaitu 60 peratus
daripada pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur akan menghadapi situasi yang
lebih buruk berbanding catuan air yang mereka telah alami dalam tempoh dua
bulan yang lalu,'' katanya.
Sementara itu, Pengarah Institut
Pengurusan Alam Sekitar dan Sumber Air, Universiti Teknologi Malaysia (UTM),
Prof Dr. Abdull Rahim Mohd. Yusoff berkata El Nino biasanya berlaku setiap dua
hingga empat tahun sekali.
Prof. Dr. Abdull Rahim berkata, ukuran
kekuatan El Nino di tahap yang kuat, boleh menyebabkan kekurangan air dan
bekalan makanan akibat dari musim kemarau melampau dan antara tanda-tanda awal
El Nino yang sudah dapat dilihat adalah statistik taburan hujan yang kurang
daripada normal sejak kebelakangan ini.
``Bibit-bibit El Nino sudah mula
kelihatan pada awal tahun ini yang mana menyaksikan taburan hujan yang amat
sedikit daripada biasa, kurang daripada 50mm bagi sesetengah tempat.
``... dan jika benar El Nino akan
melanda Malaysia, seharusnya pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskan
bekalan air mesti lebih bersedia lebih awal dalam menghadapi fenomena itu,''
katanya.
Malaysia pernah mengalami fenomena ini
pada 1998, di mana suhu tertinggi iaitu 40.1 darjah Celsius direkodkan di
Stesen Meteorologi Chuping, Perlis pada 9 April 1998.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi
mengesahkan ada pemantauan ramalan fenomena El Nino yang dilaksanakan oleh WMO
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi
Malaysia Datuk Che Gayah Ismail yang dihubungi berkata setakat ini laporan yang
diterima pada 15 April, ialah berlakunya pemanasan suhu permukaan laut di
Lautan Pasifik sepanjang Januari sehingga April. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140507/dn_33/El-Nino-dijangka-melanda-Asia-Tenggara-pertengahan-tahun-ini#ixzz32QDJEZR4
© Utusan Melayu (M) Bhd
seram baca el nino.. teringat cite ustaz, dajal akan muncul offer utk turunkan hujan..
ReplyDeletekan.... :'(
ReplyDelete