nuff

Wednesday, October 29, 2014

Bagaimana Menjadi ‘Muslimah High Class’ Akan Membuat Hidup Kita Sentiasa Bahagia?

Credit : - http://akuislam.com/blog/

mari menjadi muslimah high class

Buat diriku dan hawa-hawa sekalian, try Motivatekan diri kita dengan mengatakan ini setiap hari:

“Aku Muslimah High Class, Aku ingin cari redha Allah. Aku ingin ke syurgaNya bersama orang yang aku sayang.

Aku ingin berakhlak seperti akhlak ahli syurga.

Syurga itu Mahal, di huni oleh orang-orang Mahal (High Class dalam beriman dan bertaqwa kepada Allah).

Bukan yang sebaliknya.

Maka aku memulakan langkah hari ini. Moga hari ini lebih baik dari semalam.
Bismillah”.

Muslimah High Class?

Menyebutnya sahaja seakan memberi debaran pada diri.

Rasa besar?. Rasa macam too extreme? Rare? Impossible?

Bagaimana itu muslimah High Class? Boleh berikan makna dalam bahasa yang mudah difahami?

Begini, High Class dari pemahaman saya ialah suatu yang terbaik, berkualiti tinggi,
mempunyai nilai yang sangat bermakna dan ukuran yang tinggi.

Menyebut tentang High Class, saya jadi teringat pada pesan mama:
”Jadi perempuan ni kena High Class sabarnya. Kena kuat hadapi apa jua yang mendatang.
Biasalah kita kaum hawa ni mesti harap yang indah-indah terjadi dalam hidup kita. Paling tidak pun kita pernah berangan nak macam ni, nak macam tu. Normal lah tu.

Tambahan lagi, naluri seorang perempuan ni lembut dan cepat tersentuh. Dia hanya ingin yang terbaik untuk orang yang dia sayang.

Kalau boleh semua yang dilakukannya adalah sehabis baik dan menyenangkan hati orang sekeliling. Kebahagiaannya adalah apabila dapat membuat orang yang dia sayang gembira, tersenyum dan terus kuat dalam menghadapi hidup.

Kesedihan baginya pula adalah apabila melihat orang yang dia sayang menangis, down, stress atau sakit”.

Jika kita perhatikan sudah banyak orang ‘pung pang pung pang’ mengenai aurat.
Sampaikan ada yang membuatnya dalam bentuk lagu, ada yang membuatnya analogi, ada yang membuatnya dalam ayat berbentuk pujukan, ayat berbentuk rayuan, ada yang buat pantun, ada yang buat video, dan seringkali juga dibincangkan dalam ceramah.

Tidak kurang juga yang membuat soal selidik dengan pelbagai soalan yang berkaitan tentang aurat.

Di sini, bukan niat saya untuk bahas lebih tentang itu. Saya juga sedang dalam usaha berubah ke arah yang lebih baik, doakan saya.

Saya amat yakin yang semua manusia mempunyai fitrah untuk melakukan kebaikan dan sukakan kebaikan. Mentaati Allah adalah kebaikan. Malah ia turut membahagiakan dan menenangkan hati.

Saya yakin potensi setiap manusia itu ialah dia ingin berubah dan mampu berubah.
Justeru itu, saya rasa terpanggil untuk berkongsi dalam sebuah artikel ini sebagai peringatan buat diri saya terutamanya dan sahabat semua.


Menjadi muslimah High Class itu bagi saya apa?

1. Muslimah High Class itu adalah yang takut kepada Allah dan RasulNya.
Takut yang bagaimana? Takut dalam ertikata yang lebih tepat Beriman dan Bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Sangat ambil berat akan perintah Allah.

Sangat takut akan marahnya Allah kepada dirinya.

Maka disebabkan itu, dia meletakkan Allah adalah keutamaan yang utama dalam segala yang dia lakukan. Setiap perintah Allah cuba dipatuhi.

Solat 5 waktu, menutup aurat, berbakti kepada kedua ibubapa, rajin membaca Al-Quran dan menuntut ilmu, taat kepada suami (bagi yang sudah berkahwin), mendidik anak dengan baik dan lain-lain lagi.


2. Muslimah yang High Class itu ialah yang setia.
Setia dalam banyak perkara. Terutama “ Sabar dan Solat” .

Ini ada disebutkan dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah: ayat 45-46. Selain itu, dia setia dalam berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran.

Tambahan lagi, dia juga setia dalam membaca Al-Quran walaupun pada permulaan dia letakkan target sehari sehelai. Lepas tu insyaaAllah ada penambahan pula.

Haa..begitulah..Bahkan, Muslimah High Class ini ialah dia yang setia dalam mencurahkan kasih sayang yang High Class kepada ibubapanya, kepada suaminya, kepada guru-gurunya, kepada sahabat-sahabatnya, kepada anak-anaknya dan kepada seluruh manusia yang lain mengikut syariat yang digariskan dalam islam dan mencontohi sikap Nabi Muhammad s.a.w.
Bukan pula sebaliknya, iaitu mencurah kan kasih sayang bagai mencurah air ke daun keladi.
Macam tidak sudi. Seperti melepaskan batuk ditangga.

Hanya memberi sisa-sisa kasih sayang yang didalamnya suda terisi dengan rasa penat, mengantuk, dan moody.. Bukan juga yang khayal dengan dunia ciptaan sendiri.

Sibuk dengan gadjet dan laman sosial seperti Facebook, WhatsApp, WeChat, Instagram, dan lain-lain lagi. Bukan tak boleh semua tu, cuma kita kena High Classlah dalam menguruskan masa. Kan.


3. Muslimah High Class itu, adalah muslimah yang berani untuk mengambil langkah untuk berubah.

Dia berani untuk berubah walaupun perlu menggunakan “analogi anak kecil” iaitu dari tidak pandai berjalan sehingga menjadi pandai berjalan dan akhirnya pandai berlari.

Jika kita yang sedang membaca ini berniat untuk berubah atau sedang belajar dalam melakukan perubahan. Teruskanlah. Tahniah saya ucapkan buat kita. We’re choosen.

Jadilah yang terpilih dan memilih. Jangan jadi yang terpilih tapi tidak memilih. Melangkah lah sahabatku. Perlahan-lahan.

Mungkin akan kedengaran suara-suara merdu “ woi..lain sudah kau sekarang” “muslimah sejati tu…” “Ustazah” “ Khemah bergerak” “Cendawan” dan seangkatan dengannya.

Percayalah, ini normal. Berubah ni luas. Jika sebelum ini tidak solat, sekarang ini sudah solat juga adalah satu perubahan.

Jika sebelum ni bercakap kasar, sekarang berusaha sedikit demi sedikit untuk menjaga tutur kata juga ialah satu perubahan.

Saya pernah terbaca satu perenggan ayat ni:

“Change is never easy. But, remember that Allah always with you.

For me. For us. He brings us this far, so He’ll help us go through this. Believe that, Allah is never blind to our tears, never deaf to our prayers, and never silent to our pain.
He sees, He hears, and He is never too far.”


4. Muslimah High Class itu ialah seorang yang tabah hatinya dalam ujian hidup.
Percayalah, Allah menguji kita sesuai dengan kesanggupan kita.

Sewaktu berada di sekolah menengah hinggalah sekarang, Allah uji kita dengan dugaan agar kita mengenali diri kita sendiri, banyak pilihan yang harus kita buat, kerap juga bergelut dengan bisikan hati dan perasaan. Keliru.

Ada ketika, Allah uji kita dengan menghadirkan seorang lelaki dalam hidup kita. Kadang-kala Allah uji kita dengan masalah kewangan. Kadang-kala Allah uji kita dengan masalah keluarga.

Kadang-kala Allah uji kita dengan memberi penyakit kepada kita. Kadang-kala Allah uji kita dengan masalah kawan-kawan. Kadang-kala Allah uji kita dengan kehilangan benda atau orang yang kita sayang.

Kadang-kala Allah uji kita dengan kemewahan. Kadang-kala Allah uji kita dengan jawatan dan ditempat kerja.

Dan Kadang-kala Allah uji diri kita dengan perasaan yang besilih ganti seperti sedih berpanjangan, riak, rasa diri cantik, rasa diri kurang cantik, rasa bimbang, rasa kurang keyakinan, dan segala rasa-rasa yang positif mahupun negatif. Beware!

Amalkan lah erti hidup pada memberi. Tenang dan menenangkan. Bahagia dan membahagiakan.

Jika kita selami dan perhatikan, perempuan itu amat dekat jiwanya untuk memberi.
Tetapi tidaklah pula saya mengatakan kaum lelaki tidak suka memberi.

Cuma di sini, saya fokuskan kita berfikir tentang kita yakni Kaum Hawa.

Honestly says that, perempuan kena bersedia untuk memberi bahagia, memberi pengorbanan, memberi usaha yang all out dalam semua yang dia lakukan (sebenarnya lelaki pun).

Tidak kisahlah samaada dari segi masakannya, dari segi mengemas rumah, cuci kain, menjaga ibubapa, melayan suami, menjaga dan mendidik anak, buat assignments, bisnesnya, kerja dakwahnya, dan lain-lain.

Mencuba dan terus mencuba. Berusaha dan terus berusaha.

Semua hanya untuk mencari redha Allah.

Ini sepatutnya yang disetkan dalam minda seorang “Muslimah High Class”.

Banyaknya… macam susah je nak jadi Muslimah High Class ni?

Dan yakinlah bahawa akhirnya, Muslimah High Class itu akan dapat apa yang dia pernah beri. What you give, you get back. Itulah sifirnya.

Contohnya, jika seorang perempuan berbuat baik kepada ibubapanya, insyaaAllah, anaknya jua nanti akan berbuat baik padanya.

Jika dia rajin melemparkan senyuman, bantu orang susah, akan dia dapati ramai manusia yang juga murah senyuman padanya dan membantunya disaat dia memerlukan.

That’s life. Allah maha adil.


Allah menguji kita hari ini kerana Allah mempersiapkan kita untuk menjadi tabah.

Yakni tabah dengan ujian hidup yang akan datang. Allah menguji kita kerana Allah mempersiapkan kita untuk menjadi perempuan yang berdikari.
Allah mempersiapkan kita untuk menjadi perempuan yang matang serta kental jiwanya walau apa jua di hadapan. Allah mempersiapkan diri kita untuk amanah-amanah yang lebih banyak di masa akan datang.

Lantas, Allah mendidik kita. Dengan lembut.

Baiknya Allah, dia mendidik kita dengan cara yang sesuai dengan diri kita, dengan mengambil kira segala sisi, yang termampu kita menanggungnya.


Penutup:
All of All yang disebutkan diatas, yang saya rasa paling penting, Muslimah High Class itu adalah yang sedar, tahu, dan mahu.

Bagaimana tu?
muslimah high class

Muslimah High Class ini, dia sedar yang akhirnya dia akan Mati. Kembali kepada Allah. Dia sedar yang setiap apa yang dia lakukan didunia akan dicatat samaada sebagai pahala dan dosa.

Jika baik pahala, jika buruk dosa.

Dan ini akan membawa akibat yang besar buat akhiratnya. Dia sedar yang dia perlu beriman dengan 6 rukun iman dan melaksanakan 5 rukun islam.

Kemudian atas kesedaran itulah, dia tahu dia perlu berusaha untuk mancari redha Allah dalam setiap yang dia lakukan, dia perlu mencari ilmu, menyampaikan ilmu, dan dia perlu memperbaiki diri hari demi hari.

Ini semua kerana matlamatnya ingin bertemu dengan Allah, Rasulullah, dan berbahagia selama-lamanya di Syurga.

Jadi. Jom sama-sama pimpin tangan “kita usaha jadi MUSLIMAH HIGH CLASS!!”.

Ia bukan soal berapa kali kita jatuh, tetapi ia soal kita sedar, tahu dan mahu. Doakan saya dan kita semua.


Peace *senyum*

No comments:

Post a Comment

Hak cipta terpelihara cik marie. Nak comment (jika ada), please comment selembut dan seceria bahasa yang mampu.. haha (paksa)

nuffers