nuff

Monday, November 10, 2014

Kebahagiaan akan Tertangguh Selagi Kita Membandingkan Hidup Kita Dengan hidup Orang Lain

Kebahagiaan akan Tertangguh Selagi Kita Membandingkan Hidup Kita Dengan hidup Orang Lain

credit to :- Blog AKU Islam

Tahu apa antara perkara yang paling sukar dalam hidup ini?

– Mencapai kebahagiaan.

Lebih-lebih lagi bila kita mula membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain.

Kenapa sangat sukar untuk kita hidup tanpa sedetik pun terbit perasaan dihati, membandingkan hidup kita dengan orang lain?

Ini sebenarnya satu soalan yang sukar dijawab.

Sememangnya sudah menjadi lumrah manusia untuk berbanding-banding.
Tabiat yang akhirnya nanti akan berakhir dengan perasaan sedih dan rasa tidak adil setelah melihat kehidupan orang lain, walaupun sebenarnya anda telah mempunyai kehidupan yang baik

Anda selalu tidak sedar bahawa perbandingan akan membuatkan kita mempersoalkan apa yang telah kita ada.

Selalunya, anda selalu melihat rumput dihalaman tetangga lebih hijau daripada rumput halaman rumah sendiri.

Pernahkah anda mempersoalkan mengapa orang lain yang biasa-biasa cara belajarnya, mendapat markah lebih tinggi dari yang anda walaupun telah berusaha lebih?

Anda sering tertanya-tanya mengapa orang lain yang rupa parasnya tidak secantik anda, lebih mudah bertemu jodoh, berbanding kita yang masih tidak kunjung-kunjung tiba.

Mengapa orang yang cantik dan kacak lebih diberi perhatian untuk berkawan, dan yang kurang paras rupa sentiasa disisihkan?

Mengapa suami orang lain boleh bertolak ansur dan setia, tetapi suami anda yang sentiasa panas baran dan kasar?

Tidakkah anda berasa sakit hati dan merasa tidak adil?

Yang Pasti: Kita akan selamanya kalah dengan kehidupan orang lain
In this game of life you will never reach a point where you are better than others in every way and why would you want to be.

Sebab itulah kita tidak bahagia.

Sebab kita lazimnya akan membandingkan hidup kita dengan benda yang salah.

Kita akan membandingkan keadaan dan situasi kita yang terburuk, dengan keadaan mereka yang terbaik. Dari sudut pandangan apa yang kita lihat dan apa yang kita anggap pada ketika itu.

Kita hanya melihat pada kelebihannya sahaja tanpa kita menilai kekurangannya yang lain.

Kita tertipu.

Sebenarnya, kebanyakkan perkara yang ditonjolkan orang kepada dunia luar adalah berbeza dengan realiti yang sebenarnya.

Manusia cenderung untuk hanya menunjukkan kegembiraan, kehebatan dan kesempurnaannya sahaja.

Sebagai contoh, bila ada seseorang bertanya khabar kita, berapa kerapkah kita memberi respons dengan mengatakan “Aku rasa hampir-hampir nak gila!”, “Aku tak tahan dengan hidup..”, berbanding dengan kita lebih mengambil keputusan untuk mengigit lidah dan tersenyum sambil mengatakan “Alhamdulillah semuanya OK.”

People are less likely to reveal their negative emotions than their positive emotions.

Perbandingan akan meletakkan fokus anda kepada orang yang salah. Anda akan fokus kepada kehidupan orang lain, bukannya fokus terhadap hidup anda sendiri.

Jadi bagaimana anda mahu bahagia jika anda cemburu dengan kehidupan orang lain.

Kita sering lupa bahawa setiap orang mempunyai jalan kehidupan tersendiri dan cara tersendiri untuk melaluinya.

Oleh itu, hanya fokuskan terhadap perjalanan hidup kita sendiri.

Sebab anda hanya boleh mengawal kehidupan seorang sahaja – iaitu anda!

Orang bijak hanya membandingkan hidup mereka dengan diri mereka sendiri


Hidup bukan pertandingan. Hidup adalah perjalanan.

We are all on a journey to find something, to become something, to learn, to create.

Setiap orang adalah berbeza. Walau saudara kembar sekali pun. Tidak akan sama.

Perjalanan kita tiada kaitan dengan orang lain. Hanya kita yang menentukan apa yang kita mahu dan dimana kita mahu pergi.

Daripada membandingkan hidup anda dengan kehidupan orang lain, lebih baik tanamkan tabiat dalam diri anda untuk membandingkan hidup diri anda sendiri.

Kehidupan diri anda dimasa kini dan kehidupan diri anda dimasa dahulu.
Lihat sebanyak mana anda telah dewasa, apa pencapaian anda, dan perkara apakah yang telah kita buat setakat ini dalam mencapai matlamat hidup kita.

Siapa diri kita sekarang adalah hasil daripada keputusan yang kita buat semalam. Kita sentiasa dalam proses membesar. Sentiasa belajar menjadi matang.

Kerana kehidupan kita akan sentiasa berkembang.

Mungkin kita boleh tuliskan dalam diari apa yang telah kita belajar dan apa masalah yang telah berjaya kita atasi. – boleh menjadi rujukan berguna pada suatu masa nanti.

Learn from your mistakes and try again. Remember that it’s not over when you lose, it’s over when you quit.

Kembangkan nilai dalaman seperti suka memberi senyuman, bersedekah dan menyebarkan kebaikan disekeliling kita.

InsyaaAllah, ia akan menguatkan nilai positif dalam diri kita dan kita akan menjadi lebih kuat, lebih baik dari sebelumnya.

Jadilah jiwa yang suka mengambil pelajaran dari kehidupan.

Kekurangan itu adalah OK ( tiada orang yang akan sempurna sampai bila-bila )
Satu perkara yang ramai diantara kita semua tidak perasan adalah kita semua hidup didalam masyarakat yang gilakan kesempurnaan dan glamour. – membuatkan kita terikut-ikut tanpa sedar.

Kita membaca majalah. Kita membelek surat khabar. Kita menonton drama. 

Kita melayari laman media sosial.

Dari semua itu, semuanya hanya memaparkan wajah yang cantik, kisah rumahtangga yang bahagia dan kisah-kisah kehidupan yang sempurna sahaja.

Jadi jangan terperangkap

Satu perkara penting yang harus kita hadam supaya tidak terjatuh dalam perangkap membandingkan hidup adalah:

Satu gambar tidak menceritakan keseluruhan kisah

Kebanyakkan kisah kejayaan yang kita baca tidak menceritakan kegagalan mereka (kecuali untuk menceritakan bagaimana mereka berjaya mengatasinya)

Tiada yang akan sempurna sampai bila-bila. Belajar menerimanya. Memang kita perlu sentiasa improve tetapi jangan berharap untuk menjadi sempurna.

Penutup: kamu insan yang istimewa dipilih Allah

Membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain adalah satu kebodohan. Tetapi mencari inspirasi dan belajar dari kisah kehidupan orang lain adalah satu kebijaksanaan.

Jangan risau. Bertenang dan sentiasalah senyum.
Setiap orang mempunyai jalan hidup tersendiri yang telah Allah lakarkan indah diataspentas kehidupan.

Pasti semuanya bersesuaian dengan kehidupan kita. Cuma kita terlalu naïf dan lemah untuk menilai dengan sebaik-sebaik penilaian terhadap semua takdir kita.

“janganlah kamu berasa lemah dan jangan pula kamu bersedih hati kerana kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang orang yang beriman”. [ surah ali-imran ayat 139 ]

Bila tiba masanya nanti kita akan tersenyum memikirkan kembali hikmah yang Allah tunjukkan.

Cuma buat masa ini kita hanya perlu bersabar dan jangan mempersoalkan serta membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain.
Allah itu Maha Adil.

Kita semua istimewa dipandanganNya. 

No comments:

Post a Comment

Hak cipta terpelihara cik marie. Nak comment (jika ada), please comment selembut dan seceria bahasa yang mampu.. haha (paksa)

nuffers