KENAPA KITA PERLU BELAJAR MENYANYI?
Untuk pengetahuan semua, menyanyi adalah satu cara yang istimewa dalam penggunaan suara dan sebab-sebab yang penting dalam mempelajari nyanyian adalah seperti di bawah ini:
Untuk pengetahuan semua, menyanyi adalah satu cara yang istimewa dalam penggunaan suara dan sebab-sebab yang penting dalam mempelajari nyanyian adalah seperti di bawah ini:
1.
Dapat memperluaskan budaya dan
memahami perasaan dan budaya sesebuah masyarakat.
2.
Mempertingkatkan daya pemikiran.
3.
Memperkayakan daya imaginasi.
4.
Memberi kegembiraan dan keseronokan.
5.
Memperbaiki kesihatan melalui latihan
pernafasan yang betul.
6.
Memperbaiki kekuatan dan mutu suara
dalam percakapan.
7.
Memperkuatkan daya ingatan dan
konsentrasi.
8.
Melepaskan perasaan kurang senang.
9.
Membina keyakinan diri.
10.
Membina personaliti yang dinamik dan
terpuji serta kualiti kepimpinan.
11.
Aset warisan budaya.
12.
Memberi kepuasan kepada diri sendiri
dan orang lain.
10 PERKARA PENTING BAGI SEORANG
PENYANYI
Sebelum kita mempelajari nyanyian, kita perlu
mempunyai beberapa perkara seperti di bawah ini:
1.
Suka muzik dan seronok menyanyi.
2.
Mempunyai deria dan rasa pic dan
irama yang tepat.
3.
Berimaginasi dan daya interpretasi
yang tinggi.
4.
Sihat dan bersemangat serta mempunyai
tabii dari aspek kesihatan yang baik.
5.
Bijak
6.
Personaliti yang disenangi.
7.
Daya usaha yang tinggi untuk
mempertingkatkan kebolehan.
8.
Kebolehan menyanyi semerta dan
memainkan iringan yang mudah.
9.
Alat suara yang baik.
10.
Koordinasi fizikal yang baik -
penguasaan dan pengawalan nafas serta otot fonasi.
4 ASPEK YANG BERKAITAN DENGAN BIDANG
NYANYIAN
Terdapat empat aspek yang berkaitan dengan bidang
nyanyian iaitu fizikal,emosi, intelek dan muzikal.
Aspek
Fizikal-
Seseorang yang hendak mempelajari nyanyian perlu sihat, kuat, bertenaga, dan
menjaga berat badan agar seimbang.
Aspek
Emosi-
Perlu stabil emosinya, sensitif dan ekspresif serta suka menyanyi.
Aspek
Intelek-
Boleh berfikir, membuat banding beza dengan rasional dan kritis, bijak
mengaplikasi apa yang telah dipelajari, ambil tahu dengan bidang-bidang ilmu
pengetahuan lain.
Aspek
Muzikal-
Boleh menbaca irama dan jeda dengan tepat, ada pengetahuan teori muzik, ada
pengetahuan akan stail ciptaan dan pencipta muzik.
10 PRINSIP DALAM BIDANG NYANYIAN
Sebelum seseorang mempelajari nyanyian, ia perlu
mengamalkan prinsip-prinsip di bawah :
1.
Sentiasa bersikap positif, seronok
dan yakin.
2.
Bijak dan kerap berlatih.
3.
Mengamalkan postur yang baik.
4.
Pengawalan pernafasan (costal
epigastrium) yang baik.
5.
Pengeluaran suara atau ton yang
ekspresif, rata, bersemangat, ringan kaya dan bergema.
6.
Penguasaan dalam sebutan dan
artikulasi yang jelas, tepat dan cantik.
7.
Penguasaan teknik legato.
8.
Penguasaan teknik yang tangkas dan
fleksibel.
9.
Penampilan persembahan fizikal yang
bersahaja- natural, bersopan, dan bersikap tenang dan yakin.
10.
Sensitif, bijak dalam membuat
interpretasi yang ekspresif.
10 PERATURAN MENJAGA KESIHATAN DALAM
NYANYIAN
1.
Cukup tidur.
2.
Pemakanan dan diet yang seimbang dan
betul.
3.
Jangan makan berlebihan.
4.
Jauhi rokok, dadah dan ubat yang
merosakkan sistem pernafasan dan badan.
5.
Bersenam di tempat yang lapang.
6.
Pakaian yang sesuai.
7.
Jauhi tempat yang sempit dan kurang
udara.
8.
Apabila menghadapi sakit tekak mula
menyanyi selepas sembuh.
9.
Cegah sebelum terlambat.
10.
Tonsils, TMJ (tempo Jaw Disfunction)
dan gigi gusi bermasalah boleh menjadi masalah.
9 PERATURAN MEMBINA KEYAKINAN DIRI
1.
Sikap optimistik "SAYA
BOLEH!" adalah asas kejayaan.
2.
Takut adalah imaginasi - permainan
fikiran.
3.
Daya konsentrasi - interpretasi,
kecantikan dan makna lagu tersebut.
4.
Banyakkan nyanyi di khalayak ramai -
Kebiasaan - Familiarity breeds Comfort"
5.
Persediaan yang rapi.
6.
Pilih lagu dan teknik yang mudah
dikuasai sebagai permulaan.
7.
Disiplin, postur dan penampilan yang
menunjukkan keyakinan diri yang tinggi
8.
Tarik nafas panjang beberapa kali dan
rileks sebelum memulakan nyanyian.
9.
Penglibatan awal dalam pelbagai
persembahan yang berkaitan dengan bidang nyanyian.
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)