nuff

Friday, August 5, 2011

Dialog-Dialog Popular Filem Allahyarham Tan Sri Dr P Ramlee.

Antara Dialog-Dialog yang menjadi ingatan dan sebutan para peminat dan penonton Filem Allahyarham Tan Sri Dr P Ramlee.



Director Ahmad Nisfu : Kenapa kepala kau berbungkus syaitan?
Sudin: Setan baru balik operation, Tuan

Pak MusTar : Annie angkat Jemuran HuJan Dah Turun

Sudin : tiga ratus lima puluh ringgit...tiga ratus lima puluh ringgit...tiga ratus lima puluh ringgit....tiga puluh lima encik...lima ringgit encik....u my fren...

Sarip Dol : "Ah... jaga-jaga cik Salmah... jaga-jaga... ah... jaga-jaga tauuu... ah jatuh!... kan jatuhhh!!!"

"cowboy mana minum susu..."


sudin : besar tu tak berapa besar lah jis, adalah dalam 7 kaki...
aziz : itu tempat kau nak mampos bodoh... org betul2 dia main2 pulak, sekali aku cekik

Ramli:Tuan Rumah Oh Tuan Rumah....
Cik Normah:Kan Dah Berapa Kali Saya Suruh jgn panggil Tuan Rumah

Ramlee: Wah! Betul punya marah dia tu eh...

Aziz:...eh...dayang sofia...dah makan....

sudin : oi ramli, kau nak kerja ke jual minyak...
aziz : minyak apa...?
sudin : minyak urat...

Aziz : Walaupun rupamu tidak ku kenal tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku!

"cobaan....!"

Pendekar Mustar : Cobaan kepala hotak kau! :lol: heeee :cry: :cry: ... budak2 ini kata cobaann...

P.Ramlee: Aku mati dlm iman...

aziz : hai ramlee...akulah raja
ramlee : raja apa???
aziz : raja kapur
sudin : raja kapur kepala otak kau....

ahmad nisfu : kecik2 tak nak mampus.....da besar menyusahkan orng

Ramlee : kalau hantu, dia cakap help, help...yang ni, tolong, tolong

Aziz : Success! Success!! Cukup puas hati! Puas hati! *garam pon jatuh ke dalam lauk*

Ramli : Cik Salmah mlm ini boleh jumpa pat Bawah Pokok

Salma : Siapa perempuan tu?!
Ramlee : Nenek saya!

aziz : jolok motor ye bang...

aziz : sedara ni berbini je pandai tapi undang² bodoh!

SuDin : Abg SuDin, Kakak Tunggu Tempat Biasa Kul 5

Sudin : berapa banyak bomba...eh apa dah bomba??

Hj Bakhil : Sekali aku lesing

Ramlee : "... sarjen!! siapkan orang kita, kita pegi rompak rumah Kassim Baba!''..
Bin Sarjen : "sori chip!! hari ini hari sabtu, setengah hari, esok hari minggu, holiday.. kalau chip nak rompak, hari senin boleh laaa ..."

p.ramlee : Pah, butang baju aku mana, Pah?

(P.Ramlee) : "Dah tua pun bodoh"
(P.Ramlee) "Siapa marah!!....Nasihat!!...Bu....tang baju aku mana Pa..."

Jamil:Pak semalam Saya Nikah Lagi Satu
Pak Abu(Bapak MerTua):Ini dah masuk 3 kenapa tak cukupkan 4

Apek : Hidup susah...mati pun susah... Hidup jalang sinang sinang...mati kena pegang bendela...

Abdul Wahob : Bapak marah?
Bapak : Tak..... Seronok!!!!

Bini PMT (pak mat tempeh) : Pak Mat kau tu memang gitu...

Abdul Wahub : Aikkkk....Ayahanda marahhh??
Ayahanda : Tidak... seronoookkkk ..hmmmm....

bujang lapok (sudin) : hai mambang tanah.. mambang api.. manbang angin... hai mambang kau pun nak main pintu...

abang apek :"muka ala siiinyuuum.........................."

Sarimah : "Abang Jamil tak boleh ceraikan kita tau tapi abang Jamil kena hukum!..." hukumannya malam ni Abang Jamil kena tido rumah Kak Latifah, kemudian rumah Cik Hasnah lepas tu rumah Ani, begitulah bergilir gilir sampai abang Jamil MAMPUS!!"
Jamil : Hamba setuju!!!

A. NISFU Saudara Majid... mana dia setan-setan tu...
MAJID Sudah datang tuan...
A. NISFU Aikk.. ini cat ka kapur ?
AJIS Bedak tuan....
A. NISFU Yang ini macam Russian terlepas...
RAMLEE Baru turun dari bulan tuan....
A. NISFU Hmm.. Eh !! itu misai ka tanglung...
RAMLEE Yang ni tuan ? Misai pun boleh tanglung pun boleh... tuan...

"Oi, aper yg kau tiup. Tu Ball Pen ....."

"Maafkan kami penunggu gua, Maafkan kami penunggu gua, Maafkan kami penunggu gua..."

Gangster : ".. wah nie pisang yer ?"
Makcik : " Pisang lah !"
Gangster : "Mintak satu ....!!"
Makcik : "Oi ! Kalau nak mintak lah, kita boleh kasi lah.."
Gangster : "Oohhh.. mintak yer ? Mintak lagi satu ler !!!"
Makcik : "Woitt!!"

Pak MusTar--Yang Ini Biola
Aziz-Ini BuKan Biola... Bonggo

ramly : ini apa baca nya ..tolong bacakan sudin.
sudin : alif tendang wau SARKIS daa!!
ramly & ajis : apa pulak sarkis?.. sekolah daa!!
sudin : sekolah kepala hotak kau.. sekolah untok budak2 kecik ini dah tua bangka berkerepot.

Labu: Asal aku mimpi je ko datang, asal aku mimpi je ko datang... ko niii memang tak boleh tengok aku senanglah labi!

Isterinya: Re bawak api kemari
Re: Belum sampai, nyonya kemari dari india
Isterinya: org ckp bawak api kemari dia kata nyonya kemari pulak
Isterinya: Aku mintak apilah bodoh
Re: Hai api ku sangka kau api pandai rupa2nya kau api bodoh
Isterinya: Heyyyyyyy aku mintak mancis
Re: Man ker Mat
Isterinya: Mancis Mancis Bodoh...

Mi: aarrrgghhhh...
Re: Terperanjat aku. Kenapa kau menjerit?
Mi: Aku nampak nasi...
Re: Ai, nampak nasi pun menjerit.... lain lah kau nampak beruang ke, boleh lah menjerit... mana nasi nya?
Mi: Tu...
Re: Ini bukan nasi... ini nenek kau...

Sudin : Sekarang pakcik dengar ye pakcik... Hai mambang tanah,mambang laut,mambang api...Mambang mabok mimum todi...
Pak Mustar: Apa kau ingat negeri mambang ada jual todi?? Eh! nie apa nie gambar orang-orang nie?
Sudin : Tu bukan orang pakcik, tu mambang...
Pak Mustar : Mambang kepala otak kau berjambul....

Tersebutlah kisahhhh… kisah terjadiiii negeri melakaaa.. boleh tahan cerita ini.. seorang pahlawan pembela bangsa.. heheee.. makin trilling ceriterr ini.. heee.. pahlawan bergelar laksamana hang tuah.. (hahahahaa pakcik M. June gi malam muda mudi)

Aku dah naik jelak dgn pesta muda mudi ni balik2 epok2 karipap,onde2 yg tu nak menari yg ni nak menari , aku tak dpt menari.... (M. June beli tiket)

Cikgu Shaari : (Dlm loghat kedah) Hai orang sebelah! awat kayu hang tu terjolok kat umah aku ni, hah??

Judul Filem : Bujang Lapok

"Abang Sudin! Dua puluh sen..!" - Ayu

"Takde dua puluh sen rahsia bocor haaa..." - Ayu

Judul Filem : Ali Baba Bujang Lapok

"Apelah.. kamu, hari-hari datang nak pinjam, hari-hari datang nak pinjam. Kamu tak ade malu ke? Pemalas! Ka tio bagdad tu tah dabi tus tak. Bia nang buti nang, kui buti kui, butai mie ti. Ka tir tom tom.." - Kassim Baba
"Kanda, bahase ape kanda cakap ni?" - Ali Baba
"Aku cakap bahasa aku ler!" - Kassim Baba

"Apesal kanda pakai topi besi?" - Norsiah
"Kanda masuk soldier lah.." - Ali Baba
"Kenapa kanda bukak baju tak bukak topi?" - Norsiah
"Soldier kena turun pangkat dah.." - Ali Baba

"Buah qurmak! Sampai licin kamu kebas" - Chief
"Hey belacan. Siape name kamu dah?" - Chief
"Kassim Baba dah" - Kassim Baba
"Kassim Baba, sebelum kamu mampus, kamu boleh mintak apa yang kau mau mintak" - Chief
"Aku mau mintak, kau mesti menghormatkan hari aku mati. Kau mesti mengadakan satu hari public holiday" - Kassim Baba

"Untuk menghormati hari matinya Kassim Baba, kita mesti mengadakan satu hari public holiday" - Chief


scene Jamban
"Itu dia rumahnya. Serbu!" - Chief
"Rumah banyak kecik lor" - Momotaro San
"Eh, pedulikan lah. Kita kasi pecah larr.." - Penyamun doktor

"Kau Sungai Road punya penyamun dah.. Makan belacan! Aku suruh kau pergi pangkah rumah Kassim Baba, apa pasal yang kau pergi pangkah 'rumah kecik'? Engkau tahu berapa rugi aku hari ini kena beli minyak wangi?" - Chief (kepada Sarjan)

Judul Filem : Pendekar Bujang Lapok

"Huruf ini sama dengan huruf Jim, huruf Jim matanya di tengah-tengah tetapi huruf ni matanya di atas" - Cikgu Ros
"Aa.. Jim ini matanya di tengah-tengah, Jim ini mata di atas cikgu... Jin pakai toncet" - Sudin

Judul Filem : Seniman Bujang Lapok

"Siapa kau?" - Aziz
"Aku King" - Ramli
"King apa?" - Aziz
"King Kong!" - Ramli

"Berapa senang Beta punya hati, Betalah yang digelarkan Setan Aminurrashid" - Ramli
"Cut...! Bukan setan, syaitan! Sultan!!" - Director

Judul Filem : Labu Labi

scene Kereta Hj Bakhil

"Sekarang mari kita cerita pasal Haji Bakhil. Haji Bakhil tu memang orang kaya, rumah dia besar, kereta dia pun cukup cantik! Nak tengok keretanya? Tu.. di hujung sana... Cantik bukan? Macam setan!" - Labi

scene Sawan Si Labu

"Allah, pecah juga harta aku Labu..." - Haji Bakhil
"Yang sebetulnya encik, saya ada sawan encik. Bila terpekik saja, sawan saya datang encik" - Labu
"Kerana penyakit sawan kau tu.. papa lah aku Labu" - Haji Bakhil
"Tidak encik, lain tahun nanti sawan saya kasi kaya encik" - Labu
"Bodoh! Setan!" - Haji Bakhil

(Labi muncul dari luar) "Apa engkau ini Labu.. angkat itu pun tak larat ka? Bodoh!" - Labi
"Diam!! Kau pun setan juga" - Haji Bakhil

(Labu menyampuk) "Ya encik.. setan! Setan gondol encik. Bodoh! Baghal!" - Labu
"Diam!" - Haji Bakhil

scene Mimpi jadi orang kaya

"Mahu minum apa Tuan?" - Pelayan kelab (Haji Bakhil)
"Emm.. aa.. Jin and Tonic" - Majistret Labi
"Emm.. aa.. Iblis Tonic" - Doktor Labu

"Iblis Tonic mana ada Tuan" - Pelayan kelab
"Err.. aa.. give me Setan and Tonic" - Doktor Labu
"Setan lagi tak ada Tuan" - Pelayan kelab

(Labu marah) "Err.. now bring me Haji Bakhil and Tonic! Get out, get out!" - Doktor Labu
"Tuan..." - Pelayan kelab


scene Mimpi jadi 'koboi'

(Labu belum sedar dari mimpi) "Peng!" - Labu

"Ooo... kau 'peng' (tembak) aku ya? Sekali aku 'peng' (lesing) baru kau tahu, budak-budak setan ni. Dah tengah malam belum jugak tidur-tidur lagi. Kau tahu dah pukul berapa sekarang ni?!" - Haji Bakhil

scene Mimpi 'nak cari kayu..'

"Ooo.. ini dia Haji Bakhil tua kutuk, tua tak sedar diri" - Labu
"Apa? Kau bilangkan aku tua kutuk? Bahalol! Setan!" - Haji Bakhil
"Siapa setan? Aku bukan setan. Aku Haji. Haji Labu. Kau setan. Kau setan bakhil bin kedekut!" - Labu

scene Pukul 6 pagi, kena ketuk ketampi

(Labu dan Labi pegang telinga)
"Ha, kau dah tahu. Belum aku suruh kau dah bikin. Padan muka kau setannn...." - Haji Bakhil

Judul Filem : Nasib Si Labu Labi

"Abang Labi sedang tengok apa tu?" - Manisah "Abang Labi sedang tengok ular salin kulit" - Labi "Eeee....gelilahh..." - Manisah

Judul Filem : Ibu Mertuaku
Nyonya Mansur : apa? doktor kau tu dah gila agaknya!
"Kassim Selamat? Siapa dia Kassim Selamat? Lawyer? Magistrate?" - Nyonya Mansoor
"Ahli muzik" - Sabariah
"Ahli muzik? Memang pantang datuk nenek aku ahli muzik. Anak tidak mengenang jasa!!" - Nyonya Mansoor

"alaahhhh Kasiimmmm Kassimm... ampunkan makk Kassimmmm...." - Nyonya Mansoor

Judul Filem : Penarek Becha

"Lebih baik aku mati daripada menanggung siksa begini" - Azizah
"Jikalau kau ingin mati, aku juga tak ingin hidup Azizah. Tetapi lebih baik kita bersabar. Tuhan akan menolong kepada orang yang bersabar" -
p/s: ahahahhaha.. kelakar bila diingat2.. hehe

There was an error in this gadget

nuffers

Digital clock