nuff

Tuesday, May 8, 2012

Kelopak mata bergerak-gerak




Situasi 1
Dah dua tiga hari mata kanan aku asyik gerak-gerak je ni.. ada orang jauh nak datang ke ni? Kot-kot nak dapat durian runtuh kot..yes!

Situasi 2
 Alamak! Mata kiri aku berkedip-kedip la.. Ada apa-apa benda sedih nak berlaku ke ni... Aduh....

Assalamualaikum dan salam sihat semua,

 Di atas merupakan dua situasi yang saya nak kongsi dengan anda semua. Mungkin secara sedar atau tidak, situasi tersebut menjadi taboo kepada rakyat Malaysia khususnya kaum Melayu. 

Saya tak pasti la pula sejauh mana kebenarannya, tetapi hari ini saya ingin berkongsi dan menerangkannya dari sudut sains. So jika mata kanan anda berkedip dua tiga hari ni, mungkin nak dapat perkhabaran baik dari saya yang selepas ini anda akan tau apa yang berlaku kat mata kanan/kiri anda tu :P


Eye twitching atau dalam Bahasa Malaysia diterjemahkan sebagai mata berkedip-kedip atau ada juga yang memanggil mata bergerak-gerak atau mata bergerenyet, berlaku pada bahagian otot muka dan otot mata. Kedipan mata tersebut boleh berlaku di bahagian bawah dan atas mata. Namun kes yang biasa dijumpai adalah kedipan di bahagian bawah berbanding bahagian atas.

Fenomena ini sebenarnya dipanggil dalam bahasa perubatan sebagai MyokymiaUntuk menyelesaikan masalah eye twitching ini, kita lihat dahulu punca-punca yang menyebabkan masalah ini terjadi.  Punca-punca yang dikenalpasti adalah seperti berikut:

§  Tekanan (Stress)
§  Kelesuan (Tiredness)
§  Ketegangan Mata (Eyestrain)
§  Kafein (Caffein)
§  Alkohol (Alcohol)
§  Kekeringan Mata (Dry Eyes)
§  Ketidakseimbangan Nutrisi (Nutritional Imbalance)
§  Alergi (Allergies)
Secara umumnya, eye twitching adalah tidak merbahaya kepada pengidapnya memandangkan sifatnya adalah benign (tidak merebak). Walaubagaimanapun,eye twitching merupakan masalah yang agak sukar diubati jika penyebabnya tidak dapat diketahui secara jelas.


Mengapa mata saya berkedip-kedip?

1. Tekanan: Semasa tubuh badan berada di dalam keadaan yang tertekan, reaksi tubuh adalah berbeza-beza. Salah satu tandanya ialah eye twitchingterutamanya berkaitan dengan ketegangan mata. Mengurangkan punca tekanan tersebut berupaya mengurangkan eye twitching.

2. Kelesuan: Kekurangan tidur, sama ada disebabkan tekanan atau sebab-sebab lain mampu menyumbang kepada kekejangan kelopak mata. Tidur yang mencukupi dapat menyelesaikan masalah tersebut.

3. Ketegangan Mata: Berkaitan dengan tekanan pada penglihatan terutama kuasa mata yang sudah berubah dari kuasa kacamata dan memerlukan gantian kuasa yang baru. Mata akan bekerja dengan lebih kuat dalam keadaan tertekan akan menyebabkan eye twitching. Oleh itu, anda disarankan untuk menjalankan pemeriksaan mata dan mendapatkan kuasa kacamata yang baru.

Penggunaan komputer pada jangka masa yang lama juga mampu menyebabkan masalah ini. Jika anda terpaksa bekerja di hadapan komputer pada jangka masa yang lama, anda dicadangkan untuk memakai kacamata khusus untuk pengguna komputer.

4. Kafein dan Alkohol: Kebanyakan pakar percaya bahawa mengambil kafein dan/atau alkohol yang berlebihan akan menyebabkan masalah eye twitching. Jika pengambilan adalah berlebihan, cuba untuk kurangkan dan untuk muslim pula, perlu ke untuk ambil alkohol?

5. Kekeringan Mata: Lebih daripada separuh golongan warga tua mempunyai masalah mata kering. Selain itu, masalah mata kering juga sering terjadi kepada pengguna komputer, pengambil ubat (antihistamin, antidepressant dll) dan pemakai kanta sentuh. Anda yang mempunyai masalah ini boleh menggunakan beberapa medikasi yang sesuai untuk mengurangkan masalah mata kering.


6. Ketidakseimbangan Nutrisi: Beberapa laporan mengatakan kekurangan nutrisi seperti magnesium akan menyebabkan masalah eye twitching. Walaubagaimanapun laporan-laporan tersebut tidak dibuktikan secara saintifik. Oleh itu, sebelum anda mengambil sebarang makanan tambahan atau vitamin, sila rujuk dengan pakar pemakanan terlebih dahulu.

7. Alergi: Mereka yang mempunyai masalah alergi akan mengalami simptom seperti gatal, bengkak dan mata berair. Jika mata tersebut digosok, akan menyebabkan pembebasan histamin pada tisu dan air mata. Histamin boleh mengakibatkan eye twitching. 

Untuk menyelasaikan masalah ini, ubat titis mata atau tablet antihistamin boleh digunakan untuk mengurangkan eye twitching. Walaubagaimanapun diingatkan antihistamin akan menyebabkan  mata kering. Oleh itu, cuba dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang antihistamin.

BOTOX

Botox!? Seperti yang kita tahu sebelum ni, Botox digunakan untuk hilangkan kedut-kedut di muka sahaja. Ramai artis yang guna teknik short-cut ini dan terima kasih kepada mereka yang memperkenalkan perkataan botox kepada umum sehingga menjadi fenomena kecantikan pula. Macam duta tak berbayar pula yek..hihihihi..

Sebenarnya kegunaan Botox di dalam perubatan adalah sangat meluas dan bukan hanya untuk menghilangkan kedut-kedut tua tu sahaja. Untuk kes-kes yang sangat jarang berlaku dan eye twitching "extreme", suntikan Botox akan digunakan.

Suntikan ini akan digunakan jika twitching tersebut melibatkan separuh muka atau keseluruhan mata sehingga menyebabkan mata tertutup.  Tindakan Botox adalah menghentikan kontraksi otot  di muka seterusnya mengelakkan eye twitching.

Artikel ini adalah kesinambungan dari artikel yang lepas iaitu Eye Twitching.


TAZKIRAH
Berbalik kepada 2 situasi yang saya berikan di atas, kita perlu berbalik kepada doa Rasullulah ini:

Doa Rasulullah s.a.w:

Ya Allah, tidak adalah sebarang petanda, tetapi yang ada ialah pergantungan kepada-Mu, tiadalah yang baik selain kebaikan dari-Mu, dan tidak ada yang layak disembah melainkan-Mu." 

(Allahumma laa toira illa toiruka wa laa khaira illa khairuka wa laa ilaha ghairuka)
 (Ahmad 2/20, ibn as-sunni #292, al-ahadith as-sahihah #1065)

Doa ini dibaca apabila kita terfikir bahawa sesuatu yg terjadi itu adalah alamat/petanda kepada sesuatu kebaikan/keburukan, terutamanya yg boleh mempengaruhi kita membuat sesuatu tindakan. Dengan doa ini kita menolak semua kepercayaan ini, dan hanya bergantung kepada Allah. Doa ini juga mengeluarkan kita daripada jatuh ke dalam syirik meletakkan kepercayaan kepada sesuatu petanda lebih daripada pengharapan kepada Allah





ada beberapa tanda/alamat/petunjuk jika mata kita bergerak-gerak. Antaranya:

1. Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – nak tengok / akan berjumpa orang jauh atau lama terpisah atau akan mendapat berita baik

2. Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira

3. Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa kita

4. Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik / musibah)
Menurut sumber di internet, katanya urutan di kelopak mata dengan perlahan mampu mengurangkan pergerakan tidak terkawal dan kata sumber itu lagi, keadaan otot di kelopak mata bergerak dengan sendiri (involuntary twitching of the eyelid) kerana keadaan letih atau stress.

Di bawah disertakan rahsia pergerakan anggota badan yang menarik untuk dikongsi bersama.
Orang dahulu kala memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat. Sejauh mana kebenarannya tidaklah diketahui. Tetapi yang pasti orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatian dan juga melalui pengalaman yang mereka lalui. Mungkin disebabkan banyak kebetulan yang berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat. Di sini diperturunkan beberapa petanda yang berhubung kait dengan pergerakan tubuh kita. Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai semata-mata.

1. Kelopak mata kanan bergerak = beroleh keamanan

2. Kelopak mata kiri bergerak = melihat perempuan

3. Kelopak mata kiri ke atas bergerak = ada orang akan berjalan jauh

4. Kelopak mata kiri dibawah bergerak = hendak menangis

5. Ekor mata kanan bergerak = menerima kedatangan orang jauh

6. Ekor mata kiri bergerak-gerak = mendapat sedikit kepayahan

7. Biji mata kanan bergerak-gerak = akan menangis dalam bercinta

8. Biji mata kiri bergerak-gerak = gembira di hati

9. Ubun bergerak = berbahagia pada hari tersebut

10. Kening kiri bergerak-gerak = beroleh kelapangan

11. Bibir bawah bergerak = akan menangis

12. Waktu subuh kepala kita bergerak = beroleh kerja yang baik

13. Siku kanan bergerak-gerak = beroleh kebahagiaan.

14. Siku kiri bergerak-gerak = orang yang mengasihi kita akan datang

15. Pelipis telinga bergerak = alami kebahagiaan

16. Telinga bergerak-gerak = berkelahi

17. Kepala bergerak = ada orang menyakiti hati kita

18. Kepala bergerak ke kiri = beroleh kebesaran

19. Bahu kanan bergerak-gerak = harta hendak datang

20. Bahu kiri bergerak-gerak = bakal berjumpa pembesar/ketua

21. Lengan kanan bergerak-gerak = akan sakit kepala

22. Lengan kiri bergerak-gerak = beroleh harta

23. Pipi kanan bergerak-gerak = alamat sakit mata

24. Pipi kiri bergerak-gerak = sentiasa bahagia

Wallahu‘alam....
There was an error in this gadget

nuffers

Digital clock