nuff

Tuesday, February 21, 2012

Adnan Sempit 2

“Adnan Sempit” kini kembali dengan “Adnan Sempit 2”. Selepas meraih kejayaan yang luar biasa melalui filem “Adnan Sempit”, pihak Metrowealth (MIG) yakin dengan kemunculan sekuel “Adnan Sempit 2”. Masih mengekalkan barisan pelakon yang sama iaitu Shaheizy Sam, Intan Ladyana dan dibantu oleh Yana Samsudin, Angah Raja Lawak dan Along Raja Lawak dan pastinya filem Adnan Sempit 2 menjanjikan sesuatu yang lebih menarik.

Filem Adnan Sempit ternyata telah mencatat kejayaan tersendiri apabila menjadi filem tempatan pertama yang memperoleh kutipan melebihi RM7 juta pada tahun lalu. Tidak dinafikan bahawa melalui filem berkenaan juga sebenarnya telah melonjakkan nama Shaheizy Sam sehingga dinobatkan sebagai pelakon paling popular.

Sinopsis Filem Adnan Sempit 2 2012:

Filem ini sebenarnya kesinambungan kepada filem terdahulu, Adnan sempit 1 yang mengisahkan Adnan(Shaheizy sam) cuba memikat hati ibu bapa Nadia (Intan Ladyana) iaitu Dato Isnin. Dato Isnin mencabar agar Adnan mengubah dirinya sendiri dari mat rempit kepada manusia yang mempunyai cita - cita yang tinggi. Antara cabaran yang diberikan Dato Isnin kepada Adnan Sempit ialah supaya anak muda tersebut fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris dan mengubah penampilan dirinya menjadi seorang ahli korporat dalam masa 30 hari. Adnan telah meminta rakan baiknya iaitu Bobby yang telah berkerja sebagai perunding imej. Bobby bersetuju menolongnya dan telah memberikan pelbagai 'idea bernas' yang pasti akan mencuit hati penonton.

akan berada dipawagam pada End February 2012 ini... jom kasi penuh panggung deeee!! heee

Hantu Dalam Botol Kicap

Sinopsis :

Aminah dan suaminya, Hussin pulang ke kampung bersama tiga orang anak mereka, Azri, Epul dan Rina. Aminah ingin meminta ibunya, Nek Temah menjaga ketiga-tiga anaknya . Nek Temah merupakan seorang dukun dikampungnya. Hari pertama tiga beradik itu di rumah Nek Temah, mereka diberitahu tentang pantang larang di rumah tersebut. Pertama, mereka tidak boleh keluar rumah selepas maghrib dan kedua, mereka tidak boleh masuk bilik misteri yang diikat selempang merah.

Ketika Nek Temah keluar mengubat, Epul terpandang bilik yang diikat selempang merah dan kedengaran bunyi botol berlaga dari dalamnya dan hendak cuba membuka pintu tersebut tetapi terhalang kerana Nek Temah berdiri di belakangnya. Pada suatu hari, Nek Temah menyuruh cucu-cucunya menangkap, mencabut bulu dan menyembelih ayam. Nek Temah ingin mengajar mereka agar bekerjasama dan akhirnya mereka berjaya menyempurnakan tugasan tersebut. Semasa makan, Rina teringin untuk makan nasi bersama kicap.

Epul mencadangkan agar mereka membuka pintu misteri tersebut. Ketika pintu terbuka, tangan Rina luka dan Epul menggunakan kain pengikat botol untuk membalut tangan kakaknya. Seekor hantu terlepas dan hampir mencekik Rina tetapi disergah oleh Nek Temah.

Tahniah MIG diatas menghasilan filem terbaharu mereka. Aku masih belom berpeluang melihat citer nih, tapi kawan2 aku dah jenguk ahh. Dia kata best sebab kelakar… hee hee… aku kalau nak gi tgk movie, kene wat research dari pelbagai aspek especially dari mereka2 yg dah tonton citer nih.. nil ah dia antara review mereka yg dah tonton..


1st - So cemana pendapat aku tentang cerita ni? Dah bagitahu korang, orang lain gelak sikit jer, mak gelak kuat bukan main lagi… So memang cerita ni penuh dengan gelak ketawa jer laa…
Jalan cerita biasa² jer la, takde apa pun nak hurai cuma kalau nak tanya terhibur ke tak, memang ler terhibur sebab kelakar. Ke sebab terhibur ada mak sekali, hati pun happy itu tak tahu ler kan… Pokok pangkalnya memang terhibur.



2nd -

1. Filem ini sesuai untuk tatapan semua. Tapi untuk filem macam ni, korang kena kosongkan minda dan anggap ini filem komedi seram. Kalau Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah korang boleh terima. Aku yakin Hantu dalam Botol Kicap pun korang boleh terima kerana genre dan jenis filem yang sama.

2. Walaupun dibarisi pelakon-pelakon baru, tapi mereka semua berjaya membawa watak yang diberi. Aku serius suka tengok lakonan Zalif Sidek yang membawa watak Epui. Watak budak-budak dia memang menjadi walaupun dalam Papa I Love You dia berlakon jadi bapak. Selain dari itu, pelakon-pelakon lain seperti Wawa Zainal, Mikael Andre, Mon Ryanti dan Epy Raja Lawak juga berjaya membawa watak mereka.

3. Jalan cerita dia agak menarik. Diselang seli dengan lawak mencuit hati, serius satu panggung gelak semalam. Tapi aku dengar Angah si Hantu botol Kicap pun gelak kuat semalam. Hahaha. Jalan cerita menarik sehingga pertengahan filem. Tetapi penghujung dia agak perlahan dan karut sedikit. Tapi macam aku cakap tadi. Kalau Zombie Kampung Pisang mengarut korang boleh terima. Karutan filem ini pun korang kena terima. Tapi serius, cerita ni memang lawak.


3rd –
Genre pun dah Komedi Seram, dah tentu lah lawak tak henti. Paling lawak bila bab Angah sebagai Hantu kopek. Dengan "kopek" melayut, sure buat korang terbahak. Dan ce korang bayangkan, Angah Raja Lawak masuk dalam Botolkicap yang cenonet tue. Tak tercapai akal kan.

Kisah adik-beradik yang suka bergaduh nie, biasa dah. Kita pun biasa gaduh2 kan. Tapi dalam HDBK,menggambarkan air di cincang tak akan putus. Bergaduh camne pun, bila melibatkan darah daging kita tetap akan sayang. Termasuk watak nenek yang memula tak suka ngan cucu - cucu yang baru kenal. Tapi last2 sayang jugak.

Watak Zalif Sidek ( Epui ) dalam HDBK turut mengundang tawa. Adik yang manja dan selalu menimbulkan masalah adalah punca kepada Hantu keluar dari botol kicap. Ada yang tak perlu nak buat aksi lawak, cukup dengan dialog spontan boleh buat satu panggung pecah dengan gelak ketawa.

Mikail Andre, Korang kenal tak. Dia adik kepada Pierre Andre. Sebagai pelakon baru, ok jugak lakonan nya. Menjadi abg yang suka menyakat dan membuli adik nya epul hingga mengundang masalah. Bab nak mengurat Puteri lakonan Wawa Zainal tue yang tak leh blaaah.


From me – nak tunggu astro first ke mcner eh? Huhuhuhu…..


Lakonan Zaliff Sidek ( Epui ) , Mon Ryanti ( Rina ) , Wawa Zainal ( Puteri ) , Mikail Andre( Azri) dan Angah Raja Lawak ( Hantu Kopek ).Penuh panggung sampai seat depan untuk Pra-Tonton kali nie. Perkembangan yang sangat baik untuk Industri Perfileman Malaysia.

Friday, February 10, 2012

Positif

org kata kalau kita nak ramai kawan dan nak semua org baik dgn kita, kita kene maafkan org dan berbaik dgn musuh... belajar menyayangi musuh... InsyaAllah semuanya akan menjadi baik dan terbaik! :)

Thursday, February 2, 2012

Bila Si Marie Start Masuk Kelas.. Kellasss kau maria!


ni lah al kesahnyer kejadian pada Hari Wilayah.. Cik Marie berjaya memenuhi permintaan peminat okay. meh cik marie citer tentative pada hari berkenaan.. :p

kemalasan melanda nak bangun… tapi dah sesiap cuti baju dah tinggal nak perah n sidai je… guling2 layan tv ngan internet jap then tetibe dapat sms dr mak andam peberet ku yg mengatakan bahawa kelas mekap ON kul 11.. huhhu… lek lg coz mcm awal lg baru kul9… guling2 dgn hebatnyer atas toto yg tak berapa nak tebal inci nyer.. ahahahahahaha… sedang leka tgk tv sekali jam dah kul 10.. huhuhu… mujur dah mandi sekali masa cuci baju tadi.. so, bersiaplah… maklumlah aku nih, skrg nak keluar bukan main payah nak jumpa baju2 yg sesuai… masa free hair dulu senang giler… main sarung je takyah wisau… skrg 3,4 kali salin.. baju ke 5 barulah puas hati…;p

dah siap bagai tu teruslah menuju ke kelas… heh! Mission berjaya… nil ah hasil dia… oppss.. mekap lg 1 tak dan nak save.. huhuh. Nih make up malam je yg da.. huhuhu… tenkiu kak ayu… nanti kita settle part yg ’TU’ k.

nah kau before mekap.. alamak!! jendul ku!!! takpe.. luas nur.. haahahha.. besar Nama Allah dekat dahi aku.. aminn..

1st step foundation





pastu bergegas ke IKEA coz dah janji ngan kawan baik Nolin dan Ayumi… ingat ajak lepak malam, sekali diorg ajak lepak siang.. hahahaha… sabo jelah… rushing aku dari Pandan Indah ke Ikea Damansara.. lepas windu aku kat diorg bila dapat jumpa walaupun kejap.. hehehehehe... kami ada next plan.. ;p

lepas maghrib disana, aku pun pulang ke rumah plan nak tido rumah Lola kat Kajang.. adik sepupu aku n husband dia da hada di rumah.. eloklah.. hehehe.. tinggallah korang berdua dlm umah k… aku pun bergegas ke Kajang.. Mila pun tido sekali umah Lola… sempat berkaraoke di Jalan Reko.. murah tu. Best gak sound system dia.. ahaahaha…mujur tak amek pic.. tapi aku ngantok sgt2 masa diorg ajak lepak mamak.. mmg aku takleh nak buka mata.. mungkin penat drive ke sana ke mari… hehehehhe… sampai ke rumah lola… terus shut down… ;p esoknyer iaitu pagi tadi, aku bangun agak lewat 7.30 gerak dari kajang.. dah nekad nak hafday je kalo lewat sampai opis. Sekali masuk2 opis sampai dalam 9.01 oklah lewat seminit.. kira ok gak ah kan… huhuhu…. Mujur tak amek leave.. ;p pastu lunch aku tido.. ngantok giler… hohohohoho………

p/s: biarpun penat tapi aku happy sebab aku leh lupekan jap maslah yg aku alami……… Alhamdulillah syukur ada kawan2 yg sudi ilangkan kesepian nih…

nuffers