nuff

Tuesday, February 21, 2012

Hantu Dalam Botol Kicap

Sinopsis :

Aminah dan suaminya, Hussin pulang ke kampung bersama tiga orang anak mereka, Azri, Epul dan Rina. Aminah ingin meminta ibunya, Nek Temah menjaga ketiga-tiga anaknya . Nek Temah merupakan seorang dukun dikampungnya. Hari pertama tiga beradik itu di rumah Nek Temah, mereka diberitahu tentang pantang larang di rumah tersebut. Pertama, mereka tidak boleh keluar rumah selepas maghrib dan kedua, mereka tidak boleh masuk bilik misteri yang diikat selempang merah.

Ketika Nek Temah keluar mengubat, Epul terpandang bilik yang diikat selempang merah dan kedengaran bunyi botol berlaga dari dalamnya dan hendak cuba membuka pintu tersebut tetapi terhalang kerana Nek Temah berdiri di belakangnya. Pada suatu hari, Nek Temah menyuruh cucu-cucunya menangkap, mencabut bulu dan menyembelih ayam. Nek Temah ingin mengajar mereka agar bekerjasama dan akhirnya mereka berjaya menyempurnakan tugasan tersebut. Semasa makan, Rina teringin untuk makan nasi bersama kicap.

Epul mencadangkan agar mereka membuka pintu misteri tersebut. Ketika pintu terbuka, tangan Rina luka dan Epul menggunakan kain pengikat botol untuk membalut tangan kakaknya. Seekor hantu terlepas dan hampir mencekik Rina tetapi disergah oleh Nek Temah.

Tahniah MIG diatas menghasilan filem terbaharu mereka. Aku masih belom berpeluang melihat citer nih, tapi kawan2 aku dah jenguk ahh. Dia kata best sebab kelakar… hee hee… aku kalau nak gi tgk movie, kene wat research dari pelbagai aspek especially dari mereka2 yg dah tonton citer nih.. nil ah dia antara review mereka yg dah tonton..


1st - So cemana pendapat aku tentang cerita ni? Dah bagitahu korang, orang lain gelak sikit jer, mak gelak kuat bukan main lagi… So memang cerita ni penuh dengan gelak ketawa jer laa…
Jalan cerita biasa² jer la, takde apa pun nak hurai cuma kalau nak tanya terhibur ke tak, memang ler terhibur sebab kelakar. Ke sebab terhibur ada mak sekali, hati pun happy itu tak tahu ler kan… Pokok pangkalnya memang terhibur.



2nd -

1. Filem ini sesuai untuk tatapan semua. Tapi untuk filem macam ni, korang kena kosongkan minda dan anggap ini filem komedi seram. Kalau Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah korang boleh terima. Aku yakin Hantu dalam Botol Kicap pun korang boleh terima kerana genre dan jenis filem yang sama.

2. Walaupun dibarisi pelakon-pelakon baru, tapi mereka semua berjaya membawa watak yang diberi. Aku serius suka tengok lakonan Zalif Sidek yang membawa watak Epui. Watak budak-budak dia memang menjadi walaupun dalam Papa I Love You dia berlakon jadi bapak. Selain dari itu, pelakon-pelakon lain seperti Wawa Zainal, Mikael Andre, Mon Ryanti dan Epy Raja Lawak juga berjaya membawa watak mereka.

3. Jalan cerita dia agak menarik. Diselang seli dengan lawak mencuit hati, serius satu panggung gelak semalam. Tapi aku dengar Angah si Hantu botol Kicap pun gelak kuat semalam. Hahaha. Jalan cerita menarik sehingga pertengahan filem. Tetapi penghujung dia agak perlahan dan karut sedikit. Tapi macam aku cakap tadi. Kalau Zombie Kampung Pisang mengarut korang boleh terima. Karutan filem ini pun korang kena terima. Tapi serius, cerita ni memang lawak.


3rd –
Genre pun dah Komedi Seram, dah tentu lah lawak tak henti. Paling lawak bila bab Angah sebagai Hantu kopek. Dengan "kopek" melayut, sure buat korang terbahak. Dan ce korang bayangkan, Angah Raja Lawak masuk dalam Botolkicap yang cenonet tue. Tak tercapai akal kan.

Kisah adik-beradik yang suka bergaduh nie, biasa dah. Kita pun biasa gaduh2 kan. Tapi dalam HDBK,menggambarkan air di cincang tak akan putus. Bergaduh camne pun, bila melibatkan darah daging kita tetap akan sayang. Termasuk watak nenek yang memula tak suka ngan cucu - cucu yang baru kenal. Tapi last2 sayang jugak.

Watak Zalif Sidek ( Epui ) dalam HDBK turut mengundang tawa. Adik yang manja dan selalu menimbulkan masalah adalah punca kepada Hantu keluar dari botol kicap. Ada yang tak perlu nak buat aksi lawak, cukup dengan dialog spontan boleh buat satu panggung pecah dengan gelak ketawa.

Mikail Andre, Korang kenal tak. Dia adik kepada Pierre Andre. Sebagai pelakon baru, ok jugak lakonan nya. Menjadi abg yang suka menyakat dan membuli adik nya epul hingga mengundang masalah. Bab nak mengurat Puteri lakonan Wawa Zainal tue yang tak leh blaaah.


From me – nak tunggu astro first ke mcner eh? Huhuhuhu…..


Lakonan Zaliff Sidek ( Epui ) , Mon Ryanti ( Rina ) , Wawa Zainal ( Puteri ) , Mikail Andre( Azri) dan Angah Raja Lawak ( Hantu Kopek ).Penuh panggung sampai seat depan untuk Pra-Tonton kali nie. Perkembangan yang sangat baik untuk Industri Perfileman Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Hak cipta terpelihara cik marie. Nak comment (jika ada), please comment selembut dan seceria bahasa yang mampu.. haha (paksa)

nuffers