nuff

Tuesday, February 21, 2012

Adnan Sempit 2

“Adnan Sempit” kini kembali dengan “Adnan Sempit 2”. Selepas meraih kejayaan yang luar biasa melalui filem “Adnan Sempit”, pihak Metrowealth (MIG) yakin dengan kemunculan sekuel “Adnan Sempit 2”. Masih mengekalkan barisan pelakon yang sama iaitu Shaheizy Sam, Intan Ladyana dan dibantu oleh Yana Samsudin, Angah Raja Lawak dan Along Raja Lawak dan pastinya filem Adnan Sempit 2 menjanjikan sesuatu yang lebih menarik.

Filem Adnan Sempit ternyata telah mencatat kejayaan tersendiri apabila menjadi filem tempatan pertama yang memperoleh kutipan melebihi RM7 juta pada tahun lalu. Tidak dinafikan bahawa melalui filem berkenaan juga sebenarnya telah melonjakkan nama Shaheizy Sam sehingga dinobatkan sebagai pelakon paling popular.

Sinopsis Filem Adnan Sempit 2 2012:

Filem ini sebenarnya kesinambungan kepada filem terdahulu, Adnan sempit 1 yang mengisahkan Adnan(Shaheizy sam) cuba memikat hati ibu bapa Nadia (Intan Ladyana) iaitu Dato Isnin. Dato Isnin mencabar agar Adnan mengubah dirinya sendiri dari mat rempit kepada manusia yang mempunyai cita - cita yang tinggi. Antara cabaran yang diberikan Dato Isnin kepada Adnan Sempit ialah supaya anak muda tersebut fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris dan mengubah penampilan dirinya menjadi seorang ahli korporat dalam masa 30 hari. Adnan telah meminta rakan baiknya iaitu Bobby yang telah berkerja sebagai perunding imej. Bobby bersetuju menolongnya dan telah memberikan pelbagai 'idea bernas' yang pasti akan mencuit hati penonton.

akan berada dipawagam pada End February 2012 ini... jom kasi penuh panggung deeee!! heee

No comments:

Post a Comment

Hak cipta terpelihara cik marie. Nak comment (jika ada), please comment selembut dan seceria bahasa yang mampu.. haha (paksa)

nuffers