nuff

Tuesday, June 14, 2016

Ramadan masa mendidik nafsu

Assalamualaikum.....


Nafsu dikatakan amat payah untuk tunduk kepada perintah Allah SWT sejak ia mula-mula diciptakan. Oleh itu, untuk membentuk diri menjadi seorang yang beriman, hendaklah mendidik nafsu supaya mematuhi perintah Allah SWT.

Bulan Ramadan sewajarnya dimanfaatkan untuk mendidik nafsu mematuhi perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya kerana orang yang berpuasa tidak mengikut keinginan nafsu makan dan minum, sebaliknya mereka berpuasa mengikut perintah Allah SWT.

Pada bulan Ramadan, nafsu telah dididik untuk berpuasa, maka inilah waktu yang sebaik-baiknya memperbanyakkan amalan soleh bagi meraih keberkatan dan ganjaran ditawarkan pada bulan mulia ini.

Nafsulah yang menghalang manusia daripada bertakwa, maka langkah pertama untuk menjadi insan bertakwa ialah memerangi hawa nafsu yang sentiasa mengajak manusia lupa serta lalai kepada menyembah Allah SWT. Nafsu juga menghalang kita daripada bersyukur, sabar, reda, bertawakal serta berharap kepada Allah SWT.

Justeru, lawanlah nafsu supaya hati tidak dikuasainya, supaya kita syukur, sabar, reda, tawakal dan sentiasa berharap kepada Allah SWT bukan terus dibelenggu sifat sombong, takbur, hasad, dendam, buruk sangka, bakhil atau ujub.

Jadikan lah ibadah puasa pada bulan Ramadan sebagai landasan untuk menyucikan jiwa dan mengekang hawa nafsu.

Sifat nafsu yang asal sentiasa mengajak, mendorong atau menyuruh ke arah kejahatan, maka nafsu itu perlu dilawan, dikalahkan serta dilumpuhkan segala kehendaknya. Ajakannya mesti dilawan dengan penuh keazaman.

Kita ajak hati berazam untuk menjadi hamba Allah yang sedar dirinya hamba, punya sifat kehambaan dan berakhlak sebagai hamba seperti merendah diri, berkasih sayang dengan orang Mukmin, pemurah, berbaik sangka, pemaaf serta lemah lembut.

Berjanjilah dengan diri dan bersungguh-sungguh untuk membuang sifat mazmumah supaya diganti dengan sifat mahmudah,

Jika kita gagal mendidik nafsu yang sentiasa mengancam, adalah sukar mendidik nafsu orang lain. Mana mungkin kita dapat membetulkan orang lain jika kita belum mampu membetulkan diri sendiri.

Sebagai salah satu Rukun Islam, puasa wajib dilaksanakan dengan ikhlas, tanpa paksaan dan mengharap balasan daripada orang lain. Jika berpuasa dengan niat mendapat balasan atau pujian orang lain, maka ibadah puasa ditunaikan itu tidak memberi sebarang makna. Sebaliknya, kita hanya mendapat lapar dan haus sahaja.

Perang Badar yang terjadi pada tanggal 7 Ramadan, dua tahun setelah hijrah. Ia adalah peperangan pertama yang mana Muslimin mendapat kemenangan terhadap golongan kafir.

Perang Badar juga sangat terkenal kerana beberapa kejadian ajaib yang terjadi dalam peperangan itu. Rasulullah SAW telah memberikan semangat kepada kaum Muslimin untuk memerangi kaum Quraisy yang akan kembali ke Makkah dari Syam.

Wassalam
There was an error in this gadget

nuffers

Digital clock