nuff

Thursday, November 8, 2012

AWAS!! Program Loteri Guna Nama AirAsia

KUALA LUMPUR – AirAsia Bhd. (AirAsia) tidak pernah terlibat dengan mana-mana organisasi yang menganjurkan program loteri yang menawarkan hadiah wang tunai atau program baucer membeli belah kepada orang ramai.

AirAsia melalui satu kenyataan media memberitahu, pengumuman itu ekoran terdapat orang ramai yang menerima jemputan melalui emel untuk menyertai program loteri atau program baucer membeli belah 1Malaysia yang didakwa dianjurkan oleh AirAsia.

“Program itu kononnya dianjurkan AirAsia (Ibu Pejabat Asia Pasifik) yang menggunakan alamat perniagaan di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah.

“Pihak tidak bertanggungjawab ini mendakwa menganjurkan 2012 AirAsia Exclusive Special Bonus Program yang menawarkan hadiah wang tunai sehingga USD130,000,” kata kenyataan itu hari ini.

Malah, kata kenyataan itu, pihak terbabit turut meminta orang ramai untuk memberi maklumat peribadi untuk mendapatkan  baucer membeli belah 1Malaysia bernilai RM5,000.
Justeru, kata kenyataan itu, orang ramai diminta mengabaikan tawaran seperti itu kerana AirAsia tidak pernah menganjurkan program sedemikian.

Tambah kenyataan itu, AirAsia telah membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung aktiviti tersebut yang dilihat boleh mencemarkan reputasi syarikat berkenaan.

Tegas kenyataan itu, AirAsia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undan keatas pihak yang bertangungjawab diatas kegiatan tersebut.

SUMBER : MYNEWSHUB
There was an error in this gadget

nuffers

Digital clock