nuff

Friday, November 23, 2012

PUASA SUNAT - 10 MUHARRAM - 24 Nov 2012

Assalamu'alaikum wrt. wbt.

Hari ini sedar tak sedar – kita telah masuk hari ke lapan (8) Muharram . Besok Jumaat  9 Muharram dan Sabtu 24 Nov 2012 pula bersamaan dengan  10 Muharram . Hari yang amat dituntut kita berpuasa sunat di bulan Muharram. Hari ke 10 mempunyai banyak rahsia-rahsia hebat antaranya :

PERISTIWA 10 MUHARRAM

 *     Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
 *     Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
 *     Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari bahteranya sesudah banjir besar
 *      Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
 *     Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
 *     Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara. 
 *     Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakob yang kabur.
 *     Nabi Isa diangkat ke langit
 *     Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulitnya
 *     Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun, selepas berada didalamnya selama 40 hari 40 malam.
 *     Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
 *     Allah mengampunkan kesalahan Nabi Daud.
 *     Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
 *     Hari pertama Allah menciptakan alam.
 *     Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
 *     Hari pertama Allah menurunkan hujan.
 *     Allah menjadikan Arasy. 
 *     Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  *    Allah menjadikan alam.
 *     Allah menjadikan malaikat Jibrail.

KELEBIHAN

Daripada Abu Hurairah Radiyallahu’anh berkata : bahawa Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam bersabda : “Seafdal-afdal puasa selepas bulan Ramadhan ialah bulan Allah Muharram dan sebaik-baik solat selepas solat fardhu ialah solat pada malam hari”. Di dalam riwayat yang lain “Solat di sepertiga malam” [Riwayat Muslim]

GALAKAN BERPUASA ‘ASYURA’

Daripada Abu Qatadah Radiyallahu’anh bahawa Rasulullah ditanya akan puasa hari ‘Asyura ( hari ke sepuluh) . Maka sabdanya : “ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. Didalam riwayat yang lain “..adapun puasa pada hari ‘Asyura menghapuskan dosa tahun sebelumnya”. [Riwayat Muslim]

Hadith diatas jelas merupakan anjuran Rasulullah kepada umatnya agar berpuasa pada hari kesepuluh di dalam bulan Allah Muharram. Ini dijelaskan  akan terhapusnya dosa setahun yang lalu iaitu dosa-dosa yang kecil. . Manakala dosa-dosa besar dengan cara bertaubat kepada Allah .

Mengikut satu riwayat ketika Nabi sampai di madinaH didapati golongan Yahudi berpuasa pada hari Asyura  10 Muharram) kerana bersyukur Nabi Musa diselamatkan dari kekejaman Firaun dan dr tenggelam dalam laut Merah . Maka Nabi berkata yang baginda lebih lagi berhak berpuasadr[dm mereka . Justeru Nabi menganjurkan kepada para sahabat untuk berpuasa pada Tasu’aa ( hari kesembilan) dan Asyura ( hari kesepuluh ) Muharram sebagai membezakan dengan amalan kaum yahudi.

Untuk tujuan tersebut – Ayuh diajak rakan-rakan sekalian untuk kita berpuasa sunat sekurang-kurangnya pada Hari Sabtu

Ini 10 Muharram @ 24 Nov 2012 . Kepada yang mampu eloklah berpuasa 2 hari dengan bermula jumaat besok hari , 9 Muharram @ 23 Nov 2012 dan disambung dengan sabtu. Boleh juga berpuasa  mulai hari Sabtu dan bersambung dgn  Ahad (10 & 11 Muharram).

Terpulang kepada kita – kenduri kahwin pun banyak . jika hendak kelebihannya berpuasalah demi untuk faedah kita sendiri. Kenduri pergilah juga .. salam tuan rumah lepas tu beredarlah segera. Tak mampu dua hari , jangan tinggalkan pula. Berpuasaah walau pun sehari SABTU 10 MUHARRAM bersamaan 24 NOV 2012.

SELAMAT BERAMAL ….

No comments:

Post a Comment

Hak cipta terpelihara cik marie. Nak comment (jika ada), please comment selembut dan seceria bahasa yang mampu.. haha (paksa)

nuffers