nuff

Wednesday, August 28, 2013

Senarai Jalan Utama Yang Ditutup Sempena Hari Kemerdekaan 2013 Di Dataran Merdeka


Beberapa jalan utama sekitar bandar raya akan ditutup secara berperingkat bermula hari ini untuk raptai sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka pada Sabtu.

Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor berkata jalan berkenaan ditutup dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah hari bermula esok hingga Sabtu.

Antara jalan itu ialah Jalan Mahameru/Jalan Damansara (dari arah Istana Lama), Jalan Travers, Jalan Mahameru/Jalan Damansara (dari arah Parlimen), Jalan Lembah/Jalan Perdana (Masjid Negara), Bulatan Hishamuddin, Jalan Tembusu, Jalan Cenderasari dan Jalan Perdana.

Jalan Kinabalu, Jalan Raja, Jalan Leboh Pasar Besar, Jalan Hishamuddin, Jalan Leboh Ampang, Jalan Tun Perak, Bulatan Dato' Onn, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Mahkamah Persekutuan dan Jalan Raja turut
ditutup, katanya dalam kenyataan hari ini.

Jalan Hishamuddin/Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Raja, Jalan Mahkamah Persekutuan pula ditutup dari 9 malam Jumaat hingga 12 tengah hari Sabtu sempena sambutan kemerdekaan itu.


Lokasi Penutupan Jalan sempena Hari Kebangsaan 2013
=============
A. 
Tarikh: 27th August 2013 - Tuesday
Masa: 6 AM – 12 PM...
Jalan Terlibat: Jalan Raja (Dataran Merdeka)

B. 
Tarikh: 28th August 2013 – Wednesday
Masa: 6 AM – 12 PM
Jalan Terlibat: Road toward Dataran Merdeka;
a) Jalan Mahameru
b) Jalan Sultan Hishamuddin (Dayabumi)
c) Jalan Tuanku Abdul Rahman

C.
Tarikh: 29th August 2013 – Thursday
Masa: 6 AM – 12 PM
Jalan Terlibat: Road toward Dataran Merdeka;
a) Jalan Mahameru
b) Jalan Sultan Hishamuddin (Dayabumi)
c) Jalan Tuanku Abdul Rahman

D.
Tarikh: 30th August 2013 – Friday
Masa: 6 AM – 12 PM
Jalan Terlibat: Road toward Dataran Merdeka;
a) Jalan Mahameru
b) Jalan Sultan Hishamuddin (Dayabumi)
c) Jalan Tuanku Abdul Rahman

E. 
Tarikh: 31st August 2013 – Saturday
Masa: 6 AM – 12 PM
Jalan Terlibat: 
Road toward Dataran Merdeka;
a) Jalan Mahameru
b) Jalan Sultan Hishamuddin (Dayabumi)
c) Jalan Tuanku Abdul Rahman 

Mohon disebarkan untuk manfaat semua. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Hak cipta terpelihara cik marie. Nak comment (jika ada), please comment selembut dan seceria bahasa yang mampu.. haha (paksa)

nuffers