nuff

Wednesday, June 4, 2014

Baru : Subsidi Petrol Malaysia Bagi Mereka Yang Berpendapatan bawah RM 5,000


Sumber Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melaporkan, pemilik kenderaan di bawah 2,000cc juga dijangka dapat membeli bahan api bersubsidi.

Di bawah sistem baharu tersebut, semua warga asing dan kereta asing tidak dibenarkan membeli bahan api bersubsidi.

Akhbar tersebut turut melaporkan, kerajaan sedang mengkaji sama ada mahu memasukkan fungsi pembelian minyak ke dalam MyKad atau mengeluarkan kad baharu untuk membolehkan pembelian bahan api bersubsidi dilakukan.

"Pemilik kenderaan tidak kira individu atau syarikat mungkin perlu menyerahkan maklumat peribadi seperti laporan cukai supaya kad pembelian minyak boleh dikeluarkan.

"Kad ini menunjukkan nama pemilik kenderaan, alamat dan kuota minyak subsidi yang dibenarkan.
"Ketika mengisi minyak, pemilik kenderaan perlu mengimbas kad terlebih dahulu untuk membeli minyak pada harga subsidi," demikian lapor akhbar tersebut.

Menurut sumber, penggunaan kad minyak yang khusus akan memudahkan kerajaan menjejak den merekodkan kadar penggunaan bahan api oleh pemilik kenderaan.

Sumber itu bagaimanapun berkata, memandangkan pendekatan baharu hanya dilaksanakan pada September, maka kerajaan belum membuat keputusan muktamad dan mungkin membuat perubahan selari dengan cadangan pihak berkepentingan.

Kerajaan sebelum ini dilaporkan akan memperkenalkan satu sistem baharu penjualan diesel dan petrol bersubsidi kepada pemilik kenderaan yang layak secara berperingkat mulai 1 September ini ~

Syarat untuk dapat full subsidi :

1. Gaji bwh 5,000
2. Kereta bawah 2,000cc


 Syarat untuk dapat had 300 liter/bulan :

1. Gaji antara 5,000 - 10,000


Syarat TIDAK layak :

1. Gaji melebihi 10,000
2. Kereta lebih 2,000cc


ANDA DALAM GOLONGAN MANA???



p/s : Cut and Paste
There was an error in this gadget

nuffers

Digital clock