nuff

Thursday, May 22, 2014

El Nino dijangka melanda Asia Tenggara bermula awal Mei sehingga September tahun ini.

Lebih buruk dari dua bulan lalu.... bersedia wahai kawan2...




El Niño dnd La Niña merupakan fenomena fasa berlawanan putaran iklim semula jadi yang dikenali sebagai Putaran Selatan El-Nino (El Nino-Southern Oscillation - ENSO). Fenomena lautan-atmosfera ini merujuk kepada perubahan besar kepada suhu permukaan laut merintangi timur pasifik tropika. "El Nino" dalam bahasa Sepanyol bermakna "anak lelaki" manakala "La Nina" pula bermakna "anak perempuan".

KUALA LUMPUR 7 Mei - Pejabat Kaji Cuaca United Kingdom meramalkan kemungkinan besar fenomena El Nino, yang mengakibatkan peningkatan suhu dan taburan hujan, akan melanda rantau Asia Tenggara pertengahan tahun ini.

Jabatan Meteorologi akan memantau rapi fenomena El Nino yang dikatakan akan melanda negara kesan daripada Monsun Barat Daya bermula awal Mei sehingga September tahun ini.

Pakar-pakar kaji cuaca tempatan belum dapat memastikan bahawa Malaysia akan mendapat tempias El Nino pada kali ini namun jika ia berlaku, kemungkinannya ialah Malaysia akan menghadapi keadaan musim kemarau berpanjangan selama enam bulan mulai pertengahan tahun ini.

Bagaimanapun, mereka mengingatkan pihak berkuasa, terutamanya yang berkaitan pengurusan bekalan air supaya membuat persediaan awal menghadapi fenomena El Nino itu bagi mengelakkan krisis bekalan air yang serius.

El Nino adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku dalam tempoh enam bulan berturut-turut setiap dua hingga empat tahun di timur Lautan Pasifik.

Ia boleh menyebabkan rantaian perubahan iklim berlaku di seluruh dunia dan antara kesannya ialah hujan lebat di sesetengah kawasan sementara di kawasan lain, berlaku kemarau berpanjangan.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer) S.Piarapakaran berkata hasil penyelidikan institusi itu yang menggunakan model ramalan dinamik ENSO (El-Nino Ayunan Selatan), ialah mereka meramalkan kebarangkalian 70 peratus ’El Nino’ akan berlaku di Asia Tenggara.

``Kebarangkalian 70 peratus yang disebut bukan hanya berasaskan kepada model mereka sahaja tetapi menggabungkan maklumat dan kepakaran dari pusat-pusat Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) di seluruh dunia.

``Walaupun keadaan El Nino dijangka berkaitan dengan monsun barat daya yang lebih kering namun setakat ini pusat penyelidikan meteorologi di UK masih belum mengenal pasti kekuatan El Nino yang akan melanda Malaysia,'' katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata, AWER telah memohon kerjasama daripada Pejabat Kaji Cuaca UK untuk mendapatkan pandangan alternatif mengenai kemungkinan berlakunya El Nino di rantau Asia Tenggara dan kesannya kepada iklim Semenanjung Malaysia.

Ditanya mengenai kesan yang akan berlaku kepada Malaysia jika El Nino melanda negara ini, Piarapakaran meramalkan bahawa ia akan menjejaskan dengan teruk keadaan bekalan air negara.
Contohnya jika paras air di empangan Sungai Selangor tidak mencapai kapasiti selamat iaitu 55 peratus, Piarapakaran berkata ia boleh menyebabkan kesan negatif yang lebih buruk menjelang pertengahan tahun ini.

``Jika ukuran kekuatan El Nino di tahap yang kuat, ia boleh menyebabkan kekeringan yang teruk, iaitu 60 peratus daripada pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur akan menghadapi situasi yang lebih buruk berbanding catuan air yang mereka telah alami dalam tempoh dua bulan yang lalu,'' katanya.

Sementara itu, Pengarah Institut Pengurusan Alam Sekitar dan Sumber Air, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr. Abdull Rahim Mohd. Yusoff berkata El Nino biasanya berlaku setiap dua hingga empat tahun sekali.

Prof. Dr. Abdull Rahim berkata, ukuran kekuatan El Nino di tahap yang kuat, boleh menyebabkan kekurangan air dan bekalan makanan akibat dari musim kemarau melampau dan antara tanda-tanda awal El Nino yang sudah dapat dilihat adalah statistik taburan hujan yang kurang daripada normal sejak kebelakangan ini.

``Bibit-bibit El Nino sudah mula kelihatan pada awal tahun ini yang mana menyaksikan taburan hujan yang amat sedikit daripada biasa, kurang daripada 50mm bagi sesetengah tempat.
``... dan jika benar El Nino akan melanda Malaysia, seharusnya pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskan bekalan air mesti lebih bersedia lebih awal dalam menghadapi fenomena itu,'' katanya.

Malaysia pernah mengalami fenomena ini pada 1998, di mana suhu tertinggi iaitu 40.1 darjah Celsius direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping, Perlis pada 9 April 1998.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi mengesahkan ada pemantauan ramalan fenomena El Nino yang dilaksanakan oleh WMO Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Datuk Che Gayah Ismail yang dihubungi berkata setakat ini laporan yang diterima pada 15 April, ialah berlakunya pemanasan suhu permukaan laut di Lautan Pasifik sepanjang Januari sehingga April. - BERNAMA

Thursday, May 15, 2014

bila makcik dan anak buah beraksi selfie.. ahahahha...

Ni masa last week vacation +Port Dickson, me and my little kids played with phone camera.. ahahaha... tengok jelah aksi2 dia... over k... ahaha







Wednesday, May 7, 2014

My April Shopping aka Refill.. LOL

Nah... perbelanjaan gaji bulan 3, dibelanjakan untuk bulan April.. hahahaha.... barang banyak dah expired cum habis... 

[1]
 Clean & Clear product yg aku mmg pakai masa zaman remaja n sebelum kahwin... dah kawen je xreti jaga... ha, bila dah tersembul jerawat, menggalabah cari mende alah ni... ahahahaha... walhal hormon tak betul... sila cari obats ok marie! ahahahahaha

[2]
 ni plak product Mabelline yg aku mmg trusted dr zaman remaja sampai laaaaaa ni.. hahaaha.. yang ni ade yg refil and ade yg dah expired.. kikiki... maklumlah lama xbermekap lepas kahwin... 
(sila jaga diri lepas kahwin boleh x marie??? kang laki ko bosan plak.. ahahaha)

[3]
ni diaaaaaaaaaaa... nak beli xbeli2... nama nak tepek uncang teh atau hirisan timun kat biji mata mmg xlah... akhirnya beli gak aku mende ni, bila tgk mata dah sama.. bukan hampir... sama ok mcm panda.. aiyoooo... kritikal sgt dah kau ni marie!!! ahahahahha


p/s: morale of the story, sila jaga diri untuk suami.. ahahahahahha...

Tuesday, May 6, 2014

SEDIKIT PENCERAHAN MENGENAI GST


Apakah itu GST GST = Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Good and Service Tax). Masakini kita membayar 2 cukai atas setiap barangan / perkhidmatan yang kita beli / guna iaitu :

1. cukai jualan (6%) dan
2. cukai perkhidmatan ( 10%);ini akan dimansuhkan dn digantikan dengan GST.

Mengapa kerajaan melaksanakan GST? 
Untuk memperbaiki sistem cukai sedia ada.Ini adalah kerana cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada mempunyai kelemahan, seperti cukai dua kali ganda ke atas pengguna dan ketiadaan pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport dan isu-isu harga pindahan. Kelemahan-kelemahan ini menyebabkan kerugian kepada kedua-dua pihak pengguna dan kerajaan.

Apakah kadar GST? 
Kadar GST dicadangkan ditetapkan pada 6%. Kadar ini adalah yang paling rendah di kalangan negara-negara ASEAN : 10% di Indonesia , Vietnam, Kemboja, Filipina , Laos dan 7% di Singapura dan Thailand.

Bilakah GST akan berkuatkuasa? 
Mulai 1 April 2015.Sebagai cukai pengguna, GST akan dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan. Adakah ini bermakna bahawa segala-galanya akan menjadi lebih mahal? Tidak semestinya, harga brg akn mnjadi lebih murah kerana kadar cukai GST hanya 6% berbanding cukai sblm ini 16%. Sesetengah barangan dan perkhidmatan dikecualikan cukai. Barangan makanan asas tidak dikenakan GST (beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempas ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan)

Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna. Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan: kesihatan, perkhidmatan Pengeluaran passport, pembelajaran di sekolah. Perkhidmatan pengangkutan: bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya. Jual beli dan sewa rumah kediaman Perkhidmatan kewangan terpilih.

Adakah kerajaan membantu rakyat menghadapi GST?
Pelbagai bantuan dan sokongan dalam tempoh peralihan ini disediakn kerajaan. Pertama, Kerajaan akan memberi bantuan tunai sekali RM300 kepada penerima BR1M.Adakah kita masih perlu membayar cukai pendapatan kadar yang sama? Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan sebanyak 1-3 % untuk semua pembayar cukai. Pembayar cukai yang lain akan menikmati penjimatan cukai dan struktur cukai pendapatan individu akan dikaji.Pendapatan bercukai dinaikkan kepada: melebihi RM400,000 dan kadar cukai maksimum 26% dikurangkan kepada 24%, 24.5% dan 25%

Bagaimana pula dengan perniagaan? 
Kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan syarikat daripada 25% kepada 24% mulai tahun taksiran 2016 Cukai pendapatan syarikat kecil/sederhana turun daripada 20% kepada 19% mulai tahun taksiran 2016 Cukai pendapatan koperasi dikurangkan 1-2 mata peratus mulai tahun taksiran 2015 dan potongan cukai bg yuran kesetiausahaanPemfailan cukai mulai tahun taksiran 2015 

Potongan cukai tambahan untuk kos beli peralatan dan perisian ICT bagi tahun taksiran 2014 dan 2015 Geran latihan GST RM100 juta Bantuan RM150 juta untuk beli perisian perakaunan 

Mengapa GST ini dilaksanakan sekarang dan bukan kemudian? 
Kerajaan berpendapat bahawa kerana kadar inflasi 2% adalah rendah dan ia sememangnya masa terbaik untuk melaksanakan GST.

Berapa banyak negara lain yang telah melaksanakan GST? Lebih daripada 160 buah negara sudah melaksanakan GST. Kerajaan berpendapat ini menunjukkan bahawa GST terbukti ialah" telus, berkesan dan sistem cukai yang adil"

Adakah harga barangan naik? 
Pengguna hanya perlu membayar satu kali cukai sahaja. Perubahan harga barang atau perkhidmatan amat minimun apabila GST dilaksanakan. Malahan, ada harga barangan yang akan menjadi lebih murah bergantung samada ianya adalah barangan asas atau tidak.

Apa yg Penting : 
GST bukan cukai baru, tetapi menggantikan cukai jualan & perkhidmatan. Masa kini rakyat sudah membayar 2 cukai.
GST mengambil kira pola perbelanjaan mengikut kategori pendapatan. Makan & keperluan asas tidak dikenakan cukai.
GST bukan kos kpd perniagaan
IHP = INDEKS HARGA PENGGUNA akan turun bagi sesetengah barangan/ perkhidmatan sepertt :- Pakaian, kasut, barang hiasan, perkakas rumah, penyelenggaraan dan lain lain.

Monday, May 5, 2014

Setengah Hari di Muzium Coklat, Kota Damansara :D


Setengah Hari di Muzium Coklat.. ngeh ngeh ngeh... perjalanan takde lah jauh dari rumah... PJ - Kota Damansara.. alahai... ahahahha...

ok2, sambung story, muzium ni terletak di Kawasan perindustrian di Kota Damansara berhampiran dengan UpTown Kota Dam... haaaaa... dalam2 tu je..

hari jumaat dekat opis, dah plan sabtu nak ke sini, maka.... mission berjaya... redahlah jem.. maklumlah nak kesana memerlukan kesabaran tinggi... construction banyak.. akhirnya sampai dan kami kagum dengan pameran2 yg di sediakan.. pendek kata, dalam short visit ni, kita tau lah asal usul coklat dari mana datangnye... hehehe... kawasan dia tak seluas muzium negara tu tapi cukuplah untuk 20minit pusing2 and 30 minit shopping coklat.. ahhahahaa... 

takde apa lg nak share, layan je pic kat bawah k... i also include link pada sape2 yg nak pergi ke sana... enjoy :D




sedikit manisan di muzium cafe :D

  


tu dia... 

ni hasil coklat yang chef buat... hehe







ni lah dia yang aku cakapkan.. 30 minit dilemma dalam ni.. ahahahaha



lembu ni famous tau.. ahahahahha.. ramai nak amek pic ngan dia.. aahaha 

erk!!!!! dia idoplah!!! ahahaha




p/s: next mission to other muzeum.. ok, byeeeeeee.... :D
There was an error in this gadget

nuffers

Digital clock