nuff

Monday, March 26, 2012

My ABAH The Best! Part 1

Sabtu lepas perginya nenda sebelah abah yg disayangi. mmg aku kebetulan nak balik ke kg dengan en hubby lewat sikit.. tapi lewat itu telah menghancurkan segalanya apabila sekali lagi aku bebetul tak dapat melihat arwah menghembuskan nafas yang terakhir.

cerita bermula lepas balik kerja pada hari jumaat, mcm biasa aku lepas balik kerja terus ke gym utk buangkan masa dari aku balik rumah sorang dan asyik terfikir perkara yang bebukan.. almaklumlah aku nih idop PJJ dgn suami.. so, every week tu agak sibuklah.. hari minggulah aku rasa seperti aku seorang isteri sebenar.. seronok... :) tapi ujian Allah tu tetap ada... Dia maha menguji.. takpelah, abes situ je... kang citer panjang2 ade mende yg tak best.. hehehehe.. tak baik.. :p

sampai je TBS lebih kurang kul 10.30, 10.50pm mcmtu, aku pun tgk kat hp.. sekali ader missed call dari cousin aku dr kg.. and 1 new message yang bertulis

"Assalamu'alaikum, nenek tgh nazak ni, along kat mana?"
terdiam aku... nenek nazak?
"along kat TBS nih, ngah amek abg boy" balas aku.
"ok2, tapi along balik tak?" tanyer cousin aku lg.
"balik2, skrg condition nenek mcmner?" tanyer aku utk kepastian lagi..
"nazak" jawab cousin aku..

terus aku gelisah dan tak sabar nak balik kg. tiba je si suami terus aku bgth dia hal nenek.. aku tak tau ape yg berlegar di kepala dia tapi yang pasti aku kene balik kg gak.. no matter what it is family first.. sampai je di kg, semua dah berkumpul keliling nenek. hmmmm.... kebetulan aku sampai sekali dengan ambulans. terus aku pegang2 picit jari kaki nenek.. tibe2 aku teringat arwah nenek belah mak.. aku berjaga menjaga mayat arwah sepanjang malam utk dikebumikan pada waktu pagi. sebab arwah meninggal agak lewat senja.. sampaikan aku terlelap sebelah mayat arwah.. nak nanges plak tetibe............. ishk ishk. ishk... Al-Fatihah...

"abah ko mane?" tanyer salah sorang pakcik dekat aku.
"ateh gi bandung flight ptg tadi" jawab sepupu aku. aku plak tak tau yg abah aku gi Bandung on that day.
"jadi mcmner sekarang ye" tanyer salah sorang pakcik aku pada pegawai perubatan tersebut.
"mcmni lah pakcik, kami ikot pada keputusan ahli keluarga, kalau nak dibawa ke hospital, kami boleh uruskan semualah.. semuanya bergantung pada ahli keluarga" kata pembantu perubatan tersebut.
"amanah tu, mak taknak ke hospital.." kata salah sorang pakcik pada paklang.
"amanah tapi manyakitkan tak guna gak.. jadi mcmne skrg?" jawab paklang
"bawalah gi hospital, ape2hal nenek ok kat sana.." sampuk aku.

dah hampir 1/2 jam berdiskas adik beradik, keputusannya, nenek pun dibawa ke Hospital Besar Kajang. aku, adik2 aku, pakcik2 and ade beberapa cousin aku yg lain pun follow sekali ke hospital... keadaan agak cemas disebabkan nenek terus dimasukkan ke dalam wad icu.. doktor mula keluar masuk utk tanyer simptom jadinyer nenek mcmtu..

jam dah kul 1,2 pagi. Sementara menanti result xray nenek, aku, hubby, paksu, paklang, pakcik and cousin2 aku gi lah makan jap kt mini gerai mamak kt dlm sepitaltu.. dekat je tak jauh pun.. dok layan citer pasal keterlah, kene hempap pokok lah, hp lah, motor lah.... mujur masa tu paksu payung makan.. hehehe.... tibe2..

krrinngg kringggg kringgg.. hp adik aku bunyi...
"hello, ha nenek kat icu lagi.. dah ok la sikit dari awal tadi.. nak ckp dengan paklang?" jawab nadiah... rupernyer panggilan dari abah.
"assalamu'alaikum moi, aaa.. mak tadi dah xray tgh tunggu keputusan.. kritikal jugalah kata doktor. tak tahu lagi.. buat masa ni dekat icu lagi... aaa yelah, nanti ape2 abg teleponlah" jawab paklang.
"nah telepon ko nadiah.. mcmner alang nak tepon abah ko nih? hp alang takleh tepon oversea.." paklang sempat melawak.
"ni tepon nadiah ade nih" sampuk aku.
"eeeeee.. abeh credit aku!" jawab nadiah..

walaupun berada jauh dari tanahair, alaa seberang je pun.. abah tetap call.. aku dapat rasakan kegelisahan dia, kerisauan dia kat nenek. dia lah anak paling nakal dalam keluarga.. tapi dia gak lah nenek sayang.. tetibe terimbas bila balik kampung, abah tido sebelah nenek.. ader sekali abah tido kat peha nenek.. hmmm... nak nangeslah.....


akan bersambung.......

Kata siapa yg sering kita ikuti.... Sendiri yg tahu kan...

· Manusia - Eh, dah subuh dah?
· Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan sola...t subuh mu
· Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz
·
·
· Manusia - Nak makan, laparlah ..
· Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
· Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya
·
·
· Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
· Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
· Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!
·
·
· Manusia - Alamak, dah lewat!
· Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
· Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?
·
·
· Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
· Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
· Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.
·
·
· Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
· Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
· Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.
·
·
· Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
· Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
· Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah
·
·
· Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
· Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
· Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah
·
·
· Manusia - Aku telah berdosa..
· Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
· Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)
·
· Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
· Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
· Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !
·
·
· Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
· Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
· Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)
·
·
· Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
· 1. Anda – Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja??
· 2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan lah !
· 3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 ..biar je disini..kalau, boleh delete je..bukan mereka nak baca pon.
·
· ~Renung-renungkan dan selamat beramal~
·
· Sebarkan pada MUSLIM yang lain jika kita sayangkan Sahabat Islam kita :)

Friday, March 23, 2012

Bergaduh dengan bos!

disebabkan mende nih je beria2 bos aku bercerita kat kami nih yg ader kepala kapal terbang kat mutiara damansara!!! adoiii!!! siap g kat pc aku google tu pic nak wat prove... so, carik2. jumpa ah blog brader nih siap ader gambonyer sekali... hahahahaahhaa.... alahai bos aku nih kelakar betol.... just only kidszania je, land mark dia kepala kapal terbang air asia tu je.. wakakakakaka.. mcm2 hal....




p/s: penat gelak....

Tuesday, March 20, 2012

Lagu-lagu masa nak g keje!! hahaha


ni lagu2 peberet aku masa on the nak gi kerja...

Grey Sky Morning - Bila Bila Kita berdansa :

Muzik rancak bergema lagi
terus ramai mencari cari
makin kuat muzik berbunyi
tak sedar rasa ku ingin menari
hoho….

*
bila bila bila bila masa kita berdansa
bila bila hiburkan hati terus menari
bila bila bila bila masa kita berdansa
bila bila lalala… hohoho.. lalalala…

Ayuh kita gerak ke depan
Jaga jaga langkahmu kawan
hati hati memilih teman
jangan ikutkan perasaan

Ulang *

Lets Go!

Ulang*


Meet Uncle Hussain
Meet Uncle Hussain - La La La Kerjalah Lyrics

La La La Laaa…
La La La La La Laaa…
La La La La La Laaa…
La La La La La Laaa…
La La La La La Laaa…
La La La La La Laaa…
La Laaa… La Laaa…

Ooh! Pening kepala
Memikirkan tak ada kerja
Tanam Anggur
Sijil diploma
Ah! Gantung didinding saja

Ooh! Lega rasanya
Jawat kerja pegawai pemasaran
Di Pertama
Rupa, oh! Rupanya
Kerja am sajaaa!

La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!
La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!

Ooh! Terpinga-pinga
Tak puas lagi beradu, mengantuk
Subuh hingga senja
Ah! Hari-hari sama saja

Ah! Nak bancuh kopi
Tapi gulanya tiada, minum saja
Kerja bagai nak gila
Ah! Tak juga kayaaa!

La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!
La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!

Gelisah, kugelisah
Mengenangkan masa depan
Kuharus kerja
Oh! Mesti kerja
Tiada apa yang percuma
Realiti tika tiada kerja
Oh! Papa kedanaaa!

La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!
La La La Laaa… Hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!

La La La Laaa La La…
La La La Laaa La La…
La La La Laa La La…

Friday, March 16, 2012

Avenged Sevenfold Live in Malaysia

Avenged Sevenfold Live in Stadium Merdeka, Malaysia April 2012


Saper peminat berani mati Avenged Sevenfold!!
now korang leh tgk depan mata beb! they coming to our country for the road tour! yeah!!! like 1000000000x! :)


Californian rock outfit Avenged Sevenfold will perform in Malaysia this April, their first visit to the region since 2008. The band had released their fifth studio record titled Nightmare in July 2010. Concert details as follows:
Date: 29th April 2012 (Sunday)
Venue: Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, Malaysia
Tickets: RM 88, 128, 158, 198, 258





Pendaftaran Haji melalui KWSP


KUALA LUMPUR 30 Dis. - Bermula 3 Januari ini, semua ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beragama Islam yang mempunyai simpanan minimum RM1,300 di dalam Akaun 1 boleh membuat pendaftaran menunaikan haji dengan Lembaga Tabung Haji.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, pendaftaran itu boleh dilakukan di semua kaunter Tabung Haji, cawangan Bank Rakyat dan Bank Islam dengan membawa MyKad dan penyata terkini KWSP masing-masing.

“Mereka yang layak mesti warganegara Malaysia atau pemastautin tetap yang belum mencapai usia 55 tahun dan mempunyai akaun simpanan Tabung Haji. Ahli yang tidak mempunyai akaun, mereka boleh membukanya dengan deposit minimum RM2,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, mana-mana ahli yang telah mendaftaran haji di bawah prosedur Tabung Haji boleh menukar pendaftaran tersebut kepada Pendaftaran Haji Ahli KWSP.

“Penukaran itu tidak melibatkan tarikh giliran haji yang telah diberikan dan tidak melibatkan sebarang urusan berkaitan tarikh kerana ia akan ditentukan oleh Tabung Haji,” tegasnya.

Maklumat lanjut boleh layari www.kwsp.gov.my atau www.tabunghaji.gov.my dan menghubungi talian 03-89226000 serta 03-62071919.


dari Meja KWSP :


Pendaftaran Haji Ahli KWSP

Inisiatif Pendaftaran Haji Ahli KWSP merupakan satu kemudahan yang membolehkan seseorang ahli yang mempunyai simpanan KWSP membuat pendaftaran haji dengan Lembaga Tabung Haji (LTH) tanpa perlu mendepositkan simpanan sebanyak RM1,300.00 dalam akaun Tabung Haji.

Kemudahan ini tidak melibatkan pengeluaran wang simpanan KWSP.


Syarat-syarat Kelayakan

Ahli KWSP yang layak adalah seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap
b. Beragama Islam
c. Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00
d. Belum mencapai umur 55 tahun
e. Mempunyai akaun simpanan Tabung Haji

Kemudahan pendaftaran haji ini hanya dibenarkan kepada individu atau ahli KWSP berkenaan sahaja.

Ahli KWSP yang telah mendaftar haji di bawah prosedur Tabung Haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP tanpa melibatkan pertukaran tarikh giliran haji yang telah diberi sebelum ini dan wang pendaftaran haji RM1,300.00 sebelum ini dicairkan.


Kaedah Pelaksanaan

Ahli boleh mendaftar haji di bawah Pendaftaran Haji Ahli KWSP dengan hadir sendiri di mana-mana cawangan LTH, Bank Rakyat dan Bank Islam dengan membawa MyKad dan Penyata Ahli KWSP. Proses pendaftaran haji adalah mengikut prosedur semasa LTH.

Nota: Penyata KWSP boleh diperolehi melalui i-Akaun, kios, kaunter atau penyata tahunan yang dihantar melalui mel.


Tarikh Kuatkuasa

Kemudahan ini berkuatkuasa mulai 3 Januari 2012.


Rujukan dan Pertanyaan

Pertanyaan lanjut juga boleh disalurkan ke:

a. Maklum balas online melalui Enquiry
b. Pusat Pengurusan Panggilan KWSP di talian 03-89226000
c. Mana-mana Pejabat KWSP

Tabung Haji Contact Centre
Tel: 03 – 6207 1919
Laman Web: www.tabunghaji.gov.my


Tarikh kemaskini: 30 Disember 2011

P/S: rasa mcm nak register ah plak.... huhuhu

Thursday, March 15, 2012

Marie Kelaparan

Kelaparan!

Kerja teruk marie harini, kene wat inventory coz floor ni nak kene separate by 2 dengan dept lain. phewh... supervisor mintak siapkan harini gak... so, aku ngan akak admin pun bekerja keras hope dapat siapkan before lunch... sekali membawa ke lunch woooo... badan aku dah longlai dah.. maklumlah bekpes kue teow campur nasi goreng tu pun tak abeh... lalalalalaalalla... mujur lepas siap wat inventory utk 2 floor nih, sampai kat worstation aku, kak pah pelawa makan rojak buah kat pantry... pewot aku kosong nih... ahh bedal jelah... ape nak jadi-jadilah janji dpt isi pewot.. sedap aku mam.. ni hah rojaknyer... ;p

sedap tak? hohohoho....

padahnyer, pewot aku felt bloated sgt. angin kan... coz tak makan sekali bantai plak rojak buah... mmg sedapla meragam pewot aku... uwaaaaaaaa.... so, masa wat keje jap tadi, ginilah teruknye keadaan aku.. uwaaaa... kepala dah lentok kat meja sebab tak sedap pewot... uwaaaaaa.....


sedih!!! baru kul 5pm.. baliknyer kul 6.. uwaaaaaaaaaaaaaaaa................


p/s: morale of the story - jgn makan makanan berangin masa pewot ngah kosong!!! duh...

Wednesday, March 14, 2012

The Voice 2 - Anthony Evans vs. Jesse Campbell

Anthony Evans vs. Jesse Campbell on The Voice Battle Round 1, March 5, 2012: Who Sang "If I Ain't Got You"


this is what i can say to u guys... U BOTH R AMAZING DUDE!

Friday, March 9, 2012

Mariah Carey Ft Ne-yo - Angel Cry Lyrics


Angel Cry Lyrics

Mariah:
I shouldn't have walked away
I would've stayed if you said
We could've made everything OK
But we just
Threw the blame back and forth
We treated love like a sport
The final blow hit so low
I'm still on the ground

I couldn't have prepared myself for this fall
Shattered in pieces curled on the floor
Super natural love conquers all
'Member we used to touch the sky
And

Lightning don't strike
The same place twice
When you and I said goodbye
I felt the angels cry
True love's a gift
We let it drift
In a storm
Every night
I feel the angels cry

C'mon babe can't our love be revived
Bring it back and we gon' make it right
I'm on the edge just tryin' to survive
As the angels cry

Ne-Yo:
I thought we'd be forever and always
You were serenity
You took away the bad days
Didn't always treat you right
But it was OK
I do somethin' stupid
And you still stay with me

But you can only go for so long
Doing the one you claim to love wrong
Before too much is enough
You look up
Find your love gone
And

We were so good together
How come we could not weather
This storm and just do better
Why did we say goodbye

'Cause lightning don't strike
The same place twice
When you and I said goodbye
I felt the angels cry
True love's a gift

We let it drift
In a storm
Now every night
I feel the angels cry

Mariah & Ne-Yo:
C'mon babe can't our love be revived
Bring it back and we gon' make it right
I'm on the edge just tryin' to survive
As the angels cry

Baby I'm missin' you
Don't allow love to lose
We gotta ride it through
I'm reaching for you

Baby I'm missin' you
Don't allow love to lose
We gotta ride it
I'm reaching for you

And im gonna say

Lightning don't strike
The same place twice
When you and I said goodbye
I felt the angels cry
True love's a gift
But we let it slip
In a storm
Every night
I feel the angels cry

Oh babe, the angels cry

KL Banjir 07 Mac 2012



GAMBAR BANJIR DI KUALA LUMPUR 7 MAC 2012
GAMBAR BANJIR HUJAN LEBAT DI SEKITAR IBU NEGARA KUALA LUMPUR 7/3/2012 JALAN TAR/KAMPUNG BARU/BUKIT BINTANG/PAVILION/LOW YAT/DATARAN MERDEKA.

Hujan tanpa henti melanda ibu negara kuala lumpur hari ini dan beberapa kawasan di malaysia. akibat dari itu, kuala lumpur telah dilanda banjir dibeberapa lokasi antaranya pavilion, jalan tunku abdul rahman, kampung baru, plaza low yat, dataran merdeka dan bukit bintang. KL banjir 7 mac 2012.



Sekitar Kawasan Masjid Jamek

Kat Pavillion pun sama wooo.. huhuhu




p/s: morale of the story : KL dah Bersih.. huhhuhuu
There was an error in this gadget

nuffers

Digital clock