nuff

Wednesday, September 25, 2013

Bila Ibu Jadi Hamba


“Radieah, apa maksud hadis akhir zaman ni, hamba lahirkan tuan?” Tanya seorang sahabat kepada saya.

“Bila hamba melahirkan tuan tu, ulama bahaskan ada dua maksud. Pertama, bila seorang bapa mengauli hamba perempuannya kemudian melahirkan anak. Anak tu adalah tuan kepada ibunya, hamba perempuan yang ayahnya gauli tadi. Sebab harta si ayah boleh diwarisi oleh si anak tadi. Kedua, bila lahirnya anak yang menderhakai ibu bapanya. Memperlakukan ibunya seumpama si ibu adalah hambanya. Itulah yang dikatakan hamba melahirkan tuan”.

“Kalau macam tu, zaman sekarang ni maksud hadis tu lebih dekat untuk disamakan dengan si ibu melahirkan anak derhakalah."

“Ya, kalau kita lihat zaman sekarang secara zahirnya macam tulah. Tapi kalau kita luaskan sedikit maksud hadis tu dalam konteks yang lebih luas dan lebih tersirat, kita sendiri pun sebenarnya telah buat mak kita umpama kita adalah tuan.. dan mak kita adalah hamba”

“Tak fahamlah. Cuba terus terang. Kan senang”.

“La.. mudah je. Si anak anak jadi bos bila setiap kemahuannya dituruti oleh si ibu. Kita minta apa je pada mak kita, permintaan tu akan dipenuhi. Pada waktu tu kitalah tuan. Mak kita pula hamba. Betulkan?”

“Emmmm…”

“Zaman sekarang ni, rata-rata kita tidak dapat nak tunaikan hasrat si ibu yang kesunyian. Yang rindu pada anak mereka. Tapi kita selaku anak jarang-jarang dapat penuhi hasrat mak kita. Sepatutnya, anak yang pergi pada rumah mak. Bukan mak yang pergi rumah anak. Semata-mata sebab dia rindu pada anaknya. Alasan yang kita selalu berikan, kita sibuk, tak ada masa. Tesis perlu cepat disiapkan. Kalau yang bekerja pula, tambah lagi alasan, tak dapat nak cuti.. kerja bertimbun nak kena siapkan. Kalau yang ada anak pula, minta mak yang tolong jagakan. Mak pula jadi pengasuh pada anak kita. Kalau balik rumah pula, mak akan tanya nak makan apa.. Mak akan masakkan sedap-sedap untuk kita. Sepatunya kitalah yang masak untuk mak. Macam pelayan restoran pula kita buat pada mak kita…”

“Tapi Radieah, memang perkara macam tu tak dapat nak elak. Zaman sekarang… lagi pun kalau mak tak kisah, mak dah faham, tak ada masalahkan?”.

“Ya, memang tak ada masalah kalau mak dah redha. Lagipun selaku seorang hamba, sudah tentu dia tak kisah mengikut arahan tuannya. Hambakan macam tu, ikut je apa yang tuan dia cakap tanpa ada bantahan. Mak kita ada bantah ke? ada persoalkan apa yang kita minta? Itulah yang dimaksudkan hadis tadi, ‘bila hamba melahirkan tuan…’. Tanpa kita sedar, kita lah tuan yang Rasulullah maksudkan.. . Walaupun hadis tu merupakan perkara yang pasti akan berlaku, janganlah kita jadi tuan kepada ibu sendiri. Agak-agak awak, zaman Rasulullah, parfa sahabat, tabiin, tabi tabiin, mereka buat tak pada mak mereka, macam kita buat kat mak kita. Atau mak mereka buat tak macam mak kita buat kat kita?”

“Dahlah Radieah, tukar topik lain. Tak sanggup saya dengar”.

“Laaa.. tadi dia yang tanya… Oklah. Ingat berusahalah untuk tidak jadi ‘tuan’”.

Janganlah jadi tuan pada emak sendiri. Emak bukan hamba, tetapi dia lah ratu hati kita. Jadi, perlakukanlah dia umpama ratu atau permaisuri kita.
There was an error in this gadget

nuffers

Digital clock