nuff

Friday, July 23, 2010

Pembuka kata pagi ni

'Munurut khalifah Islam Umar Abdul Aziz, manusia dicipta untuk selamanya. Kehidupan bermula dari 1. Alam roh, 2. Alam rahim ibu kita 3. Alam dunia 4. Alam barzakh 5. Alam mahsyar dan 6. Alam syurga/neraka. Kehidupan didunia sangat penting kerana adanya akhirat. Hidup adalah satu perjalanan. Kita sendirilah yang jadi pemandunya. Jangan biarkan hidup kita dipandu oleh orang lain.'

Kehidupan didunia sangat penting kerana adanya akhirat. Hidup adalah satu perjalanan. Kita sendirilah yang jadi pemandunya. Jangan biarkan hidup kita dipandu oleh orang lain.

Laksana memandu kereta, kita mesti jelas destinasi yang hendak dituju, bukannya teragak agak. Pandu dengan penuh keyakinan.
Contoh, Seekor anak gajah yang diikat dengan rantai dikaki semenjak kecil lagi. Anak gajah ini telah beberapa kali mencuba untuk berjalan tetapi tersekat oleh rantai. Sehingga dia membesar, gajah tersebut tidak mencuba lagi walaupun telah mempunyai kekuatan untuk memutuskan rantai tersebut.

Begitu juga dalam hidup terdapat banyak rantai rantai yang membelenggu laksana gajah tersebut. Kita sering mendengar ”Aku tak boleh buat” walaupun baru mendengar cadangan dan belum membuat sebarang cubaan. Alasan inilah yang membelenggui ramai dari orang Islam yang tidak berjaya dan sentiasa dalam inferiority complex.

Motivasi oleh nonmuslim hanya menyebut mengenai keyakinan diri saja. Dalam Islam keyakinan diri berkait terus dengan Allah. Untuk membina keyakinan diri, perlu diasaskan keyakinan dengan Allah dahulu.

Terdapat 2 jenis keyakinan:

1. Keyakinan biasa – bila tengok baru yakin
2. Keyakinan luar biasa – yakin dulu baru bekerja,

Yakin adanya syurga walaupun tidak melihat. Keyakinan yang dibina adalah luarbiasa.

Nabi Musa berani menghadapi Firaun dan ahli sihirnya kerana keyakinan diri yang tinggi. Rasullullah pun berani menghadapi pembesar Quraisyh kerana keyakinan diri yang tinggi.

Wassalam

No comments:

Post a Comment

Hak cipta terpelihara cik marie. Nak comment (jika ada), please comment selembut dan seceria bahasa yang mampu.. haha (paksa)

nuffers