nuff

Friday, April 20, 2012

Volkswagen lancar Polo Sedan, RM99,888



LANGKAWI - Volkswagen Group Malaysia malam ini melancarkan  model termurahnya, Polo Sedan di pasaran Malaysia pada harga bawah RM99,888.

Kereta dalam segmen B itu dijangka bakal menambat hati rakyat Malaysia yang menginginkan sebuah kereta Eropah pada harga berpatutan.

Model itu dilancarkan oleh Pengarah Urusan VGM, Ricky Tay.

Ia dilengkapi enjin 1.6 liter multipoint injection (MPI), yang mengeluarkan kuasa kuda 105PS dengan transmisi enam kelajuan automatik Tiptronic.

Kereta keluarga berkenaan menghasilkan kuasa kilas 153Nm di mana pecutan dari sifar ke 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh 12.3 saat dengan pecutan puncak 183 km/j.

Dari segi  aspek keselamatan, Polo Sedan dilengkapi dengan  empat beg udara, agihan tekanan brek elektronik (EBD), sistem tindak balas kemalangan pintar (ICRS) dan sistem antibrek (ABS).

Model pemasangan luar negara (CBU), dari India itu, ditawarkan dalam enam warna - putih, merah, biru, perak, hitam dan Terra Beige dan telah pun berada di pasaran Rusia, India, Afrika Selatan dan China.
Tempahan dibuka mulai esok di semua 18 wakil jualan Volkswagen.
There was an error in this gadget

nuffers

Digital clock