nuff

Monday, April 30, 2012

Nor 'Aisy [ Pilihan kain-kain yg menarik untuk anda]

kawan2 ku semua, alang2 nak raya bulan 8 nih, jomlah jengah FB Nor 'Aisy [fb kawan cik marie], saja wat preparation awal kan... nanti takdelah terhegeh2 nak cari tailorlah.. nak cari kain lah last minitlah... alih2 beli yg dah siap.. harga? nahhh.. hamek kau serat dua rat.. kih kih kih... so, lawat2lah album kain dlm fb beliau.. harga sangat berpatutan, material kain pun bagus, saya dah beli dan berpuas hati.. lagipun dia dok belakang meja saya je tu.. hehehe... saja nak tolong wat promosi utk dia.. :) 

ni link FB beliau :-


contoh kain2 yang ada.. :)

sekali lagi link untuk anda layari :

link FB beliau :-


p/s: merancang lebih baik dari last minit... heee heee

Eren - Takkan Pisah




Eren Takkan Pisah

Sayang aku ingin berbicara kepadamu
Tentang apa yang tengah aku rasakan
Ada apa, ada apa katakanlah semuanya
Ku kan dengarkan duhai cintaku

Bila nanti orang tuamu meridhoi dengan
Apa yang ku rasakan padamu
Semua orang tua ingin yang terbaik untuk anaknya
Begitu pun orang tuaku
Kau takkan tinggalkanku
Takkan pernah, sayangku
Janjimu janjiku untukmu

Reff:
Takkan ada yang pisahkan kita
Sekali pun kau telah tiada
Akan ku pastikan
Ku kan memeluk menciummu di surga

Jangan kau pergi tinggalkan aku
Bawa aku ke mana kau mau
Janji ku padamu
Jiwa dan ragaku mati pun ku mau


Repeat reff

Fadhilat jadi Isteri



Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah subhanallah Taala untuk muslimah adalah terletak pada tanggungjawab/peranan isteri terhadap suami.

Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat lebih pahala adalah seperti dibawah :-

1. Memberi/membuat segelas air untuk suami
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun

2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami
Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah

3. Perkhidmatan yang diberi pada suami
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus

4. Menghamilkan benih suami
Fadhilat : mendapat pahala syahid

5. Isteri mandi Junub dengan suami
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing
pada fakir miskin

6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak 
Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg soleh/orang yang berguna dengan   didikan agama yang sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri berkahwin lain, suami yang meninggal itu tetap dapat pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak berterusan dengan baik.

7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan
Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah

8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya dia terus masuk syurga!

Afgan - Bukan Cinta Biasa (OST Bukan Cinta Biasa)

Afgan - Bukan Cinta Biasa (OST Bukan Cinta Biasa)

Kali ini kusadari
Aku telah jatuh cinta
Dari hatiku terdalam
Sungguh aku cinta padamu

Cintaku bukanlah cinta biasa
Jika kamu yang memiliki
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku

Terimalah pengakuanku
Percayalah kepadaku
Semua ini kulakukan
Karena kamu memang untukku

Cinta ku bukan cinta biasa
Jika kamu yang menemani
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku
Terimalah pengakuanku


p/s: macam nak nanges leh tak???....  rasanyer its been a long time takde saper nak dedicated lagu2 cenggini kat aku.. ;p

masquerade dinner soon!

Masquerade Theme!!



Farewell Dinner to Encik Nasir


All we are, we hope to be, we owe to our father, Encik Nasir Salleh. We are fortunate to have Encik Nasir to sail with us, facing stormy waters of our journey in the Bank.

The invitation card is below:-
v
v
v


saya rasa this is the first time my department buat Special Dinner with a theme. memula rasa mcm well, just a normal boring dinner.. just makan2 je kan.. maklumlah... ade golongan2 'kertu' yg blacklisted event2 social in the department nih.. ekekekeke... ditekankan disini golongan2 'kertu' ye... :p

but since management for club committee department pun dah baru.. lots of idea yg diorg cuba nak present. ape2pun mmg terbaeks! kita oklah wat dinner dari stay night g PD... adoi.. balik2 PD.. bosan pulak rasa nyer... ;p jgn mareeee... ;p so, Lanai menjadi lokasi pilihan para committee.. hehehhe.... SAYA SUKAAAA!!! ahahahha... but yg lemahnye saya kene wat persembahan! aarrgghhh... boleh tak, tak payah?? saya nak makan je? ahahaha... as u wish lah sangat marie oii... so, the event will be held at Lanai Kijang on 4th of may this coming friday... will follow up later la ye... ngeh ngeh ngeh....


p/s: makan banyak2.. pakai lawa2... lalalala.....

Friday, April 27, 2012

Proton Prevé Sapphire


Ramai yang dah menyaksikan Pelancaran Proton Preve yang boleh dikira cukup terbaeks [cuma kurang berminat dengan presenter pompuan tu.. omputih sgt tapi details langsung tak jelas], akan tetapi semasa pelancaran tu dah sedia menanti Proton Preve Sapphire. banyak blog2 lain dah mengatakan tentang Proton Preve Sapphire. Bila di teliti gambar2 berikut, memang terbaekslah product Proton kali ni.. ni barulah dikatakan stylista!!! hehehe. Proton Preve Sapphire baru dilancarkan baru-baru ini.

Dengan rekabentuk yang moden dan elegan dengan konpidennyer, pasti ramai rakyat malaysia akan suka dengan model tersebut. Designer & Engineer Proton memang terbaik dan Tahniah :) Tahniah gak kat DRB Hicom dan Proton kerana berjaya mencipta sebuah kereta yang mampu menambat hati pembeli semula termasuk cik marie nih :) 



 Jika diperhatikan lining silver lining di bahagian kat fog lamp seakan rekabentuk yang boleh didapati pada BMW 3 siri baru. Adakah ini antara buah fikiran yang dicadangkan oleh pakara kualiti dari Jerman, Dr. Wolfgang Karl Epple yang mana sekarang ini beliau sudah pun berhenti daripada Proton?
Cuma rekabentuk dasboardnya maish lagi kelihatannya “kekurangannya”. Harap proton boleh memberikan perhatian aspek ini.
 Melihatkan tiger wing pada Proton Preve Sapphire ini tampak menarik apabila sudah di”bold”kan atau lebih tebal daripada wing Preve yang asal ditambah dengan lining di bahagian belakang dichromekan baru kelihatan seimbang, padat dan gagah.





 Tak sangka Proton Preve “make up” sampai begini hasilnya. Jikalau ia dijadikan sebagai realiti, pasti menarik!! 



Apa Yang Menarik Perhatian Proton Preve Sapphire Ini? 


Bumper depan restyled
Gun metal grey colour
Bodykit
Smoked front dan rear lights
Blackened rooftop,
Bolder chrome ‘proton wings’
Two-tone leather interior
LCD screen at back of front seats
Silver coloured door handles
Chrome horizontal bar at the back
Sport rim 18 inci


p/s: ada yang berminat ker? cecepatlah order... hehehe



Thursday, April 26, 2012

Promosi dari 'sureanggun.com'



Promosi dari 'sureanggun.com'



Assalamualaikum Gadis2 & Wanita2,


Promosi Rawatan Muka dan Badan April & May 2012

di Mini Salun kami Sureanggun Bridal & Spa (Make Up Artist/Beautician)



PROMOSI PAKEJ : 

Normal Facial + Sauna + Scrub + Aromatheraphy Massage = RM150.00(3 jam)

Sauna + Scrub + Aromatheraphy Massage = RM120.00(2jam)

---------------------


Normal Facial 1jam ++ : RM35.00 PROMOSI : RM30.00

Facial Resdung (Traditional & Aromathraphy) 1jam 30 minit : RM50.00 PROMOSI : RM45.00

Rawatan Resdung (Traditional & Aromathraphy) 30minit : RM30.00 PROMOSI : RM25.00

Sauna Garam (Garam Bukit/Garam Laut Mati) 30 minit : RM25.00 PROMOSI : RM20.00

Scrub (Garam / Aromatheraphy) 30 minit : RM45.00 PROMOSI RM40.00

Whole Body Massage (Aromatheraphy Massage) 1jam : RM80.00 PROMOSI RM70.00

PROMOSI PAKEJ : Normal Facial + Sauna + Scrub + Aromatheraphy Massage= RM150.00



HUBUNGI Along Ayu 019 3792454 untuk temujanji anda. 

Insyallah, temujanji anda hanya akan dilayan khas untuk anda seorang sahaja. 


atau 

Hubungi saya untuk temujanji kita nanti berikan tarkh dan masa yg anda
 
inginkan dari 10pg - 10mlm. 

Terima kasih.


Friday, April 20, 2012

Volkswagen lancar Polo Sedan, RM99,888



LANGKAWI - Volkswagen Group Malaysia malam ini melancarkan  model termurahnya, Polo Sedan di pasaran Malaysia pada harga bawah RM99,888.

Kereta dalam segmen B itu dijangka bakal menambat hati rakyat Malaysia yang menginginkan sebuah kereta Eropah pada harga berpatutan.

Model itu dilancarkan oleh Pengarah Urusan VGM, Ricky Tay.

Ia dilengkapi enjin 1.6 liter multipoint injection (MPI), yang mengeluarkan kuasa kuda 105PS dengan transmisi enam kelajuan automatik Tiptronic.

Kereta keluarga berkenaan menghasilkan kuasa kilas 153Nm di mana pecutan dari sifar ke 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh 12.3 saat dengan pecutan puncak 183 km/j.

Dari segi  aspek keselamatan, Polo Sedan dilengkapi dengan  empat beg udara, agihan tekanan brek elektronik (EBD), sistem tindak balas kemalangan pintar (ICRS) dan sistem antibrek (ABS).

Model pemasangan luar negara (CBU), dari India itu, ditawarkan dalam enam warna - putih, merah, biru, perak, hitam dan Terra Beige dan telah pun berada di pasaran Rusia, India, Afrika Selatan dan China.
Tempahan dibuka mulai esok di semua 18 wakil jualan Volkswagen.

Wednesday, April 18, 2012

Solat Istikharah – Pembuka Ketenangan Jiwa dan Kedamaian Hati


Quote by umaralfateh in AqidahBicara hatikehidupan

Pertama sekali, marilah kita sama-sama beristighfar dan mengucap syukur di atas nikmat yang Allah berikan kepada kita berupa kemanisan iman dan islam.
Dengan dua nikmat ini, Allah memberikan kita kebersihan hati dalam menilai segala perkara dan menenangkan kita terhadap musibah yang menimpa.
Sebagai permulaan, mari kita melihat dan merenung , apakah yang dimaksudkan dengan istikharah.
Istikharah merupakan salah satu cara yang Allah berikan kepada kita, sebagai salah satu medium kita berserah , tunduk kepadaNYA.
Ianya hanyalah medium perantaraan antara kita dengan Allah, sedangkan natijah yang terhasil dari istikharah itu sendiri adalah pergantungan diri kita terhadap Allah.
Isi terpenting pada istikharah adalah kepercayaan, keyakinan dan kebergantungan kita kepada Allah,itulah yang dimahukan dari istikharah.
Bukanlah istikharah itu kita bergantung pada ruku’ dan sujud yang dilakukan , tetapi adalah tunduknya HATI pada segala ketentuan yang ALLAH telah aturkan.
selain dari itu, istikharah tidak memperlihatkan masa depan kita, ianya hanyalah medium antara kita dan Allah, sebagai tanda kita betul-betul mengharapkan petunjukNYA dalam setiap perkara yang dilakukan.
Ada yang memahami, bahawa dengan istikharah , maka jawapan paling tepat adalah melalui mimpi. Tidak sekali-kali.
Istikharah merupakan penyerahan penuh diri seorang hamba terhadap segala ketentuan Tuannya.
Dan istikharah dilakukan setelah usaha secara optimum terhadap perkara yang ingin kita lakukan.
Sebagai contoh , dalam bab mencari jodoh, seseorang gadis didatangi seornag pemuda yang entah dari mana datangnya berjumpa dengan keluarganya, menyatakan hasrat di hati ingin memperisterikan gadis tersebut. Maka adalah menjadi tugas warisnya dan dirinya menyelidiki siapakah pemuda tersebut. Apakah benar baik agamanya , kedudukannya seperti yang diberitakan.
Maka perlu bagi warisnya atau diupah seseorang untuk pergi ke kawasan perumahan pemuda tersebut, bertanyakan jiran-jirannya, tentang akhlaknya, agamanya, pekerjaannya, sikapnya. Setelah selesai semua penyelidikan, maka perkara seterusnya, terserahlah pada gadis tersebut.
Di sinilah peri pentingnya istikharah, dalam menentukan bahawa keputusan yang diambil tidak berdasarkan kegopohan bahkan dari ketenangan hati.
Contoh kedua , apabila sedang dalam pertimbangan mencari sebuah rumah. Maka setelah segala usaha dibuat, diselidiki dan dibuat perbincangan, maka solat istikharah dilakukan, agar segala keputusan yang hadir benar-benar dari ketenangan hati.
Perbincangan , penelitian yang hadir  serta nasihat-nasihat yang diterima hasil dari perbincangan adalah satu satu cara  seseorang itu memohon istikhrah dari Allah.
Penyerahan kita pada Allah dalam menentukan hasil yang akan kita perolehi adalah setelah kita berusaha secara optimum sebelum dan selepas solat sunat istikharah.
Isi Terpenting Istikharah
Mengapa dalam pelbagai hal, perlu kita istikharah?
Apakah tidak boleh terus sahaja kita melakukan hal tersebut?
Kita tidak menafikan bahawasanya kita mempunyai akal yang diberikan dengan penuh kesempurnaan, tetapi kesempurnaan akal dalam berfikir punyai hijab yang kita tidak boleh menyingkapnya, itulah perkara akan datang.
Keterbatasan akal merupakan salah satu kekurangan yang akal punyai, dan kekurangan ini perlu ditampung dengan sesuatu, agar kelak kemudian, ianya menjadi suatu kesempurnaan.
Inilah yang dimahukan Tuhan Yang Mencipta, Allah, yang Maha Bijaksana, Dia memberikan manusia sesuatu tetapi tidak memberikannya sepenuhnya, agar manusia kembali kepadanya.

Oleh itu, ingatkan kamu kepadaKU (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKU) supaya aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKU dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKU) (152)
Wahai sekalian orang-orang yang beriman ! Mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan dengan sembahyang kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang bersabar (153) (Sapi Betina -Albaqarah)

Bila Mahu Dilakukan?
Imam Bukhari;
Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:
Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini  membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.

Mengapa Solat?
Kerana solat itu penghubung antara hamba dan Tuannya.
Di dalam solat itulah terdapat saat Allah paling dekat dengan hambaNYA, itulah sujud.
Dengan solat, seseorang boleh mengadu kepada Tuhannya seperti seorang anak mengadu kepada ibunya.
Kasih sayang Tuhan, melebihi kasih sayang seorang ibu.
Dengan solat juga, ianya peluang dan saat mengingati Tuhan paling maksimum.
Setiap tindakan , ruku’ , i’tidal, sujud , berdiri , tahiyyat, semuanya memuji-muji Allah, penguasa sekelian Alam.
Maka benarlah, solat itu pengubat hati yang bergelora, hati yang gersang dengan kasih sayang, hati yang memerlukan bimbingan, maka solatlah, ianya punca kedamaian dan ketenangan.

7 perkara tak boleh diubah dalam hidup


DALAM hidup ini ada tujuh hal yang tidak boleh kita ubah iaitu:

Jenis kelamin dan jantina 
Memang boleh buat pembedahan untuk mengubah kelamin. Tetapi tidak mampu mengubah roh (spirit) orang berkenaan. Terimalah dirimu, sama ada engkau wanita atau lelaki.
Orang tua 
Kamu mesti menghormati ibu bapa apa cara sekalipun! Jika orang tuamu seorang pemabuk, kaki judi atau pelacur, hormati mereka! jika tidak situasi itu bakal terjadi dalam kehidupan kamu kelak. Nasihat dan teguran memang tidak boleh berhenti.


Hari kelahiran

Sudah ditetapkan Allah, sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh memilih tarikh lahir kita. Ia memang sudah ditentukan dan jangan sesekali kita me�nyesalinya.


Bentuk Fizikal

Jika anda mempunyai rambut keriting, terima sajalah. Jika hidung kamu kurang menarik atau kulit sawa matang terimalah se�adanya. Memang kita lihat ramai orang ingin mengubah bentuk wajahnya, sama ada memancungkan hidung atau alis matanya dicukur habis tetapi tetap kelihatan aneh dan tidak semula jadi.


Masa lalu

Ini juga sudah ditetapkan Allah. Jangan menyesali masa yang sudah berlalu melainkan untuk menjadikannya sebagai pengajaran.

Justeru, ‘berdamailah’ dengan masa lalu demi membina masa depan.


Kedudukan dalam keluarga

Kedudukan kita sebagai anak bongsu, sulung, atau tengah, tidak boleh diubah dan terimalah seadanya.


Suku bangsa

Jangan sekali menyesal menjadi orang Melayu, Jawa atau Cina. Sebenarnya perkara yang kita boleh dan mampu ubah adalah cara kita berfikir. Jika berubah maka berubahlah hidup kita.



Ada lima resipi untuk melakukan perubahan diri antaranya:

  • Mulalah berubah supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri. Orang lain juga lebih yakin dengan diri anda.

    Tidak mungkin jika kita mahu mengajak orang lain berubah padahal diri sendiri masih berada pada takuk lama.
  • Lakukan perubahan secara perlahan-lahan. Tidak dinafikan, sememangnya sukar untuk terus melakukan perubahan dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata.

    Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah kita dapat berubah seperti yang diinginkan. Walaupun perlahan, kita pasti dapat mengalami perubahan besar dalam diri.
  • Lakukan perubahan pada masa sekarang. Jangan bertangguh untuk tempoh yang lama. Ini kerana semakin lama kita bertangguh, ia menjadi semakin melarat dan susah untuk melakukannya.

    Perkara kecil jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa depan.
  • Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya de�ngan bersungguh-sungguh. Kita perlu memaksa diri untuk berubah dengan sepenuh hati.

    Jika diri kita tidak dipaksa seolah-olah memanjakan diri untuk berubah. Nafsu kita juga menjadi semakin degil jika tidak dipaksa.

    Kawal nafsu dan jangan biarkan ia mengawal diri kita.
  • Apabila kita sudah berjaya melakukan perubahan diri, kita perlu mengulangi perubahan itu hingga ia sebati dengan diri kita.

    Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu saja, kita hanya berjaya untuk berubah seketika saja dan selepas itu kembali ke takuk lama.

    Jangan sia-siakan perubahan dan perlu sentiasa melakukannya.
  • Tuesday, April 17, 2012

    This is me :)

    This is me :) 

    This is me :) 

    i would share a bit story of me base on my picture... enjoy friend :)  


     i love singing


    i like futsal



    chill with friends (opismate at family day sunway lagoon)


    yes, i'm married


    singing competition 2011 team


    vacations with my lovely mother in law


    eat n chill with my sweet car group friends


    love singing with my feveret friends (opismate to puspanita dinner show kem. kewangan)



    like to chill out with my lovely friends forever (VOC)




    i like to travel.. what can i say.. friends forever.. :)


    love sports


    my abg angkat wedding :)


    i love office activity :)




    like to take picture with artist :)


    again sing at dinner show 07


    bowling timw with vivac, voc, myvix :)


    and this is my lovely 1st Car :)
    There was an error in this gadget

    nuffers

    Digital clock